Kalis 1: Permulaan Hidup

Drama Series 13904

Hari ini, hari pertama Malaika Adni akan berjauhan daripada keluarganya. Dia yang tidak pernah keluar daripada perkarangan rumah agam keluarganya tanpa pengawasan rasa sungguh teruja. Walaupun kali ini masih ada pengawasan, namun tidaklah begitu ketat dan yang menjadi bodyguardnya pula adalah orang kepercayaan bapanya yang boleh 'kawtim' dengannya. Masuk air lah juga bila bergabung.

Izara, Nabila dan Fatiya. Tiga orang yang menjadi kepercayaan bapanya, menjalani latihan pertahanan diri dan juga mempunyai lesen senjata api. Siapa sebenarnya keluarga Malaika Adni ni sampai begini dia dikawal?

Tuan Muhsin adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal dengan pelbagai jenis perniagaan yang menjadikan dia golongan elit namun, ahli keluarganya menjadi rahsia sulit yang langsung tidak didedahkan..Isterinya sendiri juga dia tidak pernah tonjolkan pada media kerana baginya, dia tidak mahu keluarganya menjadi kelemahannya yang dikesan pihak musuh.

Intan Safira, ibu kepada Malaika Adni yang sangat taat kepada suaminya. Apa sahaja kata Tuan Muhsin, tidak pernah dibantah. Dia sendiri juga tidak pernah terlibat secara langsung membesarkan satu-satunya anak yang dia ada..Segalanya diuruskan oleh pembantu yang telah sekian lama berkhidmat dengan keluarga mereka. Oleh kerana itu, hubungannya dengan Malaika Adni hanya sekadar ibu dan anak secara biologi.

---

Perjalanan menuju ke Selatan Tanah Air mengambil masa 6 jam dengan keadaan trafik yang agak sibuk. Malaika Adni yang sejak daripada tadi teruja dengan pemandangan sepanjang perjalanan seakan tidak puas menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

"Zara, bestnya dunia luar rumah ni..selama ni Adni tengok dalam internet sahaja. Cantik sangat kan."

Izara hanya tersenyum melihat gelagat Malaika Adni. Dia bersyukur akhirnya Tuan Muhsin lembut hati juga mempercayai mereka dan membenarkan Malaika Adni hidup di luar rumah agam itu.

Fatiya yang memandu bergilir dengan Nabila pula hanya mendengar sahaja. Mereka juga gembira apabila bersama dengan Malaika Adni, kehidupan mereka lebih santai.

---

"Tiya, esok lepas daftar Adni kita beli bahan mentah ya. Dah lama sangat rasanya aku tak makan makanan di rumah."

Nabila yang keluar daripada bilik di rumah sewa mereka segera memaklumkan pada temannya tentang rancangannya esok hari.

"Wah, Bell..Adni tak sabar nak masak juga. Bell boleh ajar Adni kan?"

Tiba-tiba suara menyampuk datang daripada dapur.

"Adni nak selalu makan macam mi Zara masak tu. Oh my God! Tak sangka ada makanan sesedap tu!"

Sambung Malaika Adni teruja.

Nabila dan Fatiya pandang sesama sendiri. Melihatkan Izara yang keluar daripada dapur sambil membawa semangkuk besar mi segera, mereka kulum senyum. Kasihannya anak orang kaya ni, dah 20 tahun hidup tak pernah tahu rasanya mi segera.

"Adni..itu megi je tau, makanan paling simple. Ada banyak lagi 'junk food' yang kitaorang rasa Adni tak pernah makan."

Fatiya bersuara sambil mengambil mangkuk kecil dan segera mengisi menu istimewa mereka malam itu yang dipersembahkan oleh Izara. Bau megi kari tumis yang ditambah telur dan sawi serta cili potong itu benar-benar menggugat imannya. Kalau di rumah agam Tuan Muhsin, mereka cuma makan menu yang dimasak chef rumah itu. Itu pun memang penuh nutrisi menu ikut piramid makanan pula yang disediakan. Pada mulanya, sukar juga bagi mereka menyesuaikan diri. Banyak kali juga mereka mahu berhenti, namun memikirkan upah yang lumayan dan Malaika Adni yang kesepian, mereka bertahan juga sehingga sudah masuk tahun kelima dan akhirnya kebebasan yang mereka idamkan selama ini makin menampakkan sinarnya.

---

Telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Nombor yang menghubungi adalah nombor pengasuhnya yang dipanggil Ibu Haryani.

"Hello, Bu.."

Tiga pasang mata menumpukan perhatian kepada Malaika Adni.

"Adni belum tidur?"

Melihatkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, Malaika Adni gigit bibir. Dia yang sememangnya langsung tidak reti menipu sudah berpeluh dahinya. Padahal hanya ditangkap kerana tidak tidur mengikut waktu sahaja.

"Erm..Ibu, Adni dah nak tidurlah ni."

Dia berpura-pura menguap membuatkan tawa ahli rumah meletus.

"Ibu tahu Adni tipu kan? Adni kena jaga diri. Tuan Muhsin dah bagi kebebasan, jangan salah guna peluang yang ada. Adni pegi tidur, bagi Ibu cakap dengan Izara."

Seperti biasa, lembut suara Ibu Haryani. Adni yang memandang Izara serba salah, menghantar isyarat kepada Izara tentang 'taklimat' yang akan didengari oleh Izara dan dua lagi rakan sekerjanya.

---

Pagi itu Malaika Adni bangun setelah dikejutkan Izara. Usai mandi dan bersiap, dia pun turun bersarapan. Rumah teres dua tingkat yang mereka sewa, mempunyai 5 bilik tidur bersama bilik air, 2 ruang tamu, 1 ruang makan, 1 dapur dan 1 bilik air di bahagian dapur. Besar kerana rumah yang disewa ini kalau ikutkan untuk 10 orang pelajar. Namun, kerana menjaga privasi, rumah ini hanya didiami mereka berempat dan yang pelajarnya cuma Malaika Adni seorang.

"Morning, Adni? Nyenyak tidur?"

Tegur Nabila yang menatang dulang berisi teh o yang masih berasap keluar daripada dapur.

"Morning, Bell..Tiya..Zara!"

Jawab Malaika Adni ceria seraya menegur dua lagi pembantunya lalu dia segera melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Izara.

Fatiya dengan mulut yang penuh nasi goreng hanya mampu mengangguk membalas teguran Malaika Adni. Izara hanya menggeleng melihat kelakuan Fatiya. Kalau ikutkan, Izara memang lebih serius berbanding Fatiya dan Nabila kerana tugas Izara lebih penting, harus sentiasa bersama dengan Malaika Adni.

"Err Zara, hari ni biar Adni regist sorang je boleh? Zara tunggu dalam kereta je dengan Bell and Tiya."

Malaika Adni mencuba nasib, dia mahu berdikari. Sejak daripada kecil, dunianya hanya Ibu Haryani, guru yang dipanggil mengajar di rumah, doktor yang dipanggil merawat di rumah, pembantu-pembantu rumah. Keluarga? Yang dia tahu dia ada Tuan Muhsin sebagai bapa kandungnya, Intan Safira sebagai ibu kandungnya yang dia sendiri jarang terserempak dengan mereka apatah lagi mahu berbicara dan datuk nenek yang dia sendiri tak kenal, cuma susur galur keluarga, dia hanya tahu nama. Apa sahaja majlis keramaian, dia sendiri tidak pernah hadir. Kawan? Izara, Nabila dan Fatiya adalah kawan pertamanya. Sebab itu walaupun usia mereka bertiga jauh lebih tua daripadanya, dia mahu merasa mempunyai teman rapat, oleh kerana itu mereka setuju untuk bergaul seperti kelab rakan sebaya.

Izara memandang Adni. Kasihan. Namun, dia tidak boleh ingkar arahan Tuan Muhsin.

"Adni pun tahu kan, nanti kalau papa Adni dapat tahu, Zara dah tak boleh jaga Adni lagi."

Walaupun dia kasihankan Malaika Adni, dia tidak mahu belot dalam tugasnya. Amanah daripada Tuan Muhsin.

"Sorry, Zara.."

Malaika Adni tersenyum hambar. Dia hanya mencuba nasib, dan ternyata tiada toleransi daripada pihak orang-orang kepercayaan bapanya.

Menyedari suasana yang agak kekok itu, Nabila terus sahaja menyelamatkan keadaan.

"Adni jomlah kalau dah siap makan, nanti lambat pula sampai kampus."

Malaika Adni mengangguk seraya bangun menolak kerusinya. Dia sudah belajar membuat semuanya sendiri, itu permintaannya kerana dia tidak mahu terus diuruskan pembantu lagi. Dia mahu bebas menikmati hidup di luar, itulah sebabnya dia merayu kepada bapanya mahu belajar di UTHM di negeri Johor ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience