BAB 15

Romance Completed 28831

Pertemuan secara tidak sengaja tempoh hari memberik impak yang amat menyeksakan dalam kepalaku. Pelbagai persoalan berlegar dikepalaku. Mengapa Kristal tidak memberitahuku yang dia sudah pulang ke KL? Padahal sebelum ini dia sudah berjanji untuk memaklumkan sekiranya dia balik ke KL.

Kristal betul-betul membuat aku jadi bingung dan bengang. Apalagi dengan sikapnya yang seakan dingin saat melihat Farah. Sejak dari hari itu panggilan telefon dan smsku tidak berbalas.

Kristal tidak akan bersikap sedemikan kalau dia tidak marah. Kristal yang akunal bukanlah seorang yang dengan mudah merasa curiga ataupun terganggu. Dan segala rasa ingin tahuku pada Kristal semakin memuncak. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Kristal Aku sudah tidak perduli dengan larangan permintaan Kristal yang tidak mahu aku datang ke rumah dan bertemu keluarganya. Aku benar-benar tidak perduli.

***

Dan apa yang aku cemaskan benar-benar terjadi. Saat aku memasuki rumah Kristal, aku sudah terdengar suara tangisan ibu Kristal. Aku sudah menghidu bagai ada sesuatu yang tak kena.

‘’Kamal, Kristal! Kristal!’’

‘’Kenapa dengan Kristal ni makcik? Dia baik-baik saja kan?’’ AKu mencuba untuk menenangkan ibu Kristal sekaligus cuba menenagkan diriku sendiri. Keuda tanganku mulai menggeletar namun ku gagahkan juga memegang bahu ibu Kristal yang sedang berendam airmata saat ini.

Ibu Kristal membawaku ke bilik Kristal.

Alangkah terkejutnya aku melihat keadaan Kristal, bagaikan separuh dari nyawaku terbang melayang ketika menyaksikan Kristal terbaring lemah di atas katilnya.

‘’ Kristal,’’ teriakku seraya berlari mendapatkan Kristal.

Kristal membuka matanya lemah.

‘’Kenapa ni Kristal?’’ Aku menatap tubuhnya yang semakin kurus dan cengkung, bibirnya yang kering merekah seakan tiada warna merah bak delima seperti dulu. Pucat dan kebiru-biruan.

‘’Kamal, kenapa datang ke sini?’’’Ya Allah, sungguh lemah dan tak berdaya hamba MU dihadapanku ketika ini.

‘’ Kristal, macammana boleh jadi macam ni?’’tanyaku mencuba tenang dan mendekatkan diri ke tubuhnya.

‘’Jangan risau,aku taka pa-apa, cuma tak sedap badan. Mungkin sebab cuaca kot,’’ bohongnya lagi.

‘’Kenapa kau suka sangat bohong kat aku ni? Aku bukan bodoh Kristal!’’

‘’Kau tak jawab mesej dan call aku!’’

Kristal menarik nafas perlahan seakan sukar untuk berbicara.

‘’Aku tak sempat dan tak larat sebenarnya nak pegang hp. Maaf ya Kamal,’’ dia berusaha untuk senyum.

‘’Sudah, jom aku bawa kau ke klinik atau hospital, kau tak sihat ni!’’Aku berusaha bersuara dalam keadaan panik. Kugenggam kedua

tangannya yang dingin. Air mataku hampir mengalir. Tidak! Aku tidak boleh lemah dihadapannya.

Kali ini Kristal tidak boleh membohongiku lagi. Aku nampak sendiri dengan kepala mataku yang dia sedang berperang dengan sakit yang semakin parah. Dan baru aku sedar salah satu peruabhan ketara yang aku lihat pada Kristal tempoh hari adalah perubahan fizikalnya yang mulai menyusut seakan orang yang ada penyakit Aneroxia.

‘’Tak mengapa Mal, kejap lagi baiklah ni.’’

‘’Boleh tak kalau kau jangan berdegil? Kau harus jumpa doktor sekarang ni,’’ pujukku.

‘’Taknak, aku cuma peru berehat, aku dah biasalah sakit macam ni,’’pinta Kristal.

‘’Sudah biasa kau kata? Kau tu sakit. Bibir pucat, badan cengkung teruk dah ni. AKu hantar kau ke hospital sekarang.’’

‘’Tolonglah Kamal, behenti cakap pasal hospital lagi please,’’rayunya.

‘’Tapi kenapa Kristal, kenapa?’’ aku cuba menyusun kata-kata yang semakin sukar untuk diluah.

Kristal memejamkan matanya. Manik-manik Kristal mengalir deras dari matanya yang terpejam. Kristal menangis. Aku mulai mengerti sekarang. Kristal risau memikirkan kos perubatannya.

‘’Tiada tempat untuk orang semiskin aku di sana, sudah tiada apa yang boleh dilakukan.’’ Tuturnya.

‘’Kau tak perlu fikirkan soal kos. Aku ada wang simpanan. Kau boleh pakai dulu untuk tanggung kos perubatan. Please, aku mohon Kristal.’’

Kristal terdiam. Matanya menatap siling biliknya. Tiba-tiba ibunya berdiri di daun pintu dan mendekati Kristal dengan linangan airmata.

‘’ Kristal, ibu tahu mesti sukar bagi kamu nak buat keputusan, tetapi sekali ni nak, ibu mohon pergilah ke hospital, keadaan kamu semakin teruk ni. Pawang yang datang semalam pun sudah putus asa untuk merawat kamu. Kita pergi ke hospital ya nak. Ibu sudah hubungi keluarga yang lain. Mereka sudah bekerjasama mahu membantu. Ayah kamu juga sudah dapat pinjam wang,’’ aku cuma mengangguk tanda menyokong kata-kata ibu Kristal. Namun Kristal hanya terdiam.

‘’Maaf kerana menyusahkan ibu, Kamal dan yang lain,’’ ucap Kristal sebak.

‘’Tak susah manapun. Aku, ibu dan yang lain-lain mencuba untuk melakukan terbaik untuk kau Kristal. Jom cepat kita ke hospital,’’ ajakku dan Alhamdulillah, akhirnya Kristal akur.

Dengan segala kudrat yang ada aku mendukung Kristal untuk bangun. Apa yang menyedihkan adalah melihat tubuhnya seakan lumpuh,, kakinya terlalu lemah untuk berjalan dan dia terlalu ringan, seakan tiada beban yang ku gendong.

‘’Kamal, aku dah lumpuh ke?’’

‘’Taklah Kristal, kau cuma penant je ni. Tak mengapa Kristal, aku dukung kau ya.’’ Pujukku sambil berusaha untuk menguntum senyum agar Kristal tidak merasa janggal.

Ibu Kristal membuka pintu keretaku dan dengan pantas kami menuju ke hospital.

Sepanjang perjalanan hatiku bagaikan remuk melihat keadaan Kristal yang merintih kesakitan tidak berdaya. Sungguhpun dalam kesakita dia tetap cuba berusaha tersenuym ketika aku menolehnya.

***

Setibanya di hospital, Kristal mendapat bantuan kecemasan dan dibawa ke unit rawatan rapi setelah doktor melihat keadaannya yang semakin teruk.

Aku menyaksikan Kristal dengan perasaan bercampur bauk dan hati yang berkecamuk.

**

Beberapa jam kemudian setelah menjalankan pemeriksaan pada Kristal doktor tersebut mengajakku untuk berbicara di pejabatnya manakala ibu Kristal pulang ke rumah untuk membawa beberapa pakaian memandangkan dia akan menginap di hospital menjaga Kristal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience