Kalis 3: Erdem Mifzal

Drama Series 13904

"I found her."

Erdem Mifzal bersuara seraya mengeluarkan sepuntung rokok lalu dinyalakan dengan pemetik api. Sekali sedut, asap dilepaskan berkepul di udara. Dia yang mengenakan jaket kulit berwarna hitam adalah pakaian kebiasaannya apabila tiada majlis formal, duduk santai di atas seat motorsikal berkuasa tingginya.

"Apa plan kau?"

Temannya, Farid bertanya dan turut sama dengan aktiviti merosakkan paru-paru dan alam sekitar.

"Aku nak tackle dia jadi awek aku, baru senang aku nak masuk dalam hidup dia seterusnya aku akan fokus untuk capai misi kita."

Farid yang mendengar cuma mengangguk dan seketika dia bersuara.

"Kau jangan mainkan perasaan budak tu, dia tak salah tau. Kalau tak tackle jadikan awek tak boleh ke? Just berkawan je?"

Cadangan Farid mengundang senyum senget Erdem Mifzal.

"Kau kenal aku dah berapa lama? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan."

Farid hanya mampu geleng kepala. Bukan dia tak kenal Erdem Mifzal yang jenis bersungguh kalau berkerja. Sepenuh hati katanya. Lagipun target mereka ini sudah lama. Liat bukan main nak dapat waima sekelumit petunjuk. Dah alang-alang lauk terhidang di depan mata, takkan sebagai 'kucing' mereka masih nak tengok saja kan.

---

Hari pertama dia mendaftar di UTHM sebagai pelajar post graduate, dia dah 'tonjolkan' kelibatnya untuk memastikan target yang dia cari. Ternyata benar gadis yang sengaja dilanggar itu adalah orang yang dia cari. Maka, bermulalah kehidupannya sebagai pelajar sarjana yang misi pertamanya memikat seorang freshie yang bernama Malaika Adni.

Hari ini dia dalam satu kumpulan dengan Malaika Adni. Entah kenapa dia asyik nak marah sahaja dengan semua tindakan gadis itu. Mujur sahaja seorang yang polos seperti Malaika Adni jenis yang tidak ambil hati. Tersenyum sahaja walaupun dimarah, diherdik, dijeling. Entah ada perasaan atau tidak.

"Adni! Kau ni tahu ke tak main gelongsor ni? Asyik kalah je kalau satu kumpulan dengan kau!"

Sengaja dia ingin menguji tahap kesabaran Malaika Adni. Ada sahaja yang tidak kena di matanya. Gadis itu nampak berusaha untuk memberi sumbangan tenaga, bukan sekadar menjadi penumpang sahaja dalam kumpulan mereka, namun tiada satu pun memuaskan hati Erdem Mifzal.

Izara, Nabila dan Fatiya hampir sahaja bergaduh dengan Erdem Mifzal.

"Eh bro, kau kenapa nak marah-marah Adni macam tu? Kau tak nampak ke dia pun berusaha tau. Dah kaki kau panjang jalan laju, nak salahkan orang lain!"

Fatiya yang sudah hilang sabar hampir sahaja menunjal dada Erdem Mifzal. Dasar lelaki suka menindas perempuan lemah seperti Malaika Adni. Dah orang tu gelongsor kat taman permainan pun tak pernah main, inikan pula gelongsor tanah dan lumpur. Nak berlari kat dalam selut pula memanglah terkial-kial. Tapak kaki seorang Malaika Adni tu jejak tanah tanpa alas pun tak pernah. Kalau calar kang tahu dek Ibu Haryani jenuh bernanah pula lah telinga tiga orang bodyguards puteri Tuan Muhsin itu.

"Eh! Sedap pulak mulut kau sound aku nak back up perempuan ni dah kenapa? Kau siapa?"

Melihat pergaduhan yang semakin hangat, segera Malaika Adni menyampuk menyelamatkan keadaan.

"Tiya, Adni okay..Please jangan macam ni, nanti Adni susah."

Melihat wajah sedih Malaika Adni yang menunduk, Fatiya mula rasa bersalah. Sejujurnya, sifat pelindung kepada Malaika Adni yang diterapkan kepada mereka sejak lima tahun yang lalu, memang memberi kesan. Mereka tidak mahu membiarkan Malaika Adni dibuli. Itu bakal menyusahkan banyak pihak jika berlarutan.

Fatiya mengangguk lalu bergerak kembali ke kumpulannya.

"Erdem, saya minta maaf. Kawan saya.."

Belum sempat ayatnya habis, Erdem Mifzal segera memotong.

"Kawan kau ke bodyguards kau?"

Wajah Malaika Adni berubah riak. Adakah Erfem Mifzal syak sesuatu atau identitinya sudah diketahui?

"Pftt.."

Tawa Erdem Mifzal menarik tunak mata Malaika Adni memandang wajah jejaka itu. Wajah yang tersenyum nampak mempesonakan. Tiba-tiba sahaja dia seakan hanyut dibuai perasaan. Sejujurnya tiada lelaki muda yang pernah duduk dengannya serapat ini.

Melihatkan wajah Malaika Adni ralit memandangnya, segera dia berdehem. Lain pula rasa hatinya apabila direnung sebegitu.

Malaika Adni yang tersedar segera melarikan bebola matanya. Kemudian, lambat-lambat dia bersuara mahu memastikan kebenaran tentang identitinya.

"Kenapa awak ketawa?"

Dia mahu bertanya tentang perkara yang diperkatakan Erden Mifzal sebelum lelaki itu ketawa namun dia berharap kenyataan itu telah berlalu dibawa angin lalu.

"Muka kau tu tiba-tiba cuak dah kenapa? Betul diaorang tu bodyguards kau?"

Soalan yang paling mahu dielakkan Malaika Adni, ditanya juga oleh Erdem Mifzal. Bersahaja sambil bibirnya dijuihkan ke arah Izara, Nabila dan Fatiya yang sedang memandang ke arah mereka.

"Mereka kawan saya, housemates saya. Saya tak ramai kawan, tiga orang tu je."

Teragak-agak Malaika Adni menjawab kerana dia baru sahaja menipu. Perkara yang dia tak pernah buat sepanjang hidupnya.

Melihat anggukan Erdem Mifzal, Malaika Adni menghelakan nafas lega. Dia tidak dapat membayangkan sekiranya Erdem Mifzal akan terus menggiatnya tentang kebenaran status tiga orang penjaganya itu.

"Mulai hari ini, kawan kau empat orang dan aku adalah kawan lelaki pertama kau dan mungkin boleh jadi yang tunggal seterusnya menjadi your special someone?"

Terpana seketika Malaika Adni dengan perubahan Erdem Mifzal yang tadinya ibarat singa lapar, kini berubah 360' nadanya pakej senyuman yang paling menawan dan siap kenyit mata lagi.

Hampir sahaja Malaika Adni pitam. Erdem Mifzal tengah mengorat ke apa ni siap bagi kronologi lagi tentang hubungan mereka yang baru bermula.

---

Sampai sahaja mereka di rumah, Izara segera menyuruh Malaika Adni membersihkan diri dan kemudiannya dia menilik setiap inci tubuh gadis itu jikalau ada kesan lebam atau calar dek aktiviti lasak yang mereka sertai siang tadi. Sambil menyapu krim antiseptik ni kaki Malaika Adni yang tercalar sedikit, dia mula merisik tentang lelaki yang dilihat rapat dengan Malaika Adni.

"Adni, Erdem tu memang dah okay ke dengan Adni? Zara tengok tadi dia dah tak buli Adni macam hari-hari sebelum ni."

Malaika Adni tersenyum mendengar soalan Izara. Tanpa menjawab soalan Izara, Malaika Adni pula bertanya.

"Zara, cinta tu macam mana rasanya?"

Izara kerut kening sebelum dapat menangkap apa yang bermain di fikiran Malaika Adni.

"Are you in love?"

Melihat anggukan Malaika Adni, hampir sahaja terkeluar biji matanya. Mulutnya yang melopong segera ditutup dengan tangannya.

"I think I am."

Mata yang bersinar itu menunjukkan rasa teruja. Senyuman bahagia jelas terukir di bibirnya.

"Adni..ermm Zara rasa Adni cuma tak pernah ada kawan lelaki kan? Bukan sebab cinta? Sebab tak sampai seminggu pun Adni kenal dengan dia. Patutnya kenal dulu hati budi."

Izara serba salah menasihati Malaika Adni. Padanya, Erdem Mifzal seorang lelaki kasar yang sengaja akan mencari kelemahan Malaika Adni. Dia takut lelaki seperti itu akan mempermainkan perasaan dan mengambil kesempatan di atas kepolosan gadis seperti Malaika Adni.

"Adni dapat rasa dia ikhlas nak berkawan dengan Adni, lagi pun tiada siapa pernah cakap perkara buruk pada Adni kecuali dia. Dia..lelaki pertama."

Tidak lekang senyuman di bibirnya. Sah dah angau anak Tuan Muhsin ni. Matilah dia, rancangannya mahu Malaika Adni keluar daripada sangkar emas itu untuk menikmati hidup serupa orang lain, tapi lain pula jadinya tiba-tiba dah jatuh cinta. Jatuh cinta pulak dengan lelaki yang tak serupa prince charming langsung. Harap muka je rupa manusia. Perangai out terus.

"Adni fikir masak-masak dulu, lagi pun panjang lagi perjalanan hidup Adni, banyak lagi lelaki lain yang akan Adni jumpa. Mungkin yang lebih baik dan lebih helokkk kan."

Bersungguh Izara menekan perkataan elok yang ditujukan kepada paras rupa lelaki itu.

"Dah cukup helokkk dah, Zara!"

Merona merah wajah putih Malaika Adni saat menyatakan perasaannya. Ah sudah! Sah dah angau teruk. Apa sahaja la umpan si lelaki itu.

'Huhh'

Izara hanya mampu mengeluh di dalam hati. Hatinya langsung tak berkenan dengan Erdem Mifzal yang seakan nak menarik Malaika Adni jauh daripada mereka. Patutnya nak berkawan ke bercinta ke dengan Malaika Adni, mereka yang dah sah-sah dia tahu 'kawan rapat' siap tinggal serumah dengan Malaika Adni ni tak perlulah dibuat musuh. Tiba-tiba dia risau, jika Tuan Muhsin dapat risau, habislah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience