BAB 10

Romance Completed 28843

Waktu pun berjalan dan hubungan kami semakin rapat dari hari ke hari.

Aku sendiri tidak menyangka, padahal sebelum ini aku selalu beranggapan bahawa kami tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir nyata punya aturan lain buat kami.

Awal pagi lagi aku memecut keretaku untuk menjemput Kristal di rumahnya untuk ke tempat kerja. Kemudian aku akan terus ke kampus. Hari ini sangat padat kerana selepas kuliah aku akan sibuk dengan aktiviti olahraga pula. Jadi hari ini aku akan pulang lewat dari biasa, bolehlah aku menjemput Kristal pulang dan menghantarnya ke rumah.

Ya begitulah rutin harian aku hampir setiap hari. Kerana Kristal hanya bekerja sehingga hari Sabtu. Dan aku sanggup menghantarnya pulang balik setiap hari.

Kristal banyak kali menolak dan menyuruhku jangan bersusah payah kerana dia boleh ke tempat kerja dengan menaiki train tapi aku enggan. Aku malah senang hati dengan aktiviti baru ku ini kerana dengan cara ini juga dapat mendekatkan aku selalu dengan Kristal.

Mungkin dari pandangan kasar, Aku adalah kekasih Kristal. Padahal sehingga saat ini baik aku dan Kristal tidak pernah mengiktiraf perhubungan kami ini sebagai pasangan kekasih. Ya, semuanya berjalan mengikut flow, dan aku pasti Kristal mulai menerima kehadiranku dalam hidupnya meskipun dia pernah menganggapku budak hingusan yang sama sekali tidak membawa makna apa-apa dalam hidupnya.

Dan seperti selalu aku menjemput Kristal di hadapan rumahnya. Aku membunyikan hon sebagai signal memberitahu Kristal yang aku telah sampai. Bbeberapa kali kubunyikan hon namun dia tak muncul, pelik. Selalunya hanya dengan sekali hon aku boleh dengar bunyi tapak kaki Kristal yang bergegas keluar. Tapi pagi ini sunyi sepi. Mungkin terlajak tidur agaknya.

Aku mematikan enjin, perasaan cemas menendang hatiku. Pintu rumahnya masih tertutu[p rapat. Takkanlah Kristal masih tidur? Setahu aku hari ni dia shift.

Aku mengetuk pintu rumah itu beberapa kali. Lalu dari arah dalam terdengar derapan langkah pelan dan wajah Kristal muncul disebalik daun pintu.

Raut muka Kristal terlihat lelah dan pucat.

"Kau tak sihat ke ni?" Aku langsung bertanyanya soalan dengan nada cemas.

‘’Taklah, cuma hari ni aku tak masuk kerja, tak sedap badan sikit mungkin perlu rehat lebih sikit,’’ jawab Kristal sambil mempelawa ku masuk.

Aku melirik ke arah jam tanganku, aku cuma ada setengah jam sebelum kuliah pertama bermula. Jadi aku putuskan untuk masuk ke dalam rumah sebentar. Untuk berbual sebentar.

‘’Betul kau tak sedap badan ni?’’ tanyaku meminta kepastian kerana naluriku seakan berkata ada sesuatu yang Kristal rahsiakan daripada aku.

‘’Ha’ah Mal, tak payah risau sangat. Aku okay saja, cuma lelah dan perlukan rehat maklum saja sejak dapat kerja aku tak pernah ada rehat. Esok aku akan datang kerja seperti biasa,’’jawabnya lalu berdiri mahu ke dapur.

‘’Tak payah susah-susah, aku singgah kejap je ni, hanya nak cek keadaan kau okay atau tak?’’

‘’Tak nak minum dulu ke?’’ tanyanya.

‘’Takpelah, takut terlewat pula nak ke kampus nanti.’’ Jawabku.

‘’Oh yelah kan kau harus ke uni sekarang,’’ Kristal mengenyitkan matanya sambil menggodaku dengan senyuman manisnya. Nak usik akulah tu bagitau yang aku masih budak hingusan.

‘’Dah, nanti kau minum ubat tu tau, aku dah nak ke kampus ni,’’ucapku melemparkan senyum.

‘’Baiklah, hati-hati ya,’’

Wajah Kristal kelihatan pucat dan kekuning-kuningan, bibirnya tampak kering. Aku mulai risau dan tak tenang melihat keadaan Kristal itu. Masa sekali lagi mencemburui kami dan memisahkan kami kerana aku sudah mulai sibuk dengan aktiviti di unibersiti. Namun aku berjanji yang usai kuliah, aku akan menjenguk dia. Ya Allah, lindungilah Kristal dan tolong jaga dia untukku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience