BAB 3

Romance Completed 28831

Aku melangkak ke almari bajuku lalu mengambil tabung plastik berbentuk kartun DetectiKristal Conan. Tabung yang sudah beberapa tahun ku isi hasil dari duit belanja yang diberikan ayah, lebihan duit tajaan Mara yang ku dapat bulanan, angpau raya dan juga hasil dari bisnes online jersi bola yang ku usahakan secara kecil-kecilan. Asalnya duit dalam tabung ini ingin ku gunakan untuk membeli PS4 yang aku idam-idamkan namun aku rasa ada lagi yang lebih memerlukan duit ini. Aku abaikan dulu benda idamanku dan akan membantu Kristal menampung pembedahan ibunya dengan menggunakan duit simpanan ku ini.

Aku mengeluarkan duit kertas dan syiling itu dan mulai menghitung jumlah wang yang terkumpul itu. Total wang simpanan ku berjumlah RM3000, masih kurang RM500.

Aku mulai gusar namun segera ku kumpulkan duit itu. Yang penting sekarang aku sudah ada nombor hp Kristal dan cuma maklumkan pada dia. Baki RM500 lagi aku cuba ikhtiarkan kemudian.

Entahlah dorongan dari mana hingga aku begitu semangat untuk membantu Kristal. Bahkan semasa di dewan kuliah pun fikiranku tidak berhenti dari memikirkan cara untuk mendapatkan baki wang untuk mengumpul total RM3500 itu. Mungkin juga au tidak mahu dicop penipu atau mungkin juga aku tidak mahu memberikan janji palsu mengecewakan seseorang perempuan, akhirnya aku bertekad untuk membuktikan pada Kristal yang aku akan membantunya.

ya, itulah janjiku!

***

Hampir sebulan aku menyimpan wang belanja demi untuk membantu Kristal. Syukur aku dilahirkan dalam keluarga yang serba-serbi cukup, malah duit belanja ku bulan ini sudah cukup untuk membeli sebiji telefon pintar.

Aku kumpul dan kembali mengira amaun yang disebutkan oleh Kristal waktu itu. Jadi sekarang jumlah terkumpul di tanganku adalah RM4,500. Bermakna selebihnhya lagi boleh Kristal gunakan untuk menampung perbelanjaan lain.

Tiba-tiba hatiku menlonjak kegirangan lalu segera aku capai HP dan mula mendail nombor Kristal.

‘’Hello, siapa di sana?’’ Suara merdu lembut yang sudah lama tak ku dengari berada di hujung talian.

‘’Hello Kristal, Ini Kamal. Ingat lagi tak? Kita pernah duduk sembang bulan lepas di depan kelab malam, yang belanja awak minum teh botol tu?’’

Tanyaku cuba memberi hint pada Kristal, kot-kot dia lupa.

‘’Oh Kamal si budak hingusan tu, ada apa?’’ tanya perlahan.

‘’Aku nak menunaikan janji aku ni, kau ada kat mana?’’

‘’Oh, aku di rumah sekarang ni temankan mak aku.’’

‘’Bila kita boleh berjumpa?’’ tanyaku lagi.

‘’Eh kau betul-betul serius ni mahu tunaikan janji kau?’’ tanyanya lagi minta kepastian.

‘’Betullah, Kalau tak percapa apakata kita jumpa dulu kemudian baru tengok sendiri samaada budak hingusan ni cakap betul ke auta semata.’’ Tuturku sedikit megah namun dalam nada bergurau.

‘’Okay, nak jumpa di mana?’’

Aku mengajaknya bertemu di KLCC.

‘’Kamal, tak boleh ke kita berjumpa di tempat lain. Aku mana pernah pergi ke mall tu. Tu mall baru kan? Aku mana reti ke tempat orang kaya ni.’’ Ujarnya penuh gusar.

‘’Chill la Kristal. Aku just nak jumpa kau untuk serahkan wang ni bukannya nak ajak shopping. Dah jumpa di sana kira-kira pukul 2 petang, aku tunggu tau! Bye’’ Ujarku seraya meletakkan telefon bimbit.

Tepat pukul 2 petang aku dan Kristal bertemu dan kami memilih food court di tingkat bawah sebagai lokasi pertemuan penting kami ini. He He He.

Aku terpegun melihat kesederhanaan Kristal hari ini. Dia datang dengan blaus lengan panjang rona merah jambu lembut yang sama sekali tidak mendedahkan sosok tubuhnya yang seksi malah solekan di wajahnya juga ringkas tapi manis. Dia hanya mencalit tipis lipstick merah jambu yang menyerlahkan keayuan dan kejelitaan wajah yang semulajadi cantik.

Kristal kelihatan agak kruang selesa pada mulanya, sedikit cemas. Mungkin betul seperti apa yang dikatakannya, dia kurang selesa berada di mall ini kerana amat jarang pergi ke tempat sebegini. Aku cuba mengalihkan perhatiannya pada mall dan cuba untuk membuat dia merasa tenang dan selesa. Aku memesan set Pasta Carbonara dan Chicken Chop untuk Kristal, cake dan minuman ringan lalu aku berpura-pura makan dengan lahapnya untuk membuat dia merasa selesa. Tidak lama selepas itu, aku melihat dia sudah mulai menjamah makanan dan boleh berbual dengan lebih santai.

Usai makan, aku mengajak Kristal berjalan ke Taman KLCC.

‘’Kamal, kau ajak aku ke sini memang saja-saja nak ajak aku jalan, nak ‘upah’ aku atau?...’’ tanya Kristal ketika kami sedang duduk menghadap Air pancut Simfoni.

‘’Cuba teka!’’ tanyaku sedikit bersemangat.

‘’Hurm, dua-dua pun boleh, aku memang dah lama tak jalan dengan lelaki, dan kedua aku dah lama tak buat seks jadi kau boleh pilih salah satu yang kau nak, asalkan kau selesa,’’ jawabnya bersahaja.

‘’Hurmm apa kau memang taka da teman lelaki ke? Tipulah kalau takde.’’ Tanyaku lagi yang sedikit bengang dengan diri sendiri kerana bertanya soalan klise yang sering ditanya oleh lelaki lain saat berhadapan dengan wanita apatah lagi kalau wanita secant Kristal ini.

‘’Tipulah kalau aku cakap tak ada, dulu ada tapi dah putus. Arghh lelaki semua sama, habis madu sepah dibuang. Apa yang dorang nak cuma nak lepaskan nafsu. Bila dah bosan guna aku blah macam tu je macam aku sudah tidak ada nilai di mata dorang,’’luah Kristal, matanya berkaca namun dia masih tenang.

‘’Aku sudah tidak percaya dan mati rasa untuk bercinta. Bagi aku cinta tidak punya tempat dalam hidupku. Kalau memang ada di dunia, mungkin Tuhan tidak memberinya pada aku,’’ tambahnya lagi.

‘’Kau nampaknya dendam betul dengan makhluk yang namanya lelaki?’’ Kristal menatapku sejenak kemudia terdiam.

"Sorry kalau pertanyaan aku buat kau marah." Perasaanku menjadi tidak enak

melihat perubahan sikap Kristal yang tiba-tiba terdiam.

Kristal mengeluh oanjang lalu membuang pandangan jauh ke sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di hadapan kami.

‘’Untuk apa kau minta maaf Kamal, Kau tak ada salah pada aku. Ini semua salah aku sendiri yang lahir dalam keluarga miskin melarat, hina dan jijik dan pelacur pada pandangan masyarakat.’’ Matnya yang tadi berkaca sudah mulai digenangi airmata, perlahan-lahan dia menyeka airmata yang berlinang.

‘’Eh kenapa nangis ni Kristal?’’

‘’Pelacur jijik! Ya aku sudah biasa dengar perkataan itu setiap kali orang-orang yang merasa diri mereka suci dan maksum dari doasa bertemu dengan aku. Mereka cuma menilai aku dari satu sisi pekerjaan aku sahaja. Mereka tak pernah mahu tahu kalau-kalau kata-kata cercaan mereka itu membuat aku sakit. Cukup kau tahu yang aku tak pernah mahu kerja seperti ini. Aku juga punya impian indah jadi menjadi peacur bukan impian aku. Tapi aku ahrus berpijak di bumi yang nyata. Untuk apa memasang anaan setinggi langit bila ada perut-perut kelaparan yang harus disuap. Dan saat ini pula aku harus membantu ibuku.’’ Ucap Kristal tersedu-sedan membuatku jadi serba salah melihat keadaannya sekarang.

‘’Kristal, please jangan nangis. Aku ajak kau datang ke sini untuk kau rehatkan minda, hiburkan hati bukan mahu melihat kamu nangis. Aku sebenarnya datang untuk menyerahkan ini,’’ tuturku sambil mengeluarkan sampul surat berisi wang yang aku kumpul untuk membantu Kristal.

‘’Apa ni Kama?’’ Tanyanya kehairanan.

‘’Nah ini bukti yang budak hingusan ini bukan sekadar cakap kosong. Kan aku dah pernah janji akan memberi wang untuk membantu biaya pembedahan ibumu.’’ Jawabku tersenyum.

Kristal sedikit teragak-agak namun aku menyerahkan terus di tangannya lalu mengenggam kedua tanganku di antara tangannya cuba menyakinkan dia yang aku ikhlas membantunya.

‘’Tapi kenapa? Kenapa kau mahu membantu aku Kamal? Kalau difikirkan secara logiknya, kita tidak punya apa-apa ikatakan, saling tidak mengenali cuma bertemu sekali di tempat yang tidak baik dan sekarang kau mahu membantu aku. Apatah lagi aku ini seorang pelacur. Apa kau tidak menyesal?’’

Aku terdiam seketika lalu menarik nafas dalam.

‘’Kalau kau tanya aku Kristal, aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku beria untuk membantumu. AKu tidak melihat pekerjaanmu atau siapa dirimu sebaliknya aku menganggap aku cuma terdetik untuk menolong orang yang dalam kesusahan. Aku anggap ini sebahagian dari takdir Tuhan yang menemukan kita di tempat yang salah. Tapi keikhlasan aku untuk menganggap kau teman tidak salah. Aku selesa berkawan dengan kau. Dah, jangan fikir banyak. Guna duit ni untuk bantu ibu kau, semoga cepat sembuh dan selepas itu kau sudah boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik, cari kerja lain,’’ tuturku tersusun agar dia tidak terasa.

Kristal tersenyum manis walau matanya masih berlinang airmata. Sungguh ini adalah kali pertama aku melihat senyuman manis begitu tulus dari hati yang sekaligus mencerminkan ketulusan hati wanita yang rapuh ini.

Terima kasih Kamal Aku tak sangka yang Tuhan takdirkan aku bertemu dengan insan sebaik kamu.’’ Ucapnya.

‘’Sama-sama, semoga ibu kau sembuh segera dan sampaikan salam aku kepadanya ya.’’

Kristal mengangguk.

‘’Dah nak petang ni, baik kau pulang. Kasihan ibumu tiada siapa yang jaga. Mahu aku hantar kamu pulang?’’ aku menawarkan diri menghantarnya.

‘’Eh toksahlah, aku dah banyak susahkan kau Kamal. Tak mengapa senang je, dari sini aku naik bas atau train.’’

‘’Eh apa yang susahnya lagipun kebetulan aku memandu kereta datang ke sini tadi jadi bolehlah aku hantarkan kau balik. Okayt? Kau tunjukkan jalan.’’

Akhirnya Kristal beralah pada permintaan ku dan kami mengakhiri hari itu dengan cukup indah. Kesasakan jalan membuat kami lebih punya waktu untuk berbual di dalam kereta dan sempat melihat matahari terbenam. Rona langit jingga bercampur ungu dan merah nyata memberi keindahan dan menyerlahkan mood damai.

Aku menghantar Kristal betul-betul di hadapan rumahnya yang terletak di kawasan setinggan. Kristal mempelawa aku masuk kerumahnya namun aku terpaksa tolak kerana tiba-tiba menerima mesej Wgatsapp daripada Ibu meminta aku pulang segera menemaninya berbelanja. Mujur Kristal memahami. Tak mengapa, aku sudah tahu di mana dia tinggal, lain kali jika berkesempatan aku pasti akand atang untuk menjenguk ibu Kristal. Dan sekurang-kurangnya aku tahu bahawa Kristal tidak berbohong saat dia menyatakan dia hidup melarat. Ya tempat tinggalnya ini sungguh daif untuk didiami apatah lagi kawasannya juga kotor dan busuk.

‘’Kamal, terima kasih kerana sudi membantu aku. Aku janji bila aku sudah ada duit nanti aku akan bayar kau, waima bayar secara ansur-ansuran, aku janji aku akan bayar.’’ Ujar Kristal menyakinkan aku.

‘’Tenang je Kristal, dah jangan fikir soal nak bayar hutang bagai. Apa yang penting mak kau sembuh. Okay? Aku pergi dulu ya.’’

Kristal menguntum senyum sambil meambaikan tangan padaku. Aku hanya menghela nafas lega kerana merasakan hari ini aku menggunakan kelebihan rezekiku untuk membantu orang yang benar-benar memerlukan. Semoga apa yang aku lakukan dapat meringankan beban Kristal sekeluarga meskipun aku tahu kemungkinan untuk aku tidak bertemu lagi dengannya suatu hari nanti boleh terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience