Kalis 15: Maaf Ku Tak Sengaja

Drama Series 13904

Selepas berjumpa Tuan Muhsin dan Erdem Mifzal, Malaika Adni terus sahaja menyibukkan diri dengan kerjanya. Dia mula membiasakan diri dengan sistem dalam Perkasa Holdings. Walaupun dia pewaris tunggal, dia tidak mahu melalui jalan pintas, dia mahu belajar semuanya.

Selepas waktu makan tengah hari, dia meminta setiausahanya membacakan tugasan yang perlu dilakukan pada hari esok. Izara, Nabila dan Fatiya yang masih berada di dalam biliknya selepas selesai menemaninya makan pada hari itu hanya diam menanti bicara majikan mereka.

Setelah selesai memeriksa segala dokumen yang perlu diteliti, Malaika Adni memandang tiga orang pembantunya.

"Erdem dah balik."

Tiga pasang mata setia memandang lekat Malaika Adni yang beriak tenang di hadapan mereka, berubah air muka. Rasa bersalah membelenggu mereka.

"Adni okay?"

Izara bertanya..Seakan tersekat suaranya. Sudah setahun mereka menyimpan rahsia, hari ini akhirnya terlerai segala persoalan Malaika Adni.

"Korang nampak Adni tak okay ke? Kerja is kerja kan."

Mendatar sahaja suara Malaika Adni. Dia mahu bertanya sejauh mana mereka tahu tentang kehilangan Erdem Mifzal namun dimatikan sahaja niatkan kerana dia tahu, perbincangan emosi ini tidak sepatutnya berlaku di pejabat.

'Beep'

Interkom berbunyi, panggilan daripada setiausahanya, Janna membantutkan niat Izara untuk bertanya lanjut.

"Yes, Janna?"

Malaika Adni menjawab panggilan Janna.

"Sure, Janna..I'll be there."

Panggilan ditamatkan.

"Zara, Bell dengan Tiya kalau nak balik dulu pun boleh, Adni ada meeting dengan papa dan nanti Adni balik dengan papa je."

Malaika Adni memberi arahan kepada tiga orang pembantunya. Lalu dia terus keluar daripada biliknya. Mereka sedar yang Malaika Adni merajuk. Keluhan dilepaskan.

"Habislah kita.."

Jatuh bahu mereka bertiga. Misi memujuk Malaika Adni dah jadi misi bersama nampak gayanya, bukan sahaha misi solo Erdem Mifzal sahaja.

Flashback

Setahun yang lalu..

"Tuan betul ke nak kami rahsiakan daripada Adni?"

Wajah Tuan Muhsin dan Erdem Mifzal dipandang bersilih ganti. Melihat anggukan Tuan Muhsin, pandangan mereka melekat pada Erdem Mifzal.

"Tolong aku..aku tak boleh bahayakan Adni. Dah setahun aku tengok dia daripada jauh. Aku dah plan dengan papa, jadi untuk setahun sahaja lagi, aku mohon sangat. Aku minta maaf sebab susahkan korang."

Rayuan Erdem Mifzal buat tiga sahabat setia itu jatuh kasihan pada lelaki itu. Mereka nampak rindu yang sarat dalam mata Erdem Mifzal.

"Kenapa kau pergi tanpa pesan? Adni broken teruk sangat. Kami dah tak sanggup.."

Tindakan spontan Erdem Mifzal melutut menyebabkan tiga orang sahabat itu terpana tanpa sempat Izara menghabiskan ayatnya.

"Tolong aku, aku merayu.."

Mereka sebak. Tuan Muhsin hanya kelihatan tenang. Akhirnya setelah berbicara melalui pandangan mata sesama sendiri, mereka mengangguk setuju dengan permintaan Erdem Mifzal. Walaupun mereka masih samar-samar tentang tujuan Erdem Mifzal, melihatkan keputusan Tuan Muhsin, mereka akhirnya akur.

End Flashback

---

"Adni dah siap kerja hari ini? Papa nak balik dah."

Tuan Muhsin menegur Malaika Adni yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan meja pejabatnya.

Malaika Adni melihat jam di pergelangan tangannya. Masih awal untuk pulang ke rumah. Papa biasanya selagi tak pukul 5 mana nak bergerak daripada pejabat.

"Awal lagi papa nak balik?"

Tuan Muhsin tersenyum.

"Mama nak masak special untuk menantu dia."

Melihat muka Malaika Adni yang berubah kelat, Tuan Muhsin mengulum senyumnya kembali. Merajuk la tu. Pandai-pandailah Erdem Mifzal memujuk.

"Oh okay."

Malaika Adni ikut bangun apabila Tuan Muhsin bangun menandakan dia mahu bergerak pulang.

"Adni tunggu dulu, sebelum balik rumah, please settle dengan Erdem."

Malaika Adni tayang muka tak puas hati. Kenapa papa dengan mudah maafkan apa yang Erdem Mifzal buat. Bukan sehari dua, dua tahun dia ditinggalkan dan begitu mudahnya papa menerima dengan tenang.

"Papa, please.."

Malaika Adni separa merayu apabila pintu pejabat papanya dikuak dan kelihatan figura suaminya menyapa.

"Papa serahkan kepada Ijal, jumpa dinner nanti. Good luck!"

Tanpa menghiraukan rayuan Malaika Adni, Tuan Muhsin segera meloloskan diri seraya menepuk bahu menantunya memberi kata sokongan. Jatuh bahu Malaika Adni. Kenapa semuanya seakan tidak berpihak kepadanya. Dia memang kekok..Dua tahun tidak mendengar suara, tidak memandang rupa, dia rindu namun otaknya yang memproses maklumat mengarahkan tubuhnya beriaksi kaku berdepan dengan Erdem Mifzal. Sumpah dia rindu semuanya tentang suaminya. Dia mahu berlari ke dalam pelukan hangat lelaki itu namun kata hatinya menafikan..Dia mahu merajuk..Dia keliru. Dan tanpa sedar, Erdem Mifzal terlebih dahulu memeluknya dan mengunci tubuhnya.

"Maaf."

Malaika Adni memejamkan matanya. Mutiara jernih matanya menitis satu per satu lalu semakin lebat sehingga terhinjut-hinjut bahunya menahan rasa. Nafas hangat Erdem Mifzal yang tidak teratur menambahkan pilu di hatinya. Sedu sedan dia dan Erdem Mifzal akhirnya bersatu. Lama mereka begitu sehingga akhirnya kakinya dirasakan tidak mampu lagi berdiri dan dunianya terus kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience