BAB 7

Romance Completed 28831

Aku meletakkan keretaku di tepi jalan berdekatan dengan surau usang.Aku sebenarnya tidak tahu di mana lokasi rumanhnya yang sebenar kerana pada saat aku menghantarnya balik tempoh hari, dia hanya meminta aku menurunkan dia di tepi simpang masuk rumah sahaja. Dan sekarang ini aku melihat hampir semua rumah di kawasan ini daif dan lebih kurang sama. Membuat aku keliru.

Terpaksalah aku bertanya orang yang lalu lalang untuk mencari lokasi rumah Kristal. Mujur orang-orang sekeliing mengenali Kristal dan membantuku mencari rumahnya.

Aku berjalan perlahan-lahan mendekati bahagian hadapan ruamh yang nampak daif itu.

Aku memberikan salam namun tiada jawapan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk masuk ke rumah yang tidak berpagar itu. Aku mengetuk pintu utama sambil memberikan salam. Beberapa minit kemudia muncul seorang lelaki tua menguak pintu. Mungkin ayah Kristal.

‘’Cari siapa ya?’’Tanyanya sopan.

‘’Maaf pakcik, apa ini rumah Kristal ke?’’

Lelaki tua itu memandang aku atas bawah.

‘’Kamu ni siapa? Ada apa hal cari Kristal?’’ tanyanya lagi.

‘’Saya kawan Kristal pakcik, nama saya Kamal.’’ Aku memperkenalkan diri. Tetapi lelaki berjambang itu diam tidak memberi respon namun kakinya melangkah mengajakku ke kerusi bamboo yang terletak pada kaki lima rumahnya.

‘’Silakan duduk nak.’’

‘’Apa pakcik ni ayah Kristal ke?’’tanyaku lagi.

‘’Ya, pakcik ayahnya. Kristal ada bercerita mengenaik kamal,’’ujarnya membuat aku terkejut.

Apa yang diceritakan Kristal mengenai aku pada keluarganya?

‘’Kristal di mana pakcik?’’tanyaku sekali lagi.

Ayah Kristal cuma menhela nafas panjang. Wajahnya tiba-tiba bertukar muram.

‘’Kristal temankan ibunya ke hospital, ada check-up.’’ Jawabnya.

‘’Apa kesihatan ibu bertambah baik?’’tanyaku lagi. Namun aku melihat lelaki itu seperti sulit untuk menjawab pertanyaanku itu.

‘’Hurmm sebenarnya, kami masih kekurangan wang untuk menampung perbelanjaan penyakit ibu Kristal itu.Malah kami sedang berhutang dengan jrian tetangga untuk boleh ke hospital.’’

‘’Oh macam tu..’’

‘’Kalau tak keberatan, boleh Kamal pinjamkan sedikit wang untuk membeli ubat-ubatan ibu Kristal? Bukan apa, ada kawan pakcik yang rekomenkan beberapa ubat yang katana bagus dan mujarab merawat sakiyt, jadi pakcik nak ikhtiar beli ubat itu,’’ujarnya tanpa berbasa basi membuat aku tersentuh. Betapa terdesaknya pakcik ini meminta bantuan demi menyelamatkan isterinya, begitulah pengamatanku.

‘’Berapa jumlah yang pakcik perlukan?’’

‘’Dalam seratus lima puluh,’’ jawabnya.

Aku menyeluk-nyeluk kocek seluarku dan kebetulan aku ada membawa wang yang cukup.

‘’Agak-agak Kristal pulang jam berapa ya pakcik?’’

‘’Mungkin malam sikit nak.Kerana Kristal kena pinjam duit dulu dengan keluarga sebelah ibunya yang agak jauh dari KL.’’

‘’Oh, kalau macam tu saya minta diri dululah ya pakcik. Nanti kalau Kristal pulang sampaikan salam saya padanya dan juga ubunya,’’ ujarku smabil menghulurkan wang tadi kepada ayah Kristal.

‘’Terima kasih Kamal. Tak nak masuk dulu ke? Tak nak tunggu dulu sambil minum kopi?’’

‘’Eh tak payahlah susah-susah pakcik, kebetuln saya juga ada janji dengan kawan mala mini, lain kali saya datang lagi.’’

Ayah Kristal menghantarku sampai ke simpang jalan dengan senyuman gembira. Aku bersyukur walaupun tidak dapat melihat Kristal tapi aku dapat membantu mereka sekeluarga, walaupun sumbangan itu kecil.

****

Beberapa hari kemudian…

Hampir setiap hari aku habiskan masa ku di rumah dengan bermalas-malasan, bermain game, membaca komik dan melayari internet.

Sedang asyik aku membelek laman Fac tiba-tiba hp ku berbunyi. Satu sms dari Kristal ku terima.

Kristal mengajakku untuk bertemu di KLCC sekali lagi.

Kurang daripada 24 jam, kami akhirnya bertemu. Aku tersenyum melihatnya akan tetapi wajah Kristal merah padam seakan menahan marah.

‘’Aku tak suka cara kau main sergah je datang rumah aku!’’

‘’Apa maksud kau?’’

‘’Kenapa kau bagi duit kat ayah aku?’’

‘’Apa salahnya, kan kamu sedang perlukan duit untuk membeli ubat-ubatan ibu kau?’’

‘’Apa yang kau tahu tentang aku? Kan aku dah cakap, kalau duit kau tu aku akan bayar dengan cepat. Tapi masalahnya kau bagi lagi dan lagi banyak hutang aku kat kau!’’bentaknya.

‘’AKu ikhlas bantu kau, aku tak rasa susah. Jangan risau.’’

‘’Itulah masalah kau, lurus sangat. Kau tau tak yang ayah aku dah tipu kau!’’ semakin keras suara Kristal.

‘’Ha? Apa maksud kau nii?’’

‘’Kalau kau nak tahu, yang sebenarnya dia bukan ayah kandung aku, cuma ayah tiri. Ayah kandung aku dah lama meninggal. Dia tu sebenarnya kaki botol, penjudi dan pembuli. Wang yang kau bagi itu dia dah guna unttuk berjudi,’’ucapnya dalam nada terketar-ketar.

‘’Jadi, macam mana kau tahu yang aku bagi duit kat ayah kau tu?’’ Kristal hanya terdiam. Matanya menatap ketulan awan di angkasa.

‘’Aku letih Mal, terus-terusan hidup dalam keadaan macam ni,’’ Kristal tiba-tiba menangis.+

"Sabar, pasti ada hikmah semua yang berlaku." kataku cuba menenangkan Kristal.

Kemudian sorot mata Kristal menatapku, "Thanks ya, Mal. Kau dah banyak

bantu aku. Tapi lepas ini, tolong jangan buat macam ni lagi. Aku tak

mau menambah hutang atau terhutang budi lagi. Ayah aku, cuma tahu menambahkan masalah bukannya membantu. Wang semalam yang kau bagi dia guankan untuk bayar hutang judi. Dia sendiri yang bagitau aku dia dapat wang dari kau malah tak tahu malu suruh aku pinjam duit lagi dari kau. Gila kan?’’

‘’Maafkan aku ya, aku tak tahu akan jadi macam ni.’’

‘’Dahlah, aku harap ini menjadi yang terakhir.’’

‘’Kalau aku tahu dia berbohong, sudah tentu aku takkan tolong. Ini jadi pengaran untuk tak mudah percaya kata-katanya. Tapi semua tu aku lakukan untuk membantu kau. Inu bukan sebab hutang budi bagai, tapi masalah hubungan kita.’’

‘’Apa maksud kau?’’ tanyanya.

‘’Yelah kan namanya kawan, kalau kawan kenalah saling bantu-membantu.’’jawabku gugup.

Kristal terdiam kemudian membuang nafas panjangnya.

"Aku nak pergi kerja . Kau pulangah dulu. Aku harus cari duit. Ini sahaja tujuan aku berjumpa dengan Kau. Aku yak mahu kau bantu aku lagi.’’ Seraya itu Kristal bangkit dari tempat dudul dan melangkah pergi.

‘’Bailah Kristal, hati-hati dan jaga diri ya.’’

Tiba-tiba langkah Kristal terhenti dan terbatuk dengan memegang sambil

Mengusap perlahan dadanya.

‘’Eh kau sakit ke ni?’’ Jom pergi klinik!’’

‘’Jangan risau, ni cuma batuk biasa je. Okaylah aku pulang dulu,’’ dia melemparkan senyuman lesu.

‘’Aku hantar ya?’’

‘’Tak payahlah, aku naik train.’’

Aku hanya terdiam

Kristal menghentikan langkahnya dan menolehku sejenak. Sekali lagi

dia tersenyum manis lalu mengangguk pelan sambil berlalu perlahan-lahan menghilang dari pandanganku.

Entah mengapa, setelah melihat dia hari ini, aku merasa seperti telah menambah beban dalam hidupnya. Aku berharap dia akan faham bahawa aku cuma mahu membantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience