Kalis 13: Ketahuan

Drama Series 13911

Petang itu mereka berdua sedang bersantai di kawasan lapang sambil melihat beberapa orang kanak-kanak yang mengejar layang-layang. Begitu teruja wajah mereka yang berlari sama teruja dengan lelaki di sebelah Malaika Adni.

"Awak kata nak bincang malam nanti, apa tu?"

Malaika Adni yang sedari tadi memerhatikan sisi wajah Erdem Mifzal yang tersenyum-senyum itu menegur. Spontan, sang suami menoleh dan untuk beberapa ketika mata bertentang mata. Menyedari mereka di tempat awam terus sahaja Malaika Adni menepuk lengan Erdem Mifzal lalu tercetuslah ketawa lelaki itu.

"Kau tanya apa?"

Malaika Adni tayang muka cemberut. Betul agaknya orang lelaki memang kalau fokus satu benda dia tak sedar pun bom meletup kat sebelah.

"Awak ni.."

Makin panjang muncungnya pakej menjeling lagi apabila Erdem Mifzal ketawa lepas melihat sifat makin mengada-ngada Malaika Adni.

"Tak baik tau buat muka buruk depan suami. Mata tu jeling-jeling lagi. Apalah nasib aku dapat isteri garang. Sikit-sikit kena jeling, sikit-sikit kena cubit."

Makin sebal rasa hati Malaika Adni apabila Erdem Mifzal sengaja mengenakan dia. Tahulah dia banyak khilaf tapi dah lelaki ini jenis semua benda fikir sendiri, buat keputusan sendiri, uruskan sendiri memanglah dia rasa seperti diatur-aturkan sahaja hidupnya. Memang tak jauh beza dengan Tuan Muhsin!

'Apalah nasib kau Adni dapat suami pemegang kuasa veto.'

Dia hanya mampu mengeluh sebal di dalam hati.

"Lahhh...berangan ke merajuk sayang aku ni?"

Erdem Mifzal yang menyedari Malaika Adni kembali berpaling ke depan segera memaut dagu isterinya. Dia mahu memujuk. Bukan dia tak dengar tadi, sengaja mahu mengusik Malaika Adni yang sememangnya semakin manja dengannya. Merajuk sahaja tahu dan dia suka..Dah macam hiburan hati pula.

"Aku dengar..yang tu malam nanti la. Petang ni kita tengok orang main layang-layang dulu eh. Please..."

Erdem Mifzal buat muka meminta. Bukan main lagi mengada-ngada dah berjangkit manja Malaika Adni ke apa entah ni. Geram pula Malaika Adni melihatnya. Layankan sahajalah. Dah memang kalau dia panjangkan lagi muncung dia, lagi panjanglah akal si Erdem Mifzal ni nanti.

Maka, petang yang agak menghiburkan itu dihabiskan dengan menikmati kacang rebus dan air balang yang dijual berhampiran dan akhirnya hari yang panjang itu melabuhkan tirai senjanya. Erdem Mifzal segera bangun menepuk-nepuk sisa rumput yang melekat di punggungnya dan tangan dihulurkan untuk menarik Malaika Adni bangun.

"Sayang! Beratnya kau sekarang?"

Erdem Mifzal berkerut muka kononnya berat sangat tangannya yang menarik Malaika Adni bangun.

"Again, Erdem?"

Malaika Adni sudah malas mahu merajuk. Dia layankan sahaja. Yang dia tahu, dia dah tak sabar nak dengar apalah yang nak dibincangkan malam ini.

Erdem Mifzal ketawa lepas. Demi menutup kegusaran hatinya, dia memang sengaja mengusik isterinya.

---

Malam itu Malaika Adni balik agak awal. Tiga orang teman serumahnya hanya memandang sesama sendiri apabila Malaika Adni terus menonong naik ke biliknya tanpa menegur mereka..Mereka juga tidak pasti gadis itu balik dengan siapa kerana enjin motorsikal berkuasa tinggi Erdem Mifzal tidak kedengaran.

"Mesti ada yang tak kena tu..Alamak apa lagi lah si Erdem tu. Haish."

Setelah dipastikan Malaika Adni selamat masuk ke dalam bilik, Nabila mengeluh. Bukan mereka tidak tahu, Erdem Mifzal itu serupa sahaja dengan Tuan Muhsin. Kalau dah keruh sebegitu mood Malaika Adni, sudah pasti bukan khabar gembira yang Erdem Mifzal sampaikan.

"Kita nak biar je ke Adni tu?"

Fatiya bertanya memohon pendapat dua orang lagi sahabatnya.

"Aku naiklah sekejap. Adoiii, masalah la mamat seorang tu."

Izara sudah tidak betah lagi berlama memikirkan apa yang telah berlaku. Eloklah dia terus sahaja bertanya daripada asyik tertanya-tanya.

Tok Tok!! Tok Tok!!

"Adni, Zara ni..boleh Zara masuk?"

Diam.

"Adni.."

Masih mencuba.

Izara menekup telinga di pintu. Mahu mendengar suasana di dalam bilik Malaika Adni..Tanpa disangka, pintu dibuka daripada dalam. Hampir mencium lantai Izara dibuatnya.

Wajah Malaika Adni yang tidak beriak memandang Izara, menyebabkan Izara simpan senyumnya. Kalau Malaika Adni yang mudah terhibur tak terkesan dengan insiden memalukan tadi, pasti apa yang berlaku petang tadi bukanlah sesuatu yang baik.

Izara membontoti langkah Malaika Adni lalu melabuhkan punggungnya di birai katil anak majikannya itu.

"Adni ada nak share apa-apa dengan Zara?"

Jeda. Izara seperti biasa, akan sentiasa sabar menunggu Malaika Adni membuka mulutnya. Kalau dia tidak mahu berkongsi rasa, sudah pasti dia tidak akan membenarkan Izara masuk.

Malaika Adni masih berdiam walaupun sudah hampir 30 minit Izara menanti. Memang berat masalahnya ni. Masakan tidak sampai dah tersengguk-sengguk Izara, dan dia masih setia termenung.

"Adni.."

Sekali nama Malaika Adni diseru. Dia tidak sanggup lagi berlamaan bersabar.

"Zara..Erdem tu mungkir janji. Kata ada benda nak discuss, tiba-tiba dia tinggalkan Adni dan minta grab hantar Adni balik."

Bergetar suara Malaika Adni meluahkan rasa hatinya. Hampir tumpah air matanya menahan rasa..Sudahlah penat, lepas tu tak ada apa-apa yang dibincangkan. Memang menambahkan rasa sakit hatinya.

"Kenapa Adni tak call sahaja Zara tadi?"

Izara merapatkan tubuhnya dekat dengan Malaika Adni lalu memegang tangan gadis itu mahu menyalurkan sedikit semangat, agar Malaika Adni tidak berasa keseorangan.

"Adni..Adni.."

Pecah juga kolam mata yang akhirnya jatuh membasahi pipi mulusnya. Terhinjut-hinjut bahunya melepaskan tangisan hiba. Manjanya Malaika Adni makin menjadi-jadi apabila berkait dengan Erdem Mifzal. Izara memeluk tubuh gadis itu memujuk lalu membiarkan Malaika Adni berbaring di pelukannya dan akhirnya tertidur. Setelah yakin Malaika Adni sudah nyenyak tidur, dia membetulkan tubuh itu dan diselimutkan anak majikannya itu sebelum lampu dipadamkan dan dia keluar daripada bilik Malaika Adni dan menuju ke biliknya.

Telefon bimbit diambil. Beberapa panggilan keluar dibuat namun tiada jawapan. Dia mengeluh dan akhirnya satu pesanan mesej melalui aplikasi whatsapp dihantar.

Izara: Apa jadi ni, Erdem? Teruk Adni nangis..Kau jangan macam-macam.

Beberapa minit kemudian, dia menerima balasan lalu terus dibuka.

Erdem Mifzal: Aku ada hal untuk beberapa hari, tolong jaga dia. Thanks.

Erdem Mifzal yang sedang membelek wajahnya yang luka di cermin sekadar mengeluh. Farid yang sedang mengemaskan peti rawatan kecemasan memandang sahabatnya itu dengan perasaan simpati.

"Kau nak buat apa lepas ni, Erdem?"

Erdem Mifzal mengeluh lagi. Rancangannya tidak menjadi..Sekarang Tuan Mirza sudah tahu, walauapapun yang akan terjadi, dia tetap akan lindungi isterinya.

"Thanks weh kau tolong hantar Adni balik dengan selamat."

Farid menepuk bahu Erdem Mifzal seraya bangun mahu menyimpan peti rawatan kecemasan itu. Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang berlaku. Petang tadi dia mendapat panggilan kecemasan daripada Erdem Mifzal memohon pertolongannya menghantar Malaika Adni pulang namun perlu dikenalkan sebagai grab car. Dah sampai di rumah, motorsikal sahabatnya elok sahaja terparkir namun apa yang mengejutkannya, badan dan muka Erdem Mifzal penuh luka. Nak kata kemalangan, motornya elok sahaja. Entah dengan siapa bertumbuk agaknya.

Telefon Farid yang berbunyi menarik perhatian mereka berdua.

Tuan Mirza is calling..

"Weh, Tuan Mirza.."

Farid memaklumkan kepada Erdem Mifzal lalu dia menjawab panggilan itu selepas Erdem Mifzal mengangguk.

"Baik tuan. Faham tuan."

Panggilan ditamatkan. Farid meraup wajahnya kasar.

"Gila la weh. Adni tu kan anak saudara dia. Kenapa dia minta kau buat benda macam ni?"

Farid berang dengan permintaan tidak masuk akal Tuan Mirza. Wajahnya yang merah padam menahan marah. Permintaan Tuan Mirza benar-benar buat dia gila. Apatah lagi Erdem Mifzal.

"Aku tak ada pilihan lain, Farid. Aku kena lindungi Adni. Aku terpaksa tinggalkan dia..aku tak sanggup jadikan dia mangsa dendam Tuan Mirza. Aku yang bodoh sebab libatkan dia daripada awal."

Nada kekesalan Erdem Mifzal menjentik hati Farid. Sungguh keruh wajah sahabatnya. Dia hanya mampu memberi sokonga kepada sahabatnya itu. Dia turut bersimpati. Baru semalam Erdem Mifzal berkongsi kegembiraan mahu tinggal bersama Malaika Adni, mahu nikmati hidup normal seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Tuan Mirza telah menghancurkan segalanya. Kerana dendam, akhirnya Erdem Mifzal dan Malaika Adni terpaksa menanggung akibatnya dan merana menjadi mangsa kerakusan Tuan Mirza yang tamakkan pangkat dan harta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience