Kalis 12: Rahsia Papa

Drama Series 13904

Dua bulan berlalu, kini Malaika Adni sudah kembali ke kampus bersama dengan tiga orang penjaganya. Erdem Mifzal pula tinggal di rumah sewanya namun setiap hari mereka pasti akan berjumpa. Hubungan Izara, Nabila dan Fatiya juga tidak sekeruh dulu dengan Erdem Mifzal. Malaika Adni bersyukur dengan apa yang ada disekelilingnya sekarang.

"Adni, hari ini aku ada kelas sampai petang. Kau dah habis kelas kan? Kau balik dengan dayang je la ye."

Tengah hari itu mereka makan bersama. Kalau ikutkan hari-hari pun sama-sama namun status perkahwinan mereka masih menjadi rahsia mereka dan orang terdekat sahaja.

Malaika Adni mengiyakan lalu terus menyuap nasi ayam ke mulutnya. Hari ini mereka makan nasi ayam garing..Sedap pada Malaika Adni yang jarang dapat makan makanan berminyak begini. Ayam goreng di tambah dengan sup ala thai pelengkap hidangan. Memang terbaik rasanya. Menyedari bunyi sudu berhenti, Malaika Adni mengangkat wajahnya memandang Erdem Mifzal di depannya. Suaminya yang asyik memandangnya daripada tadi tersenyum.

"Kenapa awak berhenti makan? Tak sedap ke?"

Wajah Malaika Adni berkerut hairan. Tadi kata lapar sangat bukan main laju langkah jenuh kakinya yang tak berapa panjang nak mengejar.

"Tengok kau makan aku dah kenyang."

Erdem Mifzal masih tayang senyumannya yang kalau orang lain nampak pun dah tahu Erdem Mifzal ni angau teruk dengan Malaika Adni.

"Makanlah Erdem, nanti jangan nak lapar ye, takde siapa nak layan."

Malas Malaika Adni mahu melayan, dia mahu segera menghabiskan makanannya lalu mahu cepat pulang dan berehat. Bukan dia tak tahu akal Erdem Mifzal, petang nanti nak jumpa lagi, ajak tinggal sama taknak lepas tu dah rumah sewanya sekarang jadi macam tempat persinggahan untuk mandi dan tidur sahaja.

"Alaa garangnya isteri aku ni."

Malaika Adni terus menampar lengan Erdem Mifzal. Tindakan refleks. Lalu dia pandang ke kiri dan kanan..Mujur tiada orang yang makan berdekatan..Bukan tak tahu, gosip begitu akan cepat tersebar. Walaupun mereka berkahwin mengikut hukum, namun Malaika Adni tidak mahu status perkahwinannya tersebar kerana Erdem Mifzal sendiri yang mahu berbuat demikian dan sekarang, dia pula selamba sahaja memanggil Malaika Adni isterinya di tempat awam.

"Pfft.."

Erdem Mifzal ketawa walaupun perit dirasakan kulit lengannya.

"Malam nanti kita bincang.."

Erdem Mifzal kenyit mata melihat wajah cemberut Malaika Adni. Sekarang, sudah putus seleranya. Yang dia nampak sekarang tilam dab bantal sahaja. Tugasan kuliah yang banyak pakej kena selalu menghadap Erdem Mifzal menyebabkan dia tidak mendapatkan rehat yang cukup sejak akhir-akhir ini.

---

Badan yang letih tak mampu untuk membantu dia melelapkan mata petang itu. Berkedip-kedip matanya mengingati pertemuan dia dengan Tuan Muhsin selepas sarapan pagi beberapa minggu lepas.

Flashback

"Adni dah tahu ke sebab Erdem nak kahwin dengan Adni tiba-tiba dan kenapa papa benarkan tanpa ada soalan?"

Pertemuan hari ini berbeza daripada sebelumnya. Mereka hanya berbual si sofa dalam bilik bacaan itu, berbanding sebelum ini Malaika Adni akan duduk di kerusi berhadapan Tuan Muhsin di meja kerjanya ataupun sekadar berdiri ketika berbincang. Tak ubah seperti majikan dan pekerja. Dia sendiri masih belum biasa dengan perubahan mendadak Tuan Muhsin sejak dia berkahwin dengan Erdem Mifzal. Sejujurnya, sekarang dia keliru antara bapanya dengan suaminya, siapa sebenarnya di pihak yang benar.

"Adni tahu kenapa dia nak kahwin dengan Adni, tapi Adni.."

Dia berfikir sejenak, mahu menukar soalan lalu dia bertanya kembali kepada Tuan Muhsin.

"..boleh Adni tanya kenapa papa benarkan?"

Tuan Muhsin mengangguk. Nafas dihela berat. Lama dia diam, Malaika Adni sabar menunggu. Dan akhirnya dia bersuara juga.

"Ijal tu..anak sahabat baik papa. Papa tahu, Adni dah jumpa dengan nenek dan nenek dah ceritakan siapa papa dan mama pada Ijal."

Spontan tangan Malaika Adni naik menutup mulutnya yang terbuka kerana terkejut. Matanya juga membulat. Jadi selama ini papa tahu niat Erdem Mifzal, mengapa papa masih membenarkan..dia semakin keliru.

"Tapi kenapa papa.."

Malaika Adni yang masih terkejut tidak tahu bagaimana harus dia menyusun kata. Dia kelu. Otaknya memproses segala maklumat yang baru diterima. Apakah sebenarnya yang mahu bapanya lindungi.

"Selama dua puluh tahun papa tak pernah tinggalkan Ijal, cuma dia sahaja tak tahu. Papa bukan nak pertaruhkan masa depan Adni dengan mengahwinkan Adni dengan orang yang berdendam dengan papa, namun papa benarkan sebab papa nampak dia mahukan Adni bukan sebab dendam pada papa..Papa harap, Adni dapat jalani hidup seperti biasa, tak perlu risaukan tentang niat awal Ijal, papa akan uruskan."

Tuan Muhsin tersenyum seraya memegang tangan anaknya.

"Maafkan papa sebab abaikan Adni selama ini. Mama sakit, papa perlu lindungi mama dan Adni. Dan sekarang bila Ijal dah cari papa macam ni, papa tahu dah tiba masanya papa hadap semua benda ni. Papa sayang Adni, satu-satunya anak papa."

Matanya berkaca. Pertama kali Malaika Adni merasakan kasih sayang seorang bapa. Hatinya tersentuh lalu terus tubuh Tuan Muhsin dipeluk erat. Dia melepaskan tangisan rindu yang ditahan selama ini. Perit menahan rindu di depan mata, itulah yang Malaika Adni rasakan selama ini dan akhirnya selepas dia berusia 20 tahun, dia dapat memeluk bapa kandungnya sendiri tanpa rasa takut. Tuan Muhsin juga membalas pelukan anak tunggalnya itu, diusap-usap belakang tubuh Malaika Adni yang menangis tersedu-sedan. Jauh di sudut hatinya, dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah, beban yang ditanggung hatinya selama 20 tahun lepas akhirnya berkurangan sedikit..Kini dia hanya perlu selesaikan satu persatu lalu memperbetulkan segala salah faham semoga semuanya kembali baik.

End Flashback

Malaika Adni mengesat air matanya yang mengalir. Begitu berat bebanan perasaan yang bapanya tanggung selama dua puluh tahun ini. Dia mahu bantu bapanya menerangkan kepada Erdem Mifzal namun bapanya seperti biasa, menghalangnya untuk mencampuri urusan antara bapanya dan suaminya..Perangai Tuan Muhsin dan Erdem Mifzal memang tak banyak bezanya. Sama-sama berlagak macho pun ada. Semuanya dirasakan mampu diselesaikan sendiri dan akhirnya mereka sama-sama makan hati.

---

Telefon yang berdering dijawab malas. Kata nak bincang malam, tapi ni baru pukul 5 petang dah dihubungi oleh si dia.

"Sayang, aku on the way balik ni, kau siap eh kita jalan-jalan tengok orang main layang-layang."

Talian terus dimatikan tanpa sempat Malaika Adni menjawab..Panggilan sayang dah buat hatinya berbunga tapi nak ajak tengok orang main layang-layang tu macam dah tak ada benda lain je boleh tengok. Sabar je lah Malaika Adni mahu melayan karenah Erdem Mifzal ni seorang. Tidak mahu membuang masa, terus sahaja dia bersiap ala kadar kerana on the way Erdem Mifzal tu memang kurang daripada 15 minit akan terpacak depan pagar rumahnya nanti. Dah arif sangat.

Ketika dia menuruni tangga, kelihatan Nabila dan Fatiya sedang menonton televisyen manakala Izara pula tidak kelihatan.

"Bell, Tiya..Adni nak keluar dengan Erdem. Zara mana?"

Malaika Adni menegur dua orang teman serumahnya sambil membetulkan beg sandangnya.

"Zara tengah goreng keropok tu Adni."

Nabila membalas sapaan Malaika Adni dan Fatiya tersengih sambil menghirup teh o panas. Berasap cawannya.

Pinn pinn!!

"Ha tu prince charming dah sampai. Hati-hati."

Izara yang baru keluar daripada dapur dengan membawa mangkuk berisi keropok lekor tu menyapa Malaika Adni. Malaika Adni tarik muka walaupun sedar Izara bergurau. Eloklah pihak sini gelarkan suaminya prince charming, suaminya pula gelarkan tiga temannya ini dayang-dayang. Melihat muka cemberut Malaika Adni tiga sahabat itu tertawa. Mereka sudah biasa dengan ekspresi wajah anak majikan mereka itu..Tak suka sangat bila suaminya digelarkan prince charming. Dah sama cantik sama padan, takkan nak bagi title beauty and the beast pula kan.

Pinn pinn!!

'Sekali lagi? Huh!'

Malaika Adni merengus. Spesis tak menyabar Erdem Mifzal ni. Malaika Adni yang sedang merapikan rambutnya di hadapan cermin sebelum keluar pintu rumah pamirkan muka tak puas hati apabila tiga sahabat tu ketawa lepas.

"Tak balik pun takpe Adni malam ni! Esok cuti kan?"

Bertambah cemberut muka Malaika Adni. Kuat menyakat betul tiga orang ni. Haish.

"Lambatnya sayang."

Erdem Mifzal sengaja menyakat apabila muka cemberut si pujaan hati menyapanya. Tahulah dia sebelum isterinya keluar tadi pasti sudah disakat tiga orang dayang tersebut. Sekarang dia pula sengaja mahu menambah perisa, seronok melayan muncung si isteri. Comel!

Apabila Malaika Adni menghadiahkan jelingan tajam, terus sahaja dia ketawa terbahak-bahak. Terbang habis masalahnya. Oh indahnya perasaan mencintai seorang gadis seanggun bidadari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience