Kalis 9: Luahan Perasaan

Drama Series 13904

Usai membersihkan diri, Malaika Adni segera melangkah keluar. Walaupun public toilet seperti dikatakan Erdem Mifzal, bilir air ini selesa untuknya.

"Lamanya tuan puteri mandi."

Erdem Mifzal yang melihat kelibatnya tersenyum seraya menyapa lembut. Panas dirasakan wajahnya. Eh! Kenapa tiba-tiba rasa malu pula? Bukan sekarang dia patut rasa takut ke?

"Maaf, saya buat awak tunggu lama.."

Malaika Adni menunduk..Tak berani mahu bertentang mata dengan Erdem Mifzal.

"Kau penat?"

Malaika Adni sekadar menggeleng. Masih belum berani memandang tampang wajah sang suami.

Tanpa berlengah, Erdem Mifzal mengambil barang-barang peribadi Malaika Adni yang membuatkan si suri hati sedikit tersentak.

"Lapar?"

Sepatah lagi soalan keluar daripada mulut Erdem Mifzal ketika pintu bilik mereka dibuka. Bilik yang sebenarnya adalah kapsul penginapan dan mereka berada di Pantai Balok, Pahang. Kata Erdem Mifzal, dia nak bawak Malaika Adni berbulan madu dalam kapsul angkasa lepas, dia tak mampu. Jadinya, dia bawalah ke kapsul Pantai Balok ni. Lepas tu boleh pula ditanya Malaika Adni, sweet tak dia? Itulah yang menyebabkan Malaika Adni rasa malu sangat dan mandi lama-lama..Entah apa agaknya yang merasuk suaminya tiba-tiba jadi begini. Walaupun bahasa diri belum diubah, namun tindakannya menyebabkan Malaika Adni semakin lembut hati.

"Berangan lagi.."

"Ha?"

Hampir melompat Malaika Adni tiba-tiba pipinya dikucup sang suami. Terkejut..Tak sangka. Tapi suka. Dan lepas tu rasa malu.

Erdem Mifzal yang melihat perubahan rona wajah Malaika Adni tertawa lucu, ditambah pula riak kekok isterinya..Dah macam robot.

"Aku tanya tadi, lapar ke? Tak berubah kan kau? Ingat dah kahwin tak berangan dah. Aku depan mata pun masih berangan. Kau jangan risau, aku kau punya. Semuanya."

Erdem Mifzal tersenyum meleret dan matanya dikenyitkan sekali. Dia buat lagi. Malaika Adni semakin mendapat rentak dan selesa. Dia seakan lupa tujuan Erdem Mifzal mengahwininya. Biarlah dia lupakan seketika. Dia mahu rasa bahagia di kala mood suaminya baik begini. Senyuman manis dihadiahkan.

"Saya lapar..nak makan."

Erdem Mifzal mengangguk. Tangan Malaika Adni diraih. Jari jemari mereka disatukan. Biarlah dia lupakan dendamnya kerana dia sudah mula jatuh sayang pada permaisuri hatinya. Malaika Adni tidak bersalah. Dia tidak ada kena mengena dengan salah bapanya. Biarlah untuk hari ini, mereka jalani hidup bahagia sebagai pasangan yang halal.

---

"Sedap makanan tadi. Kalau tinggal sini lama, gemuklah saya..Semua makanan sedap!"

Malaika Adni teruja. Kalau tadi dia malu-malu Erdem Mifzal menyulam tangan mereka, kali ini dia dengan bersungguh menggoyang-goyangkan tangan mereka sambil menikmati angin malam di tepi pantai ini.

"Jangan gemuk sangat, nanti aku tak larat nak dukung."

Berubah muka Malaika Adni. Mujur sahaja sekarang waktu malam..Dengan selamba suaminya berterus terang tanpa ada rasa bersalah jika dilihat wajahnya sekarang yang disuluh cahaya bulan.

"Awak ni jujur sangat."

Malaika Adni bersuara perlahan. Mahu merajuk. Sampai hati Erdem Mifzal terus sahaja pangkah dia. Ingat nak kekal sweet dan romantik..Kata tengah honeymoon.

"Aku tak jujur pun dengan kau, Adni. Sejak awal lagi."

Bicara perlahan Erdem Mifzal menarik perhatian Malaika Adni. Tak jadi dia nak merajuk. Tadi rasa macam memang kena merajuk..Tapi sekarang eh? Okay, tak perlu merajuk. Bukan mudah Erdem Mifzal sejinak ini.

"Jadi, sekarang awak nak jujur dengan saya?"

Malaika Adni cuba memancing. Sejujurnya dia takut, namun dia tetap mahu jelas tentang semua perkara. Dia mahu Erdem Mifzal berterus terang. Dia perlukan kejujuran dalam perhubungan mereka.

"Kau mungkin akan benci aku."

Erdem Mifzal menarik tangan Malaika Adni untuk duduk di atas pasir menghadap laut. Nafas dihela berat. Malaika Adni dapat merasakan tekanan yang dirasakan suaminya.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

Malaika Adni mahu menduga. Erdem Mifzal berpaling merenung ke arahnya. Ada satu persaan aneh menyelinap masuk ke dalam hatinya. Perasaan yang hadir sejak beberapa hari ini.

"Apa yang jadi sekarang plan aku daripada awal."

Perlahan Erdem Mifzal bersuara lalu menunduk. Entah kemana terbang semangatnya selama ini. Berdepan dengan Malaika Adni hari ini, dia resah. Takut dikecewakan kerana satu perasaan yang mula berputik.

"Awak stalk saya ke?"

Erdem Mifzal mengeluh..Malaika Adni simpan senyum.

"Saya dah tahu sebab awak nak jaga saya. Nenek dah bagitahu masa saya kat kampung hari tu."

Riak wajah Erdem Mifzal berubah. Dia terkejut. Mengapakah Malaika Adni setenang ini sedangkan niatnya daripada awal adalah untuk mempergunakan gadis itu demi misi dendamnya.

"Kau..kau.."

Mata Erdem Mifzal tidak berkedip. Dia melawan pandangan mata Malaika Adni. Untuk seketika, mereka seakan berada dalam dunia mereka sendiri, berbicara melalui mata turun ke hati.

"Kau tak marah? Tak kecewa?"

Selepas beberapa minit kekal begitu, akhirnya Erdem Mifzal berdehem lalu bersuara perlahan..Serak suaranya menahan perasan..Entah apa agaknya rasa hati isterinya. Walaupun Malaika Adni hanya berlagak biasa, dia masih resah.

"Sebenarnya..saya rasa.."

Jeda. Erdem Mifzal semakin resah. Dia main tarik tali pula. Tadi muka dah senyum-senyum.

"Rasa apa, Adni?"

Erdem Mifzal tak mampu lagi bersabar. Kedua lengan Malaika Adni disentuh, dipusingkan tubuh isterinya menghadapnya.

Hampir tergelak Malaika Adni memandang wajah resah gelisah suaminya..Sumpah kelakar..Erdem Mifzal yang selalu beriak kosong ibarat tiada perasaan, hari ini dah serupa cacing kepanasan.

"Saya suka semua tentang awak sejak saya lahir lagi."

Malaika Adni senyum. Manis..Erdem Mifzal terpana. Sungguh suci murni hati gadis ini, masih boleh berfikiran positif walaupun dia sudah tahu kebenarannya.

Tersedar sesuatu, Erdem Mifzal melepaskan pegangannya. Jatuh bahunya. Serabut wajahnya..Satu sisi yang Malaika Adni tak pernah nampak.

"Kau dan aku tidak sekufu, Adni."

Dia kembali memandang laut. Sakit dirasakan..Dia sudah tak mampu meneruskan. Melihatkan ketulusan hati isterinya, dia sudah rasa sakit begini. Benarlah kata pak su tempoh hari, matlamat tak memghalalkan cara. Kini, dia sudah terperangkap dalam rancangannya sendiri.

Malaika Adni memeluk lengan Erdem Mifzal, kepalanya direbahkan ke sisi lengan suaminya.

"But..I love you, my husband!"

Dia sendiri tak tahu entah datang daripada mana sifat beraninya. Kata nenek, Erdem Mifzal berdendam kerana kecewa. Jadi, biarlah dia jadi penyelamat, mengubati kekecewaan, mengisi kekosongan hati dan memadamkan api dendam suaminya. Dia sudah berazam, mahu semuanya kembali jernih antara papa dan Erdem Mifzal.

"Adni.."

Erdem Mifzal yang sedikit terkejut dengan tindakan Malaika Adni bersuara perlahan menyeru nama isterinya..Reaksi tubuhnya kaku. Dia tidak menyangka Malaika Adni seberani ini.

"Terima kasih sebab nak jaga saya. Saya terima semuanya..Walau dengan cara apa sekalipun kita bermula, saya harap jodoh kita kekal bersama."

Tenang dirasakan saat Malaika Adni menuturkan kata-kata itu. Erdem Mifzal meraih bahu isterinya, lalu kepala dilentokkan.

"Sejuklah sayang..Jom masuk honeymoon suite kita. Mengantuk."

Timbul idea nakal mahu mengusik Malaika Adni. Terus sahaja dia dihadiahkan tamparan di lengan..Mengerang kesakitan Erdem Mifzal dibuatnya. Pedih. Tangan berbisa rupanya Malaika Adni ni.

"Mengada eh awak.."

Erdem Mifzal ketawa bahagia.

"Thanks sayang.."

Dahi Malaika Adni dikucup sayang. Menyerbu darah ke muka si isteri. Malu! Tiba-tiba mereka begini, dia sendiri tak pasti selama mana akan kekal. Cuma yang dia mahu, hanya menikmati kebahagiaan ini.

"Saya akan selalu ada dengan awak.."

"Dah, jangan cakap banyak..Aku cium kang. Aku tengah sejuk ni, ajak masuk kapsul dapat tamparan wanita."

Erdem Mifzal tayang muka cemberut. Malaika Adni dah tutup mulut dengan tangannya. Baru nak ada sesi hati ke hati dah kena sound. Memang Erdem Mifzal ni jenis semua nak pantas ke apa?

Melihat gaya Malaika Adni, tak jadi Erdem Mifzal nak merajuk lebih. Comel betul gaya isterinya. Dia kulum senyum, masih mahu mengusik.

"Nasiblah kau Erdem, kahwin dengan budak."

Dia berbisik perlahan namun cukup untuk didengari Malaika Adni.

"Saya taklah budak sangat, jomlah masuk tidur."

Malaika Adni bangun, menepuk-nepuk kesan pasir di punggung seluarnya, manakala Erdem Mifzal hanya memandang.

"Kenapa? Tadi kata mengantuk?"

Malaika Adni bertanya pelik. Erdem Mifzal masih merenungnya.

"Sekarang dah tak mengantuk, rasa taknak tidur pulak malam ni, sebab baru sedar aku bukan kahwin dengan budak sebenarnya."

Selesai berkata begitu, Erdem Mifzal segera bangun dan mula mengorak langkah. Malaika Adni yang sedar dikenakan Erdem Mifzal terus menjerit geram lalu mengejar suaminya.

"Erdemmmmm!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience