Kalis 17: Bulan Madu Yang Indah

Drama Series 13904

"Cuaca di pulau yang terkenal dengan burung helang ini terasa nyaman sekali. Destinasi percutian mereka hanyalah dalam negara kerana Malaika Adni tidak mahu terlalu lama meninggalkan ibunya dan suaminya juga begitu.

"So, apa aktiviti kita, sayang?"

Erdem Mifzal sudah mula pandai berbahasa dalam perhubungan mereka. Tiada lagi ber'aku-engkau' jika dengan Malaika Adni.

"Jalan-jalan, makan-makan, shopping..apa lagi ya?"

Jari telunjuk di tangan kiri Malaika Adni naik mengetuk-ngetuk dagunya seolah berfikir. Sebelah lagi tangannya memeluk erat lengan suami yang dicintainya sepenuh hati. Bukan boleh dibiarkan lepas, risau terlepas terus. Banyak mata-mata nakal gadis-gadis yang melirik suaminya yang berwajah tampan itu. Cemburu dia dibuatnya! Tapi tak salah kan, cemburu tandanya sayang.

"Seriously, sayang? Typical women!"

Erdem Mifzal menjuih bibir seakan mengejek. Malaika Adni naik geram, lalu dihadiahkan cubitan kasih secukup rasa yang cukup membuatkan Erdem Mifzal mengeliat.

"Ingat time honeymoon ketam batu dia tinggal. Bawa juga!"

Seloroh Erdem Mifzal menyebabkan Malaika Adni ketawa lepas.

"Now you tell me, apa aktiviti kita?"

Malaika Adni bertanya setelah tawanya reda. Pelik tapi benar, dengan lelaki ini pengalamannya secukup rasa..bahagia, derita, kecewa, sedih, marah dan mampu ketawa sampai berair mata dengan gurauan yang sangat-sangat simple. Dia mampu melepaskan perasaannya yang selama ini dia cuba kawal. Dengan Erdem Mifzal, dia menjadi diri sendiri.

"Snorkerling, island hopping, parasailing..jap apa lagi? Cable car..helicopter ride.."

Erdem Mifzal sudah merangka aktiviti yang dia bayangkan. Kembang-kembang pipinya menahan senyum melihat wajah kelat isterinya.

"Saya nak bercutilah Erdem. Bukan nak hitamkan kulit."

"Shopping tu penat, yang..jalan pun penat, makan nanti gemuk.."

Malaika Adni menjeling tajam. Terus sahaja Erdem Mifzal menghamburkan tawanya. Lucu sangat wajah sebal isterinya.

"Kalau macam ni kita tak payah keluar bilik je lah kan. Yang tu memang tak penat."

"Kalau terperap je dalam bilik risau lagi penat sayang. Tak cukup rehat, tidur pun tak agaknya kita nanti."

Malaika Adni yang melihat wajah selamba Erdem Mifzal bertambah sebal hatinya..Adalah akalnya mahu mengenakan dia. Dah masak sangat perangai suaminya.

Bertambah galak ketawa Erdem Mifzal melihat wajah merah Malaika Adni. Sampai berair matanya ketawa, sakit urat perutnya. Kelakar sungguh dirasakan apabila dapat mengusik isterinya.

---

Pagi itu mereka bersarapan menghadap laut. Resort persendirian ini menyediakan tempat yang lebih privasi kepada pengunjungnya, hidangan makanan juga sedap sekali.

"Sayang, hari ini kita pergi island hopping nak? Boleh mandi kat Tasik Dayang Bunting, tengok helang banyak-banyak, lepas tu main pasir pantai."

Erdem Mifzal teruja merangka aktiviti mereka hari ini. Berseri-seri wajahnya. Bahagia.

Malaika Adni sekadar mengangguk setuju dengan senyuman manis dihadiahkan buat suami tersayang. Dia juga mahu merasa aktiviti sebegitu. Kalau setakat lepak bilik hotel, kat Kuala Lumpur pun boleh.

Aktiviti island hopping mereka berjalan lancar. Bukan main seronok Malaika Adni yang sememangnya tidak pernah terdedah dengan aktiviti sebegitu. Bercahaya wajahnya terpancar bahagia.

"Terima kasih awak sebab bawa saya datang sini. I really enjoy this short escape."

Genggaman tangan Erdem Mifzal yang dihayunkan tidak dilepaskannya ketika mereka berjalan di persisiran Pantai Beras Basah yang berpasir putih dan halus itu. Dah puas mandi tasik tadi, Malaika Adni hanya mahu berjalan-jalan sahaja di pulau ini sebelum mereka kembali ke jeti.

"Sama-sama, sayang. Kalau awak suka pulau nanti kita explore tempat lain pula. Banyak tau pulau dalam Malaysia yang cantik-cantik."

Bahu isterinya diraih lalu sebuah kucupan kasih dihadiahkan di ubun-ubun buat wanita yang telah berjaya menakluki hatinya.

Erdem Mifzal tidak tahu berapa lama kebahagiaan mereka ini tidak akan teruji, jadi dia mahu nencipta kenangan indah dalam kisah mereka untuk dikenang.

---

Hari ketiga mereka hanya berehat dalam kawasan resort. Makan, manjakan diri di spa, bermain air dan pasir di pantai, berbasikal, semuanya dalam kawasan resort sahaja.

"Sayang, esok kita shopping ya. Saya nak beli buah tangan untuk nenek, pak su, mak su dan Aliya."

Erdem Mifzal yang tidak sedar perubahan wajah isterinya apabila nama Aliya disebut, masih leka bercerita dan tersenyum. Pada Malaika Adni, apa yang keluar daripada mulut Erdem Mifzal hanyalah satu nada yang dia tidak faham butirnya selepas sebaris nama Aliya muncul di bibir suaminya. Dia tahu Aliya bukan sahaja tidak suka kepadanya malah membencinya.

Flashback

"Kau tahu kenapa Abang Ijal tinggalkan kau? Sebab dia nak gunakan kau je untuk dia balas dendam."

Muka bengis Aliya dipandang. Jujur dia rasa sedih setelah ditinggalkan tanpa pamitan, kemudian ditambah pula dengan tekanan sebegini daripada Aliya, dia hampir sahaja rebah menyembah bumi.

"Saya tahu pasti bersebab."

Perlahan suaranya membalas renungan tajam Aliya.

"Kau je yang tak boleh nak terima kenyataan. Nanti apa sahaja alasan dia kau akan terima? Termasuk dia pilih aku?"

Malaika Adni tersentak. Senyuman sinis terbit di bibir Aliya. Dia yang tidak betah lagi duduk berhadapan Aliya segera mengangkat punggungnya mahu beredar. Kolam matanya panas, yang pada bila-bila masa sahaja akan menumpahkan air mata hangat di pipi mulusnya.

Seketika dia berpaling mahu pergi, ketawa sinis Aliya yang menyapa telinganya terus sahaja membawa kakinya melangkah laju tanpa mahu berpaling lagi.

End Flashback

"Abang Ijal milik aku, daripada dulu..kau hanyalah bahan eksperimen dia sahaja. Jangan nak jadi bodoh untuk terus setia kononnya."

Kata-kata yang masih lekat di kotak mindanya walaupun sudah dua tahun berlalu.

"Hey, sayang! Dah sampai mana?"

Malaika Adni tersedar dengan petikan jari Erdem Mifzal di depan wajahnya. Melihat wajah Erdem Mifzal yang semakin banyak ekspresi dengan perasaan yang ditonjolkan dia tersenyum. Benar, suaminya sudah banyak berubah. Persetankan hasutan Aliya yang menyapa tadi, dia mahu menikmati masa mereka bersama.

"Sampai kapsul honeymoon kita."

Bersahaja Malaika Adni menjawab mengundang tawa galak Erdem Mifzal. Seronok sangat dia.

"I miss our old days juga, sayang. Tapi, saya lagi suka awak versi sekarang. Dah kurang blur."

Merah muka Malaika Adni. Kalau dah namanya Erdem Mifzal ni, ada sahaja dia mahu mengenakan isterinya. Perangai mengusiknya memang tak berubah daripada dulu. Tiada peratusan yang merosot langsung.

"Auch!"

Erdem Mifzal mengaduh apabila terasa lengannya perit. Sah! Tak pernah ditinggalkan ketam batu seorang Malaika Adni ini walau pun mereka sudah merentas masa dan negeri. Masih setia dibawa bersama.

"Tu hadiah sebab selalu sangat cop saya blur."

Bersahaja Malaika Adni bangun mahu meninggalkan Erdem Mifzal, lalu dia menyapu bahagian punggungnya yang melekat pasir dek mereka bersantai di pantai menghadap laut. Namun, tanpa disangka sepasang tangan kekar Erdem Mifzal tangkas memeluk pinggangnya lalu menarik dia kembali turun. Bergolek mereka di pantai itu dah serupa bergusti. Mengekek ketawa Erdem Mifzal melihat muka cemberut isterinya. Beberapa pasang mata lain yang berada di pantai sekadar tersenyum apabila terpandang adegan romantik pasangan dua sejoli itu. Elok tadi di seluar sahaja kesan pasir, sekarang dah seluruh badan termasuk rambut. Malaika Adni mendesis geram. Mahu sahaja dia tolak suaminya ke dalam laut kalau diikutkan hatinya yang tengah geram sangat dengan perangai lepas laku Erdem Mifzal yang tak kita tempat tu. Bertambah geram, boleh pula dia ketawa galak sangat.

---

"Sayang check semua barang tak ada yang tinggal dah kan?"

Erdem Mifzal yang sedang menarik bagasi keluar daripada bilik yang menjadi tempat berbulan madu mereka selama lima hari itu kedengaran bersuara di peluput telinga Malaika Adni. Terangkat sikit bahunya yang sedang mengelamun. Dia pasti akan rindukan masa mereka bersama di sini. Seolah tiada apa yang pernah berlaku, dia sudah memaafkan suaminya dan atas sebab apa dia ditinggalkan selama dua tahun, dia sendiri tidak mahu bertanya kerana padanya, dia hanya mahu meniti kebahagiaan masa hadapan bersama seorang lelaki yang dicintai sepenuh hatinya.

"Ya Allah, berangan lagi sayang?"

Erdem Mifzal yang berada di sebelahnya mencuit pucuk hidungnya. Walaupun isterinya dah kurang blur, tapi bab mengelamun masih sama, tak kurang sikit pun.

Malaika Adni tarik muka. Bukan dia tak tahu bila dah Erdem Mifzal tayang muka nak mengusik tu, pasti ada sahaja buah yang mahu dihantar

"Saya cuma tengah menikmati moment je ok. Tak ada pun nak berangan."

Mata dibalikkan ke atas. Erdem Mifzal tergelak dengan kelakuan isterinya.

"Mulut tu kuat menjawab. Cium baru tahu."

Tindakan refleks Malaika Adni, tangan terus ditutup mulutnya dan matanya terbuntang bulat. Pecah ketawa Erdem Mifzal. Bukan main comel lagi reaksi spontan isterinya

Apabila bagasi mereka telah dimasukkan ke dalam grab car yang akan membawa mereka ke lapangan terbang, Erdem Mifzal meraih jari jemari isterinya lalu dibawa ke bibirnya, dikucup kasih.

"Terima kasih sayang sebab terima saya apa adanya saya, tanpa sedikit pun ragu di hati awak. Terima kasih sebab sayang saya tanpa syarat. I love you, bidadariku Adni."

Kata-kata puitis Erdem Mifzal menjentik tangkai hati Malaika Adni. Dia terharu, rasa di hargai. 'Ya Allah, Kau suburkanlah rasa cinta di hati kami, semoga jodoh milik kami ini kekal hingga akhir hayat kami.'

Doa Malaika Adni di dalam hati saat ubun-ubunnya terasa hangat kucupan kasih seorang suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience