Kalis 2: Pertemuan Pertama

Drama Series 13904

Malaika Adni kelihatan teruja melihat selautan manusia. Dia yang mengenakan baju kurung kain kapas berwarna biru muda berbunga putih sudah merah wajah putih bersihnya dek panas mentari. Ada mata-mata yang melihatnya seakan pelik. Selalunya freshie akan berwajah muram sebab akan berpisah dengan keluarga, namun lain pula dengan seorang gadis yang bernama Malaika Adni ini. Tersenyum sahaja.

Sedang ralit dia berjalan melihat sekeliling dewan, terasa tubuhnya dilanggar seseorang.

"Opss..sorry."

Malaika Adni terkejut. Lelaki yang melanggar tubuhnya menunduk mengutip failnya yang jatuh. Dia ingin melihat wajah disebalik kaca mata hitam itu, namun lelaki itu terus pergi tanpa pamit setelah failnya selamat kembali di pelukannya.

"Adni okay?"

Soal Izara cemas sambil menilik tubuh Malaika Adni. Dia hanya nampak daripada jauh. Dia juga baru sahaja berjauhan dengan Malaika Adni ketika gadis itu beratur untuk mengambil tag nama untuk program orientasi.

"Adni okay. Zara, Adni nak ikut orientasi. Boleh?"

Izara dah garu kepalanya yang tidak gatal.

Jeda.

Malaika Adni masih menunggu jawapan Izara. Seketika, Izara menjawab..

"Adni tunggu sekejap, Zara tengok tentatif program dahulu."

Malaika Adni buat muka pasrah. Susahnya jadi anak VVIP ni, semuanya nak dikawal.

Setelah beberapa minit berlalu, Izara kembali kepada Malaika Adni. Dengan wajah yang penuh pengharapan, Malaika Adni berdebar-debar menantikan kebenaran daripada Izara.

"Boleh ke Zara?"

Melihatkan wajah yang penuh pengharapan Malaika Adni, tak sanggup rasanya mahu dibiarkan terus dengan teka-teki.

"Boleh, tapi Zara, Tiya dengan Bell akan join juga dan kita boleh stay kat rumah sewa, Adni tak perlu stay in campus."

Walaupun riaknya kelihatan sedikit kecewa, namun Izara tidak mahu memujuk kerana bimbang makin banyak pula permintaan anak Tuan Muhsin ni, lalu cairlah lagi tahi telinganya disekolahkan Ibu Haryani.

---

"Bell, laju sikit. Nanti Adni lambat senior marah."

Resah suara Malaika Adni meminta Nabila memandu kenderaan sedikit laju.

"Adni rileks okay, senior tak marahlah. Zara dah kawtim baik punya."

Izara yang berada di kerusi penumpang belakang bersama Malaika Adni memujuk. Hari ini mereka terlambat bangun kerana masing-masing letih dan tidur mati dek penat dengan aktiviti semalam yang padat. Hari ini, mereka akan menyertai latihan lasak yang ada dalam modul tentatif program minggu orientasi itu.

"Zara..ermm kalau boleh Adni taknak dapat special treatment."

Malaika Adni menunduk. Walaupun dia tak mahu, tapi itulah kenyataan yang harus dia hadap dilahirkan dalam sebuah keluarga elit sebegitu. Sebut sahaja nama bapanya, terus dia termasuk dalam kategori yang mempunyai keutamaan atau diberi keistimewaan. Walaupun dia tidak didedahkan kepada media, namun nama besar bapanya memberi impak dalam kehidupannya.

"Yes, Adni..Zara faham tapi Adni nak ke hilang kepercayaan Tuan Muhsin? Kalau Adni hidup jadi orang biasa dan bebas macam orang lain, in case Tuan Muhsin dapat tahu, kami semua dipecat dan Adni akan kembali tinggal dalam rumah tu."

Izara menerangkan sebab mengapa dia bertindak mengikut arahan Tuan Muhsin. Untung sahaja mereka tidak disyaki dan tiada orang Tuan Muhsin yang mengawasi mereka di sini. Itu pun setelah dia merayu Tuan Muhsin memohon kepercayaan.

Flashback

"Kau boleh jamin ke Adni akan ikut cakap kau bila dah dah keluar daripada sarang yang aku cipta untuk dia ni?"

Tuan Muhsin, walaupun wajahnya tenang namun sekali keluar suaranya seperti emas itu ibarat terdengar ngauman harimau. Kecut juga perut Izara walaupun dah lima tahun berkerja di bawah naungan Tuan Muhsin.

"Ya, Tuan! Saya akan jaga Cik Adni seperti nyawa saya sendiri dan saya akan pastikan dia ikut segala peraturan yang dah Tuan tetapkan."

Yakin Izara berjanji dan yang pasti, setiap janjinya akan dia laksanakan. Kerana itulah dia menjadi salah seorang pembantu yang paling dipercayai Tuan Muhsin.

Tuan Muhsin yang duduk bersilang kaki sambil memusing-musingkan badannya di atas kerusi pejabat dalam bilik bacaannya itu mengetuk-ngetuk meja seperti berfikir. Izara masih sabar menanti keputusan Tuan Muhsin walaupun hatinya berdebar-debar.

Suara berdehem Tuan Muhsin mengejutkan Izara yang berdiri tegak segak tadi namun fikirannya dah terbang melayang dek sabar menunggu jawapan daripada mulut emas Tuan Muhsin.

"Aku percayakan kau, tapi pihak universiti kena tahu siapa Adni. Kau kena mainkan peranan dan yang pasti kau buat Adni ikut cakap kau. Aku akan maklumkan kepada Naib Canselor UTHM supaya dia sedia maklum anak aku belajar di situ."

Nada monoton Tuan Muhsin sudah biasa, namun dia tetap sahaja gementar kerana Tuan Muhsin mempunyai karakter yang sukar ditebak. Riak wajahnya penuh kebapaan namun dia tidak pernah langsung melayan Malaika Adni seperti anaknya. Lebih kepada seperti anak burung di dalam sangkar emas.

"Baik, Tuan! You can count on me. Kalau musuh menyerang, saya yang jadi perisai Cik Adni!"

Penuh bersemangat Izara berikrar namun dia masih perlu mengawal riaknya. Bukan apa, dia tidak mahu Tuan Muhsin berubah fikiran kerana dia sendiri perlukan ruang kebebasan untuk hidup di luar rumah agam ini.

Melihat anggukan Tuan Muhsin, Izara meminta kebenaran untuk keluar daripada bilik bacaan itu. Ada rencana yang harus dilaksanakan. Rancangan membuka lembaran baru buat Cik Muda Malaika Adni si anak burung dalam sangkar emas yang bakal terbang bebas.

End Flashback

Melihat anggukan Malaika Adni, Izara berpuas hati. Dia tahu, Malaika Adni gadis yang tidak pernah didedahkan dengan dunia luar ini, sangat naif orangnya. Tersilap langkah buruk padahnya. Jika ada yang tahu siapa sebenarnya Malaika Adni, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan. Oleh kerana itu, dia sebagai orang kepercayaan Tuan Muhsin harus menjaga Malaika Adni sehabis dayanya.

---

"Malaika Adni binti Muhsin!" Seorang fasilitator melaungkan nama Malaika Adni ketika pembahagian kumpulan.

Saat Malaika Adni bangun, beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Dia hanya tersenyum ceria kerana ini adalah kali pertama dia berpeluang menyertai aktiviti lasak sebegini namun bagi mata-mata yang lain, pandangan padanya menjengkelkan kerana dia cuma menyertai aktiviti tertentu sahaja. Mulalah gosip bertebaran tentangnya tanpa dia sedar.

"Kau jangan nak acah puteri sangat tersenyum-senyum. Kenapa tak lambai tangan sekali, budak bajet hot!"

Berubah wajahnya disapa dengan kata-kata kasar seorang lelaki. Wajahnya tidak seperti pelajar, namun kenapa dia berada satu kumpulan dengan Malaika Adni? Seketika Malaika Adni tersenyum.

"Hai, saya Adni."

Tangan yang dihulur tidak bersambut.

"Gila agaknya perempuan ni. Aku tak salam tangan orang bukan muhrim."

Selamba sahaja ayat lelaki itu mahu mengguris perasaan Malaika Adni, namun dibalas senyuman manis.

"Maaf..awak..? nama..?"

Masih tersenyum manis kepada si jejaka sebelahnya.

Memang sah perempuan ni gila. Aku yang nak sakitkan hati dia, lain pula jadinya.

"Erdem."

Sepatah sahaja jawapan Erdem Mifzal.

"Pftt.."

Malaika Adni tertawa sambil menutup mulutnya. Erdem Mifzal pandang pelik. Apa sahaja masalah perempuan berwajah diva lagak polos ni agaknya.

"A.D.A.M?..Awak ingat macam cerita hollywood ke orang melayu sebutan nama ala mat salleh? Kan senang cakap je ADAM?"

Entah kenapa laju pula bibirnya nak berborak dengan orang asing ini.

"Kau tu yang entah apa-apa. E.R.D.E.M."

Suara monoton pakej menjeling menyampah dengan Malaika Adni.

Erdem Mifzal juga tiba-tiba rasa pelik dengan dirinya kenapa pula dia boleh berborak dengan budak perempuan yang acah-acah hot stuff ni, lalu dia terus sahaja bergerak menjauhi Malaika Adni untuk mengambil jaket keselamatan setelah selesai taklimat. Entah dengar ke tak apa yang fasilitator terangkan tadi oleh budak perempuan yang sibuk nak berkenalan dengannya tadi.

Melihat Malaika Adni terkocoh-kocoh mengejarnya, dia simpan senyum. Nampaknya seperti umpan dah mengena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience