BAB 18

Romance Completed 28831

Dunia berputar seperti biasa namun entah masa sseakan bergerak begitu perlahan. Aku menatap rantao pemberian Kristal setiap saat dan ia membuat aku bertambah sedih.

Rantai ini terlalu berharga kerana diberikan oleh orang yang paling beerti dalam hidup Kristal dan kini dia menyerahkannya kepada aku bermakna aku juga beerti buatnya kan? Aku merasa bangga menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Walaupun Kristal tidak menjelaskan apa maksud kata-katanya, tapi aku tidak dapat membohongi perasaanku. Aku takut kalau-kalau ia adalah permintaan terakhir Kristal.

Aku beranjak dari tempat tidur, menyandarkan kepala di bantal dan

menerawang langit-langit bilikku. Aku penant tetapi entah kenapa mataku ini enggan pejam. Masih terus memikirkan Kristal.

***

Graf yang terbentuk pada mesin Cardiotocography silih ganti turun naik. Berkali-kali doktor cuba menekan dada Kristal namun tiada sebarang respon.

Yang ada cuma garis luru bergerak perlahan.

‘’ Kristal.. Kristal!’’ Perempuan tua itu mulai memanggil-manggil nama Kristal dalam esak tangis yang seakan mahu memecah dadanya.

Lelaki tua di sisinya pula cuba untuk menenangkan isterinya meskipun hatinya sendiri hancur remuk tatkala melihat anak tirinya sedang bertarung nyawa.

Kristal milik Allah dan hanya Allah sahaja yang menentukan nasib Kristal.

***

Alhamdulillah Kristal melepasi zon kritikal. Ada sececrca senyum meniti di bibir orang tuanya. Sang ibu mengusap kepala Kristal dan jelas tergambar kasih sayang seorang ibu yang tetap menemani anaknya.

‘’Ibu…’’ Kristal membuka mulut beberapa ketika selepas membuka matanya.

‘’Ada apa nak?’’ tanya perempuan tua itu lagi.

‘’Maafkan Kristal kerana menyusakan ubu dan ayah ya. Ayah mana ibu?’’

Sekali lagi ibunya mengusapkan kepala Kristal lalu mengucuk dahi anaknya.

‘’Jangan cakap macam tu Kristal, tiada ada seorang ibupun di dunia ini yang merasa tugas menjaga anak itu sebagai satu kesusahan. Ayah tengah beli makanan di kantin.

Tidak lama kemudian, ayah tiri v muncul di daun pintu dengan beberapa beg plastic di tangannya.

‘’Eh, Kristal dah terjaga?’’tanyanya seraya mengangkat beg plastic yang berat.

‘’Ha, kamu mesti rindu nak makan ni kan? Ayuh kita makan sama-sama okay?’’

‘’ Kristal terharu sehingga menitiskan airmata. Sungguh dia rindu dengan suasana mereka berkumpul bertiga seperti sebelum ini. Dan hari itu mereka bertiga menikmati makanan yang dibeli oleh ayah tirinya.

‘’Kenapa menangis ni Kristal?’’tanya ayah tirinya. Tapi Kristal hanya menggeleng-gelengkan kepala.

‘’Ayah, Kristal minta maaf ya kalau selama ini Kristal selalu berkasar ddengan ayah.

Ayahnya menghampiri Kristal dan duduk di bucu katil.

‘’Ayah juga minta maaf kerana gagal menjadi ayah yang baik untuk kamu. Kamu harus cepat sembuh dan izinkan ayah menebus semua salah ayah pada kamu dan izinkan ayah menjaga kamu dan ibu mu selayaknya seorang bapa yang bertanggungjawab. Sembuh segera supaya kita dapat berkumpul bersama-sama lagi,’’ujarnya sebak.

Lalu kedua tangan ayah dan anak itu saling menggengam erat. Sudah tiada istilah ayah tiri mahupun kadnung, Yang adalah sebuah kasih sayang oenuh ikhlas seorang ayah yang mencintai anaknya, dan begitu juga kasih anak meskipun darah yang mengalir berbeza.

‘’Sudah, kenapa suasananya tiba-tiba bertukar sedih? Ayuh kita sambung makan lagi,’’ Kristal kembali bersuara.

‘’Oh ya ibu, Kamal ada call ke?’’

‘’Kali terakhir malam tadi Kristal. Kamal ada sms dan dia nampaknya risau sekali memikirkan kamu.’’

‘’Kalau dia call lagi, bagitahu yang Kristal baik-baik sahaja ya mak?’’ujar Kristal tersenuyum.

Hari ini ujian Ekonomi. Semalaman aku berhempas pulas mengulangkaji. Walaupun aku sering mendapat markah tinggi tapi ia memerlukan pemahaman yang tinggi. Jadi aku perlu bersiap siaga.

Aku menjawab soalan dengan penuh yakin dan pantas. Aku sudah nekad, usai ujian ini aku akan terus mengjenguk Kristal. Hari ini alah hari terakhir ujian dan sudah tiba masanya aku fokus pada Kristal.

Sunyi sepi dan hening dewan peperiksaan. Rata-rata penghuninya larut dalam pertempuran masing-masing.

Aku melirik ke aarah Ferhad. Sudah lama kami tidak keluar bersama. Dan tidak semena-mena kenangan bersma Ferhad muncul. Ferhad pula tenang mengisi kertas jawapan di hadapannya. Sesekali dia tersenyum barangkali dia juga yakin dengan jawapan yang diberikannya.

Aku kembalimenatap lembaran kertas soalan. Cuma tinggal beberapa soalan lagi yang belum ku jawab.

Ketika sedang cuba menjawab soalan, tiba-tiba pensilku patah. Eh bagaimana boleh patah?

Aku menarik nafas panjang. Pasrah. Perasaanku tiba-tiba menjadi tak sedap dan bayangan wajah Kristal muncul di fikiranku. Semoga kau baik-baik saja Kristal.

Hp ku tiba-tiba bergetar dan membunyikan irama derungan lagu Ed Sheeran membuatkan seisi dewan terkejut termasuklah pengawas peperiksaaan.

‘’Siapa punya hp tu? Sila matikan sekarang’!’’teriak pengawas peperiksaan.

Aku segera mencari hp ku dan membatalkan panggilan telefon yang tidak tahu dari siapa agaknya. Namun mataku terlihat nama Kristal tertera pada skrinhp.

‘’Maaf encik, hp saya yang berbunyi.’’

‘’Kan sudah diberi peringatan agar setkan mode silent pada hp kamu. Macammana kamu boleh lupa?’’

‘’Maaf encik, saya benar-benar lupa, dan saya sudah matikan,’’ujarku memberi alasan.

‘’Dengan penuh cuak aku kembali ke tempat dudukku tetapi fikirannku menjadi kacau bilau mengenangkan aku mendapat panggilan telefon dari Kristal dan aku rasa ia daripada ibunya.

Sesuatu terjadi pada Kristal dan aku berusaha menjawab soalan sepantas mungkin. Selesai menjawab soalan aku bingkas bangun meninggalkan dewan peperiksaan.

Sebaik keluar dari dewan. Aku terus mendail nombor Kristal.

‘’Hello siapa ni?’’

‘’Assalammualaikum nak Kamal, ini ayah Kristal.

‘’Oh maaf, waalaikumsalam pakcik. Bagaimana dengan keadaan Kristal sekarang ni?’’jjawabku sedikit cemas.

‘’Kamal ada di mana sekarang?’’

‘’ Kristal, Kristal kenapa pakcik?’’

‘’ Kristal sekarang kritikal.

Pantas aku meninggalkan sekolah, memecut keretaku ke hospital. Saat ini aku berkumba dengan waktu. Tanpa sedar airmataku berlinangan mengenang Kristal sekarang berda dalam keadaan kritikal.

Bebebrapa minit kemudia aku berlari di sepanjang koridor hospital menuju ke bilik ICU di mana Kristal ditempatkan dengan penuh tergesa-gesa dan takut.

Seorang doktor dan dua orang jururawat sibuk memberikan bantuan pada Krista dan aku pula masih terpaku di depan ruang Krista ini. Hanya memerhati lewat tingkap untuk menyaksikan Kristal yang lemah dan redha sahaja menerim rawayan dari doktor yang ebrusaha membuatnya kembali bergerak. Tiada kata yang dapat ku ungkapan mampu membuat aku kuat dan tenang. Airmataku jatuh berjuraian tanpa henti.

Kristal, aku mohon kau kuat, tolong kuat dan lawan!

Doa demi doa ku titipkan semoga dia aka n berjaya menenmpuh saat kritikal ini.

Sudah dua jam Kristal bertarung nyawa tidak sedarkan diri. Akum akin gelisah. Ruang ICU tidak boleh dimasuki beramai-ramai dan aku akur menunggu gilian menantikan ayah dan ibu Kristal keluar.

Tidak lama kemudia, pintu bilik terbuka. Ayah dan ibu Kristal keluar ddengan wajah yang lemah dan basah berendam airmata. Aku tidak mahu bertanya apa-apa hanya diam menatap mereka ebrdua mengharapkan mereka akan menceritaka keadaan Kristal. Apakah Kristal sudah sedar dan sebagainya.

‘’Kamal nak tengok Kristal?’’ tanya ibu Kristal perlahan.

AKu mengangguk.

‘’Bagaimana keadaan Kristal makcik?’’

‘’Masuklah Kamal,’’

Aku masuk dengan hati yang berantakan bersama secerca harapan yang aku akan melihat Kristal tersenyum menyambut kedatanganku, memanggi namaku dan terkejut melihatku seperti mana yang selalu dilakukannya.

Tapi ternyata harapanku itu sia-sia.

Aku berdiri di tepi katil menatap wajahnya yang pucat bersama dengan wayar alat bantuan pernafasan yang berselirayt mengapit mulut dan hidungnya. Saat ini aku melihat dia sungguh menderita.

Kristal, aku datang ni Kristal, bangunlah! Suara hatiku berteriak sekuat-kuatnya meronta minda agar Kristal dengar dan terjaga terus.

Aku hilang harapan. Kristal langsung tidak menunjukkkan sebarang respon. Aku mendekatkan diri kearahnya dan memegang tangannya. Sungguh dingin ya Tuhan. Dan saat itu juga aku emrasakan hatiku membeku bagai ais seolah-olah aku juga turut merasa kedinginan tubuhnya.

Kristal aku mohon bangunlah. Buka matamu.

Dan bagai dia mendengar suara hatiku, ada sedikit gerakan dari jari jemarinya yang lentik itu membuatkan aku terkejut.

‘’ Kristal! Kristal!’’ teriakku memanggil nama perempuan yang telah mencuri segenapp hatiku ini.

Perlahan-lahan mata dengan alis melentik itu dibuka. Sayu ahtiku melihatnya. Aku bangun dan mendekatkan wajahku. Mataku kabur dek keranaair mata yang memenuhi kolam mata. AKu mahu pastikan yang dia benar-benar bangun dan melihatku.

‘’Alhamdulillah Kristal, kau dah sedar! Terima kasih Tuhan!’’ teriakku girang.

Kristal menatap aku tanpa kelip.

‘’ Kristal…’’ panggilku.

Setitis manik Kristal berlinang jatuh dari matanya. Dia berusaha menggerakkan jari jemarinya sebagai tanda respon pada panggilan tadi.

Airmatannya ku sekah dan itulah titisan airmata terakhir Kristal sebelum dia memejamkan mata. Namun dia mengumpulkan tenaga menarik tanganku perlahan lalu melukiskan lambing hati menggunakan jarinya di telapak tanganku dan saat itu hancur luluh hatiku melihatnya, airmataku sudah tidak dapat ku kawal, benteng pertahanan yang ku bina tadi untuk kelihatan kuat di depan Kristal runtuh jua akhirnya.

‘’ Kristal, kalau kau mahu pergi, aku ikhlas merelakan kau pergi. AKu janji yang aku akan kuatkan diri.’’

Airmatanya megalir dan dia tersenyum lembut seraya memejamkan kedua matanya.

Tidak! Apakah ini saat terakhir ku bersama dengannya? Aku menangis semahu-mahunya dan menyedi bahawa itu adalah mesej terakhirnya padaku.

Aku menggoncang bahu Kristal yang sudah terbujur kaku. Tetapi tiada sebarang respon bermakna sebentar tadi Kristal mengucapkan salam perpisahan dan mengakhiri hayatnya yang penuh derita dengan senyuman paling manis, seperti kali pertama dia tersenyum padaku.

Kedua orang tuanya masuk dan terus memeluk tubuh Kristal yang sudah tidak bernyawa. Ibunya mencium dan membelai rambut ikal Kristal dengan juraian airnata dan esak tangis yang memenihi bilik.

Doktor dan jururawat masuk dengan etrgesa-gesa memastikan keadaan Kristal. Mereka mencatat waktu kematian kemudian mengucapkan takziah kepada kami bertiga, antara insan yang ditinggalkan Kristal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience