BAB 12

Romance Completed 28831

Kemarahan Kristal sudah membuak-buak terhadap ayah tirinya. Sungguh dia tak menyangka bahawa Kamal sebodoh itu tidak dapat membezakan pembohongan ayahnya walaupun sudah diberikan peringatan sebelum ini.

Sebaik tiba di rumah tepatt pukul 7 malam, Kristal sudah bisa meneka bauan rokok yang menebal serta botol arak yang memenuhi meja semua itu adalah daripada duit hasil pembohongan lelaki itu pada Kamal.

‘’Sudah cukup ya ayah tipu Kamal semata-mata nak dapatkan duit!’’ bentaknya di hadapan ayah tirinya. Saat ini bukan soal sopan atau tidak beradab tetapi baginya orang tua itu sudah keterlaluan.

‘’Apa hal? Yang kau kecoh sangat kenapa? BBukan salah aku kalau kawan kau yang bodoh tu bagi duit kat aku. Aku tak minta langsung!’’

‘’Sudah! Jangan nak menipu. Ayah fikir Kristal tak tahu perangai ayah macam mana? Pulangkan semula duit Kamal itu!’’

‘’Anak tak kenang budi! Berambus kau dari rumah ini! Apa kau tak sedar kau meroyan ni di dalam rumah siapa?’’ lelaki tua itu menuding jari telunjuknya ke arah pintu dan menyuruh Kristal keluar dari rumah itu.

‘’Jangan risau, Kristal pasti akan pergi berambus dari rumah neraka ni! Siapa yang tahan hidup dengan lelaki tak berguna macam ayah!’’

PAKKK!

Belum sempat dia menghabiskan kata-kata satu tamparan kuat datang dari kudrat seorang lelaki menampar pipinya. Air matanya deras mengalir keluar. Tidak, sakit itu langsung tidak membekas, dia bisa menahannya tetapii saat ini hatinya hancur mengenangkan dirinya diusir dari rumah sendiri.

***

Kamal, mulai sekarang aku mohon kau jangan hubungi aku lagi.

Aku benar-benar terkejut saat menerima sms daripada Kristal. Dah kenapa dengan Kristal? Kenapa tiba-tiba dia memintaku tidak menghubunginya?

Aku kembali gusar dan dengan segera menghubungi Kristal. Tujuh kali panggilanku tidak terjawab.

Bunyi notofikasi mesej berbunyi dan aku segera membuka sms kedua daripada Kristal.

Maaf Mal, aku perlu masa untuk sendiri. AKu tahu kau pasti faham. Tolong bagi aku waktu untuk bersendiri. Jangan risau, saat ini kau berada di kampung halamanku. Aku akan inform sebaik saja aku balik KL ya. Jadi aku mohon buat sementara ini jangan hubungi aku. Terima kasih dan jaga diri.

**

Ketiadaan Kristal benar-benar membuat aku merasa kehilangan. Tapi aku tahu aku tak boleh terlalua mengikut perasaan sedihku. Ada banyak hal yanag menuntuk tanggungjawabku. Salah satunya peperiksaan semester akhir yang semakin hampir cuma tinggal beberapa minggu saja lagi.

Sementara mengisi kebosanan mengulangkaji dan memikirkan Kristal aku banyak menghabiskan masaku dengan membaca komik dan futsal. Tapi entah kenapa fikiranku ini tidak pernah berhenti dari memikirkan Kristal dan mengharap akan mendapat khabar dari Kristal. Tapi semua cuma impian, sehingga saat ini tidak ada sebarang panggilan telefon mahupun sms dari Kristal. Aku mahu menghubunginya namun aku takut niatku ini hanya menambahkan beban dalam dirinya.

‘’Bang, ada orang cari,’’ suara nyaring Azwa mengejutkan aku dari lamunan panjang.

‘’Adik ni kalau masuk bilik orang reti tak kalau bagi salam atau ketuk dulu pint utu, ini tak main harung macam tu je.’’bentakku.

‘’Eleh, tak penting pun semua tu.’’

‘’Siapa?’’

‘’boleh tak kalau keluar dulu. Orang tu boleh terberanak tunggu abang.’’

Aku segera ke ruang tamu dan melihat Ferhad dihadapanku dengan lambakan buku di tangannya.

‘’Sorry bro, apa kau fikir sini library kau nak bawak buku banyak macam tu?’’ sindirku yang kekeringan idea sebenarnya untuuk memerli Feerhad.

‘’Amboi, kawan datang bukannya dihidangkan air minum ke, ni tidak siap main perli bagai. Sorry aku tak text kau dullu. Eh, jom kita belajar sama-sama!’’ Aku cuma tersenyum lebar mendengar kata-kata Ferhad. Rupanya Ferhad yang dulu tak sama dengan yang sekarang, dulu kerja meniru tapi sekarang Alhamdulillah reti pula dia nak belajar. Syukur akhirnya kawan ku ini berubah juga.

‘’Sorry, sejak bila kau pandai text aku kalau nak datang sini. Selalunya kau main redah je datang rumah aku ni. Dah, sekarang masuk ke dalam bilik aku. Aku buatkan minuman dulu,’’ aku menuju ke dapur dan membuat sejag air Sunquick dan beberapa snek ringan lalu ku bawa masuk ke dalam bilik.

***

Baru beberapa minit kami mengulangkaji subjek Biologi, Ferhad sudah hilang fokus. Matanya melilau memerhatikan segenap ruang bilikku.

‘’Wah sudah ada siri komik baru, tak cakap pun kat aku!’’ teriaknya sambil mengangkat koleksi buku komik terbaru yang ku miliki.

‘’Dah seminggu yang lalu keluar, kau sorang je yang tak update.’’ Jawabku sambil meneguk air oren tadi.

‘’Aku pinjam yang ni!’’

‘’Wey, kau datang sini nak study ke nak baca komik?’’ Aku menyambar komik dari tangan Ferhad .

‘’Come on lah bro, take five lah kejap, kepala otak aku ni membeku tau tak lepas study benda merapu tadi. Kau bukan tak tahu yang otak berudu aku ni kapasiti dia kecil.’’ Rungut Ferhad.

Amboi, belajar tak sampai 10 minit otak dah jammed? Boleh tahan berudu otak kawan aku ni.

‘’Oh ya, aku lupa nak cakap kat kau, ada orang kirim salam.’’

‘’Kirim salam? Siapa?’’ tanyaku seakan tak berminat.

‘’Farah,’’ jawab Ferhad selamba sambil membelek buku komik.

‘’Farah? Farah yang mana satu ni?’’ tanyaku.

‘’Tengok tu, inilah akibatnya kalau asyik dating dengan buku sampai tak kenal ada makwe cun belajar dalam satu kelas,’’ sindir Ferhad.

‘’Farah awek kacukan siam, minah yang pernah jadi atlet gimnastik tu.’’

‘’Óoo,’’ jawabku rungkas sebaik sahaja aku sudah mulai menecam siapa gerangan Farah.

Aku hanya mendengar kiriman salam itu dan membiarkan ia begitu ssahaja, Aku tidak tahu apa motif dia mengirimkan salam kerana saat ini aku lebih fikirkan orang lain dan dia lagi penting bagiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience