BAB 4

Romance Completed 28831

Selepas pertemuan aku dengan Kristal tempoh ahri, dunia terus berputar seperti biasa, hari silih berganti dan berjalan seperti biasa. Kami saling tidak menghubungi. Dan kehidupanku berjalan seperti biasa cuba mencari tahu khabar Kristal sambil bersiap sedia menempuh peperiksaan semester yang akan menentukan samaada aku masih layak untuk menerima bantuan JPA.

Aku datang awal meskipun cuma beberapa jam sahaja melelapkan mata selepas mengulangkaji semaksimum yang mungkin semalamam. Meskipun aku tergolong dalam golongan pelajar yang punya prestasi cemerlang namun aku sama sekali tidak memandang ringan soal peperiksaan. Kerana sedikit kesilapan boleh menjadi bahana yang memakan diri. Jadi aku harus berhati-hati.

Dan seperti biasa, Ferhad muncul dengan wajah yanga wal-awal lagi dah kibar bendera putih.

‘’Amacam Fer, dah ready nak bertenmpur ke kejap lagi? Apahal muka monyok amcam apek jual kuih tak laku ni? Awal kau datang hari ini, lebih awal dari biasa,’’ usikku.

‘’Celaka! Apa kau ingat kau sorang je yang boleg datang awal?’’ Ferhad bengang. Wah benar-benar stress kawan baikku ni.

‘’Sentap nampak, takdelah aku cuma bangga dengan prestasi kau hari ini, bukan selalu kau datang awal ni.’’

‘’Bro please tolong pas aku jawapan nanti. Aku tak sempat nak study semalam. Mati aku mati!’’

‘’Amboi, kau merayap ke mana je semalam? Dah tahu nak exam kau jalan lagi ke?’’

‘’Alaaah please bro kau bukannya tak tahu aku ni. Nakal tapi baik kat kau kan?’’ rayu Ferhad sebiji muka kucing minta ikan.

‘’Hurmm, aku janji aku akan cuba bagi kau jawapan tapi kalau pengawas peperiksaannya garang and strict nak mampus, awal-awal lagi aku minta maaf dan minta kau halalkan makan minum aku tau,’’ ujarku dalam nada berseloroh.

Ferhad ni memang gila. Dah tau exam tapi masih boleh merayap ke sana sini. Mungkin dia tak pandang serius pelajaran kerana dia anak orang berada. Namun sekaya manapun, ibu bapanya memerikan syarat untuk dia menamatkan pelajaran dengan jayanya dan membaiki prestasi yang semakin merosot kerana tanpa keputusan yang cemerlang beerti tiada duit mahupun syarikat yang akan diwarisi Ferhad.

Dan aku pula lebih berhhati-hati menerima ajakannya setiap kali dia megajak keluar. Tidak mungkin aku mahu terjjebak atau terperangkap dalam pelan gilanya lagi. Tapi aku tidak menyalahkan dia 100 peratus, kerana tan[a idea gilanya itu mana mungkin aku dapat bertemu dengan Kristal, jadi aku harus mengucapkan terima kasih pada Ferhad untuk itu.

Suara pengumuman melalui pembesar suara berkumandang menandakan semua pelajar harus masuk ke dewan peperiksaan. Aku menyiapkan segala kelengkapan alat tulis di meja. Sambil menunggu pengawas peperiksaan menghulurkan kertas soalan aku sempat berdoa mohoon Allah mempermudahkan urusanku dan meniupkan aku kebijaksanaan dan ketenangan dalam menjawab soalan.

Usai berdoa aku sempat melirik pada Ferhad yang duduk di sebelah aku. Wajahnya tegang dan sah alasan kononnya dia tidak belajar semalam benar. Ferhad memang gila dan benar-benar nekad untuk meniru. Dari sini aku dapat melihat beberapa helai kertas kecil berisi jawapan sudah disediakan di tepi kocel seluarnya. Dengan lipatan lemak perutnya itu tidak sukar untuk dia menyorokkan kertas jawapan itu. Aku berdoa mohon kawan aku yang satu ini tak kantoi dengan pengawas peperiksaan.

Peperiksaan sudah berlangsung hampir dua pulih lima minit dan sehingga saat ini Alhamdulillah aku dapat menjawab soalan dengan baik. Kebetulan soalan yang keluar adalah semua topik yang aku belajar semalam. Terima kasih Allah. Tinggal lagi beberapa soalan esei yang belum terjawab, senagja ku tinggalkan kerana aku mahu fokus dan suka mengarang jawapan dengan padat.

Semua soalan sudah terjawab sempurna dan aku optimis ujian hari ini berjalan dengan sukses. Tiba-tiba aku teringat pada Ferhad. Perlahan-lahan, aku melirik ke arah dia. Ferhad terlihat gugup hingga keringat membasahi dahi. Fikiran aku berkecamuk. Simpati pada Ferhad. Bagaimana kalau dia gagal? Dan pastinya aku tak mahu perkara itu terjadi.

Farish menatap aku sambil mengenyitkan dahinya. Seakan memberi iIsyarat kalau dia tidak dapat menjawab soal dengan baik.

Aduh, ini yang buat aku lemah ni. Melihat teman sendiri kesusahan dan aku pula tak dapat membantunya.

Maafkan akuFerhad. Memberikan jawapan sama saja seperti aku menjerumuskan diri aku denagn penipuan. Aku membuang muka dari Ferhad dan sempat aku melihat wajah kecewanya. Allah, aku semakin buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Sejam dua puluh minit telah berlalu. Sesi peperiksaan pertama sudah tamat. Aku melangkah ke hadapan dan menghulurkan kerta jawapanku. Sempat aku melirik ke arah Ferhad. Dia bangkit darii tempat duduknya dan menlangkah lesu.

‘’Mati, aku rasa aku akan mati! Banyak soalan yang aku tak tahu jawab,’’ luah Ferhad ketika kami berada di luar dewan.

‘’Maaf bro, aku bukan taknak tolong tapi kali ni aku benar-benar tak dapat tolong kau.’’

‘’It’s okay bro, chill je. AKu faham posisi kau. Kalau aku gagal hari ni aku tahu hari-hari esok kau pasti akan tolong aku study dengan lebih baik kan?!’’ tutur Ferhad membuat aku menarik nafas lega.

‘’Boleh bro asal kau tak tipu aku lagi.’’ Balasku.

Ferhad tidak menjawab dan hanya tersenyum lebar. Aku menjadi seerba salah sebenarnya tapi aku harap Ferhad faham dan akan belajar ssesuatu dari apa yang berlaku hari ini. Dia adalah kawan baikkku, menuruti kehendaknya melakukan perkara yang salah bermaknan aku akan terus-terus membawa kawan baikku kepada kemalasan dan kehancuran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience