BAB 6

Romance Completed 28831

Jarum pendek di angka tujuh dan panjang berada di angka enam. Aku baru saja selesai mandi dan berpakaian rapi.

Ini adalah tiga hari setelah pertemuan dengan Kristal. Semoga setelah tiga

hari ini dia tidak marah dan tersinggung lagi denganku.

Puas aku berfikir bagaimana cara untuk menghubungi Kristal.

Aku menatap pantulan diriku di cermin sendiri. Tidak ada yang aneh dari

wajahku. Tapi kenapa Kristal menolak keinginan ku untuk membantu dia? Apa Kristal menganggap aku budak hingusan yang cuma memasang angan mat jenin ke?

Kristal! Aku serius mahu membantumu keluar dari lembah kehinaan itu. Setidaknya aku cuba memberi yang terbaik untuk kau.

Aku menghidupkan enjin kereta. Aku nekad untuk berjumpa dengan Kristal. Aku tidak dapat berhenti dari memikirkan dia.

Aku memasuki kawasan kelab malam saat dimana menjadi tempat pertama kali aku bertemu dengan Kristal. Sepi.. hanya beberapa penjual minuman yang terlihat. Siang hari begini jalan ini agak sunyi dan lengang. Bahkan perempuan yang memenuhi jalan ini di malam hari ddengan mencari nafkah menjual tubuh mereka juga tidak kelihatan.

Aku berhenti di salah sebuah gerai minuman, Tekakku merasa kering lalu aku memesan jus oren dan duduk menyandar pada kerusi kosong.

‘’Eh ini kalau tak silap anak yang bersembang dengan makcikhari tu kan?’’ tiba-tiba kedengaran suara wanita separuh usia menyapaku. Oh ini adalah makcik gerai yang menegurku tempoh hari.

‘’Oh makcik, eh masih ingat saya?’’

‘’Yelah ingat lagi. Hari tu kan kita ada sembang pasal Kristal.’’jawabnya. Dengan pantas aku segera bertanya tentang Kristal pada makcik ni.

‘’Ada nampak Kristal ke datang sini sehari dua ni makcik?’’

‘’Ada jugalah sekai dua makcik nampak dia tapi dah jarang sangat ssebab dia pun susah dapat pelanggan. Kalau anak cari jam jam sebegini memang dia belum datang lagi.’’

‘’Selalunya dia datang jam berapa makcik?’’ Makcik itu memerhatikan aku kehairanan.

‘’Tak pasti juga, tak tetap. Kadang-kadang dalam jam enam atau tujuh tu kau boleh nampak dia dekat seberang jalan tu. Ada apa hal anak cari Kristal? Macam penting sangat je.’’

‘’Tak ada apa hal yang penting makcik, cuma nak tahu khabar dia je,’’ jawabku berbohong.

Kalau dia tidaka da di sini pastinya dia berada di rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience