BAB 5

Romance Completed 28831

Dua hari setelah peperiksaan semester selesai.

Aku sedang membaca komik kegemaranku, DetectiKristal Conan dan tiba-tiba sahaja hp ku bordering bunyi notifikasi sms. Aku segera membuka sms itu dan hatiku berdegup kencang saat melihat nama Kristal tertera pada skrin hp.

Kristal: Hi Kamal, terima kasih kerana sudi membantu aku. Untuk pengetahuan kau, ibu aku dah selamat menjalani pembedahan kira-kira dua minggu yang lalu dan kini mulai beransur sembuh.

Aku tersenyum gembira mendapat mesej khabar gembira dari Kristal itu. Alhamdulillah, pasti saat ini Kristal gembira.

Entah didorong oleh semangat apa, aku terus sahaja mendail nombor Kristal.

‘’Hello Kamal, Kenapa call ni? Sms jelah kn kalau call mahal.’’ Ujar Kristal.

‘’Tak mengapa, tak mahal manapun lagipun aku dah set nombor kau untuk friends and family jadi boleh call percuma. Rindu ddengar suara kau. Apa khabar?’’ tanyaku.

‘’Khabar baik Kamal, terima kasih tau. Kalau takde kau mesti aku masih terkial-kial cari duit.’’

‘’Eh no hal punya, kita kan kawan. Kau sedang buat apa ni? Busy ke?’’

‘’Aku ni manalah ada busy selain dari jaga ibu aku ni. Aku memang nak spend time dengan ibu aku.’’ Dan tanpa sedar aku menguntum senyum mendengar bait kata-kata Kristal itu.

‘’Oh ya ibuku kirim salam dan aku juga mahu mengucapkan terima kasih dengan kamu secara face to face. Kalau aku belanja kau makan boleh sebagai tanda ucapkan terima kasih, boleh?’’

‘’Kalau kau nak belanja aku, boleh bagitau bila. Aku standby je..’’ Balasku.

‘’Apakata kita jumpa esok, di tempat yang sama haritu. KLCC. Masa dan tempat yang sama. Aku teringin untuk makan pasta dan lepak di taman seperti haritu. Sering teringat dan rindu.’’

‘’Okay esok lepas aku kuliah kita jumpa di sana ya, jumpa esok!’’ panggilan telefon dimatikan dan tanpa sedar bibirku menguntum senyum.

****

Sebaik tamat kuliah aku terus bergegas ke KLCC. Dari jauh aku melihat Kristal duduk di Café berhadapan dengan taman yang pernah aku tunjuk tempoh hari.

‘’Hai sorry lambat sikit hari ni.’’ Ucapku.

‘’Takdelah baru 10 minit bukan 10 jam, ‘’selorohnya.

‘’Baru lepas kuliah tadi terus rushing ke sini. Lambat pula habis kuliah,’’ balasku lagi.

‘’Eh haritu kata ada exam kan? Jadi macam mana okay tak?’’

‘’Alhamdulillah okaylah kot. EH kamu belum makan?’’

‘’Tak, belum order pun. Kan aku nak belanja kau makan haruslah tunggu tetamu kehormat ni sampai dulu. Mari aku belanja makan sebagai tanda terima kasih.’’ Ujar Kristal.

‘’Lah, masih ingat lagi. Takpe luapakan pasal tu.’’

‘’Alahh janganlah cakap macam tu, bagilah aku belanja kau makan please…’’

‘’Okaylah terserah dari kau, I follow you.’’

Kami akhirnya berjalan keluar dari kafe itu dan beralih ke restoran Thailand. Kristal memesan tom yam, ayam goreng dan jus oren dan kami menikmati hidangan tersebut sambil bersembang tentang keadaan ibunya selepas pembedahan. Kristal tampak bersemangat bercerita tentang keadaan kesihatan ibunya yang semakin pulih dan tanpa sedar, dek asyik bercerita makanan pun habis.

‘’Amboi cepatnya kau makan Kamal. Lapar sangat ni?’’

‘’Lapar gila okay, tadi pagi lupa breakfast. Oh ya bagaimana dengan kerja kau? Apa kau masi…masih,’’ aku teragak-agak untuk bertanya dan sedikit kesal bertanya soalan sensitiKristal ini tapi Kristal tenang saja menjawab.

‘’Oh, aku masih dengan kerja tu Mal, tapi tulah pelanggan yang ada pun cuma seorang dua,’’ jawabnya lesu.

‘’Maaf, boleh aku tanya sesuatu? Sebelum ini kau kata kau ekrja untuk menampung ibumu. Sekarang ibumu dah sihat apa kau taknak berhenti dari melakukan pekerjaan itu?’’ tanyaku berhati-hati cuma menyusun kata agar tidak mengguris hatinya.

‘’Mal, orang macam aku ni mampu buat kerja apa lagi selain melacur? Aku PMR pun tak lepas dan tiada sebarang sijil untuk dijadikan modal mencari kerja.

‘’Kau tak perlu fikir sejauh itu. Apakata aku carikan kau kerja yang layak dengan kau tapi yang eloklah. Nak tak?’’ Aku menawarkan diri.

‘’Untuk apa Mal? Aku sudah terlanjur di sini. Sudah toada jalan keluar alang-alang dah bergelumang dosa biarlah aku terus lemas dalam jurang ini.’’ Tuturnya.

‘’Tapi s

"Tapi setidaknya kau berhak dapat yang lebih baik dalam hidup."

Kristal hanya terdiam dan tidak membalas kata-kataku.

‘’Kenapa kau baik sangat ni Mal?’’ sekali lagi pertanyaan yang sudah ku jelaskan beberapa kali ke Kristal ditanya sekali lagi.

‘’Kenapa? Salahkah aku berbuat paik pada kau?’’

‘’Mestilah salah. Aku ni bukannya orang baik—baik berbanding kau yang berpendidikan dan lelaki yang baik pernah aku jumpa. Mana sesuai berkawan dengan orang hina seperti aku.’’

‘’Seperti apa? Tanyaku lagi

‘’Ya orang seperti aku, pelacur jalanan!’’

"Please, Kristal. Jangan cakap macam tu lagi. Kau tak sehina itu." Aku

memohon dengan Kristal untuk tidak menyalahkan dirinya berlebihan. Kerana

tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

‘’Tapi itu adalah kenyataannya Kamal. Walau aku berhenti sekalipun aku tetap dicop sebagai pelacur. Tidak ada yang mahu mendekati aku Hanya keluargaku sahaja yang belum tahi tentang pekerjaanku. Aku rasa mereka pasti halau aku dari rumah kalau tahu tang aku ini pelacur. Cepat atau lambat mereka pasti tahu dan tidak akan peduli juga sayang padaku lagi,’’jelasnya panjang meluahkan segala yang terbuku di hati.

‘’Siapa cakap? Aku mahu sama kau!’’ jawabku spontan.

Kristal terlonjak dengan jawabanku. Dia terdiam beberapa saat.

"Jom pulang. Lama-lama disini, kau makin tak waras aku tengok.’’

"Aku serius, Kristal. Aku mau melakukan apapun demi membantu kau.’’ AKu meraih tangannya cuba menahan dia beranjak dari tempat duduk.

‘’Cukuplah Kamal, Aku tak mahu terhutang budi dengan kau. Kebaikan kau bagi pinjam duit beribu riban tu pun dah cukup buat aku tertanya-tanya.

‘’Boleh tak kita lupakan soal duit tu?’’

‘’Tak boleh! Aku akan pulangkan duit kau secepat mungkin,’’ Kristal berusaha melepas genggaman tangaku.

‘’Maafkan aku Mal. Kau terlalu baik untuuk. Tapi bukan beerti kau boleh mengatur hidupku dan menyuruh aku buat itu dan ini. Berhenti dari melacur dan meminta aku menerima bantuan mu yang lain. Aku minta kau jangan buat aku terlalu berharap. Hidup ku ini sudah terlalu suakr, terlalu pahit untukku telan.’’ Kristal bingkas bangun dan meninggalkan aku. Aku berusaha mengejarnya untuk menjelaskan semuanya. Tapi sia-sia, Kristal

tidak mau mendengarkan penjelasanku. Dia tetap pergi dan terus menaiki train.

Sudah terlalu banyak hal yang aku lalui walau tidak sesukar Kristal. Tapi aku takkan berputus asa untuk melakukan perkara yang betul. AKu juga pasti yang Kristal tak selamanya mahu menjalani kehidupan seperti itu selamanya. AKu berdoa agar kemarahannya itu cuma sekejap saja. Aku akan menunggu kemaafan darinya sampailah dia mahu berbicara dengan aku semula dan mendengar nasihat dariku budak hingusan ini.

Aku masih muda tapi aku jujur mahu membantunya merubah kehidupan menjadi lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience