BAB 16

Romance Completed 28831

Aku duduk terdiam menanti apa yang ingin dibicarakn oleh doktor yang sedang memerhatikan aku atas dan bawah saat ini.

‘’Kamu adiknya? Saudara mara?’’

‘’Bukan doktor, saya teman lelakinya.’jawabku selamba.

‘’Oh begitu, baiklah.’’

‘’Ada apa dengan Kristal doktor? Kenapa dia boleh sakit teruk macam tu? Dia sakit apa sebenarnya?’’

Doktor menarik nafas perlahan. Dibetulkan kacamata yang bertenggek di batang hidungnya.

‘’Sebenarnya dia bukan sekadar diserang demam panas biasa tetapi keadaannya makin parah kerana menghidap penyakit STD ataupun Siflis yang kini sudahpun berada di tahap tiga. Maaf kerana saya terpaksa bagitahu bahawa penyakitnya ini sudah terlambat untuk dirawat. Dia kini sudah berada di fasa Siflis laten di mana ketika ini seakan penyakit itu sudah hilang tetapi sebenanrya ia sudah merebak ke seluruh tubuh. Bakteria yang menjadi punca utama masih berada di tubuhnya menyebabkan sebahagian anggota tubuh lain gagal berfungsi,’’ jelas doktor membuat aku terkejut.

‘’Kenapa sampai ke tahap ada siflis pula ni doktor?’’tanyaku polos.

‘’Maaf jika saya bertanya, apakah anda dan pesakit pernah melakukan hubungan kelamin?’’

‘’Tidak pernah doktor,’’

‘’Kerana virus ini tersebar melalui hubungan kelamin, jadi untuk mencari tahu puncanya dari siapa saya tak boleh pastikan.

Aku tertunduk saat mendengar penjelasan doktor, airmata yang ku tahan sedar tadi jatuh jua akhirnya dan kini aku faham bagaimana Kristal terjangkit penyakit itu. Itu semua adalah masa lalu Kristal mana mungkin aku menceritaknnya pada doktor.

‘’Doktor, saa merayu tolong lakukan sesuatu pada dia, tolong sembuhkan sakitnya doktor.’’ Rayuku.

‘’Kami akan cuba yang terbaik.’’

Aku meninggalkan pejabat doktor ddengan kesedihan memberat didadaku dan menuju ke wad di aman Kristal berada. Dia sedang tidur dengan nyaman.

Rehatlah Kristal, aku mengusap lembut tangannya dan membisikkan sesuatu ke telinganya.

‘’Kamu harus kuat Kristal, ini adalah cubaan dan semua ini akan berlalu,’’ucapku.

Beberapa jam kemudian ibu Kristal datang.

Aku meninggalkan katil Kristal dan menuju ke pintu. Aku mematikan langkahku dan sekali lagi memandang Kristal dari celah tirai.

Ya Allah rupanya Kristal terjaga dan tidak tidur. Dia menangis dan berpura-pura tidur saat aku menggenggam tangannya sebentar tadi. Barangkali dia malu kerana aku sudah tahu penyakit yang dihidapinya. Ibunya menyekah airmata anaknya yang berlinang.

‘’Kamal terlalu baik ibu, Kristal tak pernah lihat insan sebaik Kamal di dalam kehidupan ini selain ubu dan ayah,’’tuturnya teresak-esak yang dapat ku dengari dari tempat ku berdiri.

‘’Kamu harus kuatkan semangat untuk sembuh Kristal, jangan sia-siakan pengorbanan Kamal.’’

Kristal terdiam tanpa jawapan. Sudah pasti dia mahu sembuh tapi semua yang berlaku ini harus diserahkan pada Tuhan.

***

Saat ini aku harus memikirkan cara untuk membiayai perubatan Kristal. Aku baru sahaja membeli PS4 dengan wang simpanan ku sebenarnya. Ya, aku boleh menjual PS4 ini sementara nilainya masih tinggi. Aku cuba untuk menelefoon Ferhad untuk bertanya dimana tempat untuk menjual PS4 atau barangkali menggadai motosikal kapcaiku yang suda tersadai di garaj.

Ketika aku menelefon Ferhad, Azwa tercuri dengar perbualanku dengan Ferhad. Azwa muncul dengan wajah yang penuh tanda tanya.

‘’Untuk apa abang sampai nak gadai motor jual harta benda segala ni bang?’’ Aku menghela nafas. Bingung saat adikku bertanya begitu padaku. Aku mengajak Azwa ke bilikku dan menjelaskan hal sebenar kepadanya.

‘’Abang taka da hutang dengan sesiapapun, cuma sekarang ni abang ada masalah yang melibatkan teman wanita abang. Dia sedang sakit dana bang perlukan wang untuk menampung kos perubatannya. Tak salahkan gadai motor dan jual harta benda demi menyelamatkan nyawa?’’aku menatap wajah Azwa mohon pengertian daripadanya.

‘’Biar betul ni bang?’’ Aku mengangguk lalu menekup wajahku.

‘’Abang tak minta kamu faham sekarang ni Azwa, tapi suatu masa nanti Wa pasti akan dapat memahami perasaan abang ketika ini.Mustahil aku meminta bantuan dari ibu, ayah atau adikku. Ini adalah masalah peribadiku.

‘’Yelah, yelah esok lusa adik tahulah macam mana rasanya berada di tempat abang, tapi tak payahlah ayat tu skema sangat, awkward tau tal?’’balasnya berseloroh. Aku memandangnya dengan pandangan tajam. Azwa, aku taka da masa untuk bergurau.

‘’Abang mesti bergurau ni kan? Tapi tak payahlah sampai macam tu sekali.’’ Tawanya lagi.

‘’Kau ni memanglah tak reti-reti dengan apa yang abang cakap tadi kan?’’ aku mulai bengang.

Azwa berlalu pergi dan beberapa minit kemudia dia datang dengan 3 buah tabung.

‘’Nah ambil duit simpanan adik ni, tak tahulah banyak mana tapi rasanya cukup banyak sebab dah lama adik kumpul. Mungkin bergunan untuk meringankan bebas teman abang tu,’’ujarnya seraya menghulurkan tabung-tabung itu kepadaku.

‘’Azwa, kamu biar betul ni?’’tanyaku seakan tak percaya. Azwa hanya tersenyum dan mengangguk.

‘’Adik bangga kerana ada abang yang serupa hero. Semoga kekasih abang cepat sembuh,’’ujar Azwa tersenyum manis.

Aku menerimanya dengan mata berlinang. Entahlah, ada keharuan yang

tiba-tiba menyelimuti di kamarku. Azwa adik perempuan yang selalu ku buli kini bertukar menjadi malaikat di hadapanku.

‘’ALah, janganlah nangis bang,’’Azwa menyentuh kedua pipiku dan menyekah airmtaku dengan kedua ibu jarinya.

‘’Abang bukan menangis sedih tetapi gembira kerana punya adik persis angel seperti kamu,’’’ ujarku lalu memeluk Azwa.

Keesokan harinya, aku mendapat wang pinjaman dari Ferhad pula dan aku terus membayar wang pembiayaan supaya proses merawat Kristal berjalan dengan lancar.

Usai berada di kantor admin aku terus menjenguk Kristal di wad. Dia menghadapi kesukaran untuk makan. Kulihat ibunya sudah berkali-kkali cuba menyaup buur nasi namun dimuntahkan Kristal seta merta.

Aku kemudia menggantikan ibu Kristal dan cuba menyuap Kristal.

‘’Sekarang ni nak makan pun aku dah tak larat Kamal,’’keluhnya padaku.

‘’Boleh Kristal biar aku bantu. Kau harus makan sesenduk dua buat tambah tenanga. Klau takk akan macammana nak lekas sembuh?’’pukukku.

Kristal terdiam dan hanya menuruti membuka mulut dan mencuba menelan bubur yang ku suapi. Klai ini dia dapat makan walau pun cuma dua setengah sudu, itu sudah memadai.

‘’Mal, apakata doktor? Penyakitku semakin parah kan? Tak boleh sembuh lagi kan?’ Kristal tiba-tiba menangis teresak.

Jantungku berdetak laju kala melihat wajah sedih Kristal.

‘’Janganlah cakap macam tu, dokto cakap yang kau boleh sembuh kalau kau rajin minum ubat dan paling penting kau harus positive, yakin kau akan sembuh.’’

‘’Mesti kau dah tahu kan yang aku terkena sakit apa. Tak mengapa Mal, aku menganggap ini adalah azab yang aku terima dari Tuhan.’’

‘’Kenapa cakap macam tu? Ini bukan salah siapa-siapa. Ini adalah dugaan yang kau harus lalui, kau boleh sembuh,’’ujarku memberi semangat padanya.

‘’Entahlah Mal, entah kenapa aku merasa waktu seakan semakin pantas mengejarku, seolah-olah ajalku semakin hampir.

‘’Jnagan cakap macam tu Kristal!’’marahku.

‘’AKu mohon jangan ceritakan penyakit ini pada Ibu ya Mal. AKu tak bersedia melihat dia sedih dan menanggung malu bila dapat tahu tentang ooenyakitku ini. Aku juga sudah meninggalkan pesan pada doktor jangan beritahu ibu aku. Jadi tolong aku simpan rahsia ini sampai mati, janji?’’

Aku menatapnya dengan 1000 persialan.

‘’Mal, kalau ada dua pilihan yang boleh dimakbulkan Tuhan 100%, apa yang kau mahu Mal?’’tanyanya tiba-tiba.

‘’Aku mahu kau cepat sembuh. Kau oula?’’

‘’Aku cuma mahu hidup lebih lama lagi suapya aku punya waktu untuk mengenali kamu dengan lebih jauh dan membhagiakan kedua orang tuaku. Tapi kalau Tuhan tak memakbulkan doaku saat ini aku berharap ia beraku di kehidupan yang mendatang.’’

Aku terdiam mendengar kata-kata Kristal itu.

***

Doktor sedang memeriksa perkembangan Kristal. Baik aku dan ibu Kristal saling resah menunggu di bangku koridor. Kasihan ibu Kristal, tampak lelah pasti fizikal dan mentalnya lelah memikirkan kesihatan anaknya.

Selang beberapa minit kemudia doktor keluar dari ruang pemeriksaan Kristal. Aku terus berdiri dan menghampirinya.

‘’Bagaimana keadaan Kristal?’’

‘’Pesakit sudah menunjukkan petanda positif. Mari sama-sama berdoa, moga keadaannya makin postif ya’’ ujar doktor lalu berlalu memeriksa pesakit lain pula.

Hari semakin menginjak senja. Kristal memintaku untuk

pulang. Sejujurnya aku tidak sanggup meninggalkan Kristal disini. Tapi

aku harus mengikuti permintaan Kristal. Keluargaku pasti akan risau.

‘’Mal, kau pulanglah. AKu akan baik-baik saja,’’ ujarnya senyum.

‘’Baiklah Kristal, aku pulang dulu. Lekas sembuh ya Kristal.

‘’InsyaAllah, kakau esok kau gtak dapat datang ke sini pun tak mengapa Mal. Peperiksaan lagi penting. AKu tak mahu gara-gara aku pelajaran kau terjejas.’’

‘’Jangan risau, esok aku datang lagi ya,’’

‘’Jangan Mal. Kau jangan datang ke sini selama exam berlangsung faham tak? Kalau kau datang ke sini itu lagi buat aku mengamuk.

‘’Tapi…’’ aku cuba menyangkal kata-katanya namun segera dicantas.

‘’Tiada tapi-tapi, kau nak aku dengar kau untuk cepat sembuh, kali ni boleh ak kau ikut cakap aku juga demi amsa depa kau? Apakata kita sama-sama berjuang?’’

Akhirnya aku akur dan melakukan perkara sepertinyang Kristal mahu, agar aku fokus pada peperiksaan. Aku dan Kristal sama-sama berjuang. Dia berjuang melawan sakitnya sementara aku pula berjuang menempuh peperiksaan terakhir di Universiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience