Kalis 11: Tahun 2000

Drama Series 13904

20 tahun lalu

"Sin, kau ni kuat sangat kerja. Intan tu baru sahaja bersalin. Kenalah banyak luangkan masa dengan dia dan baby."

Ehsan menegur Muhsin yang sedari tadi tidak habis-habis menghadap fail dan laporan kewangan syarikatnya.

Muhsin yang mendengar tertawa kecil. Sudah biasa dengan teguran sahabatnya yang merangkap abang angkat isterinya. Hubungan mereka rapat sejak menuntut di sebuah universiti di ibu kota. Ehsan dan Intan Safira membesar bersama di rumah anak-anak yatim dan ketika belajar di universiti, dia yang bersahabat baik dengan Ehsan kemudiannya menjadi orang kepercayaan Ehsan untuk menjaga 'adik'nya itu.

"Intan tu okay je, kan Muna ada temankan dia. Lagi pun dia lagi suka ada Ijal tu main-main dengan baby. San, terima kasih la benarkan Muna dengan Ijal teman Intan. Aku betul-betul nak settle down semua benda nak jaga Intan. Boleh cuti lama. Tak sangka aku cepat dia bersalin daripada jangkaan."

Muhsin menutup fail. Badan ditegakkan lalu dipusing ke kanan dan kiri meregangkan badan, mengendurkan urat-urat yang menegang. Lega sikit dirasakannya. Dia bangun lalu menyertai Ehsan yang sedang bersantai di sofa dalam pejabatnya.

"Intan tu dah macam adik aku dah Sin, lain mak bapak je. Kau janganlah nak risau sangat. Kalau aku takde pun Ijal tu pun aku amanahkan kat kau."

Muhsin hanya tertawa mendengar kata-kata Ehsan yang sudah acapkali didengari akhir-akhir ini.

Ehsan yang sedang menikmati kopi di bilik pejabat Muhsin kelihatan termenung seketika sebelum kembali bersuara.

"Sin, kau sampai bila nak susahkan diri macam ni? Kau balik je lah melutut kat bapa kau. Aku ni bukan apa, rasa serba salah. Intan pun ada beritahu Muna tentang kerisauan dia, dia rasa yang kau ni derhaka sebab dia."

Sudah beberapa kali Ehsan menasihati Muhsin yang hatinya keras mahu berjumpa dengan bapanya sendiri. Disebabkan Muhsin berkeras mahu menikahi Intan Safira, akibatnya dia terpaksa bersusah payah dengan Ehsan membangunkan syarikat mereka berdua ini. Padahal Muhsin anak seorang jutawan, yang sememangnya tak perlu bersusah payah bermula daripada bawah begini. Dia juga rasa bersalah kepada Tan Sri Mokhtar yang selalu memberi bantuan kepada mereka tanpa Muhsin sendiri tahu. Sama sahaja bapa dengan anak, ego masing-masing tak mahu direndahkan.

Seperti biasa, apabila perihal keluarganya disebut, dia akan kembali menyibukkan diri. Ehsan hanya mampu menggeleng kepala kemudian kembali menikmati kopi kegemarannya..Dia mahu bersama Muhsin lebih lama hari ni. Muna isterinya, pagi tadi sudah berpesan mahu lebih meluangkan masa dengan Intan Safira. Jadinya biarlah dia bersantai sahaja. Mahu membuka fail meneliti kerja seperti Muhsin yang seperti tiada hari esok, bukan caranya.

Flashback

"Ada apa Tan Sri mahu berjumpa saya?"

Sebulan selepas pernikahan Muhsin dan Intan Safira, Tan Sri Mokhtar menghubungi Ehsan untuk bertemu. Walaupun hubungan Muhsin dan bapa sahabatnya itu tidak baik, Tan Sri Mokhtar masih melayaninya seperti biasa.

"Aku mahu kau bantu Muhsin. Aku tahu dia tak biasa hidup susah dan aku tak mahu nanti cucu aku hidup susah sebab kedegilan Muhsin."

Wajah tua itu kelihatan kesal. Muhsin memang degil. Itu memang diakui. Namun tak kurang juga bapanya. Begitulah, tidak mahu anak susah, dia juga yang terlibat menyimpan rahsia besar.

End Flashback

"San, kau berangan apa daripada tadi, aku ingat kau dah tertidur. Aku cakap sorang-sorang kot."

Muhsin yang sudah menghenyakkan punggungnya di sebelah Ehsan ketawa bersahaja apabila melihat wajah terkejut sahabatnya ibarat nampak hantu.

"Aku bukan apa, ingatkan bapa kau. Kau tak boleh ke Sin, sekali je balik tengok mak bapa kau. Kau je kan anak harapan diaorang."

Muhsin mengeluh perlahan. Nafas dihela berat.

"Aku..aku.."

Suaranya tersekat-sekat. Sebak dirasakan mengingati kata-kata bapanya yang membuang dia daripada keluarga kerana tidak mengikut kata bapanya yang mahu dia meneruskan perkahwinan aturan keluarga yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi pengaruh masing-masing dalam perniagaan.

"Dah lama, Sin. Entah bapa kau dah maafkan kau ke dan boleh terima Intan dengan Adni. Kau pun tahu kan, kau pewaris utama keluarga kau."

Ehsan masih lagi memujuk..Entah mengapa dia mahu Muhsin tahu semua ini, dia merasakan sudah tiba masanya. Sampai bila Muhsin mahu lari daripada hakikat yang dia merupakan anak sulong Tan Sri Mokhtar.

"Mirza kan ada, dia pun dah ganti tempat aku. Aku rasa bersalah pada dia juga. Kau pun tahu dia marahkan aku sebab terpaksa kahwin dengan anak rakan bisnes papa aku. Mama aku lagi lah, memang taknak pun tengok muka aku."

Ada getar sebak dalam suaranya meluahkan rasa kekesalan yang ditanggung selama ini. Ehsan sebagai sahabat, tidak mahu lagi memaksa. Terus sahaja ditepuk bahu sahabatnya menyalurkan sedikit kekuatan.

"Eh, jomlah balik. Dah pukul 10 malam ni. Kau tu ada anak kecil kena ingat sikit."

Ehsan segera bangun kerana dia juga sudah berasa sangat letih. Lama betul overtime sahabatnya seorang ni.

---

"Biarlah Ijal tidur sini, Kak Muna. Kasihan dia dah nyenyak sangat tu."

Intan Safira yang baru sahaja seminggu bersalin meminta kebenaran Muna untuk meninggalkan Erdem Mifzal tidur di rumah mereka. Muhsin juga mengangguk setuju.

"Kau dengan Muna pun tak payah baliklah malam ni, San..Tidur je sini. Esok kita gerak meeting sama-sama."

Muhsin memberikan cadangan memandangkan hari sudah lewat malam. Tadi keluar sahaja daripada pejabat mereka, kereta Muhsin pancit..Jadinya berhempas pulas mereka menukar tayar kereta yang menyebabkan mereka sampai lewat ke rumah.

"Eh, tak boleh Sin. Aku tak ada bawak baju spare. Tak apa lah, Ijal je lah aku tinggal sini. Kau jaga macam anak sendiri kot aku tinggal terus."

Ehsan berseloroh mengundang tawa Muna dan Muhsin. Namun tidak bagi Intan Safira yang wajahnya tiba-tiba mendung. Dia rasa tak sedap hati namun ada sesuatu yang seperti menghalang dia untuk bersuara. Akhirnya mereka menghantar pulang dua insan yang sudah dianggap keluarga itu ke muka pintu.

Setelah membersihkan diri dan bersedia mahu tidur, telefon Muhsin berdering. Intan Safira yang baru sahaja selesai menguruskan bayinya dan mahu merebahkan tubuhnya di katil tidak jadi berbuat demikian apabila melihat suaminya beristighfar lalu meraup wajah yang kemudian basah dengan air mata. Terhinjut-hinjut bahu Muhsin menangis yang membuatkan Intan Safira semakin risau.

"Innalillahiwainnailaihiroji'un.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience