Kalis 10: Rumah Papa

Drama Series 13904

Pagi itu mereka bangun dengan perasaan berbunga. Tiada lagi tembok pemisah di antara mereka. Dua jiwa bersatu hati, cinta yang tumbuh mulai mekar.

"Morning sayang aku."

Erdem Mifzal mengucup kelopak mata isterinya. Depan mata pun tak puas nak peluk cium. Geram dengan rengekan manja Malaika Adni. Mereka sama-sama dahagakan kasih sayang ibu bapa. Erdem Mifzal yang yatim piatu dan Malaika Adni yang tak pernah merasa kasih sayang ibu bapa kandung. Mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama.

"Morning suami saya."

Malaika Adni senyum, pelukan bawah comforter dieratkan. Matanya dipejam menikmati bau badan suaminya yang menenangkan.

"Saya taknak balik."

Erdem Mifzal dah mula kembang hatinya. Penangan cinta pertama begini rupanya. Manja betul Malaika Adni. Selalunya malu-malu dan blur sahaja. Sekarang melekat terus.

"Tak bolehlah sayang. Aku banyak benda nak settle. Lepas hantar kau balik rumah papa, aku nak balik Johor jap settle urusan kat sana."

Malaika Adni tak sedap hati. Urusan apa agaknya. Namun cepat-cepat diusir rasa yang bertandang. Rambutnya yang menutup separuh wajah diselitkan di telinga. Dia mahu bertanya lanjut namun tidak mahu nampak terlalu mengambil tahu.

"Awak nak settle fasal kita ke? Kita boleh tinggal kat rumah saya, Zara, Bell dengan Tiya nanti saya uruskan."

Dia sengaja membangkitkan soal rumah walaupun dia tahu, bukan itu yang difikirkan suaminya sekarang.

"Jangan fikir ke depan sangat, sayang. Dayang-dayang kau akan stay dengan kau sebab nanti aku banyak outstation. So, kita tak akan tinggal sama dalam masa terdekat."

Rambut Malaika Adni dicium. Dia juga rasa tidak mahu keluar daripada kapsul ini. Matanya dipejam menikmati haruman tubuh isterinya yang menaikkan nafsunya. Namun, menyedari Malaika Adni membatukan diri, dia tersedar tentang ketelanjuran kata-katanya.

"Sayang marah aku ke?"

Mana boleh biarkan si jantung hati merajuk. Banyak lagi usaha lain perlu buat, maka bab merajuk ni kena cepat diselesaikan.

"Saya faham. Jomlah, mandi. Nanti lambat pula check out."

Malaika Adni memegang tangan Erdem Mifzal yang memeluk tubuhnya, mahu mengalihkan tangan sasa itu. Dia juga tidak mahu melayan rajuknya. Dia hanya mahu menikmati masa mereka bersama sahaja kerana dia sendiri tidak pasti, berapa lamakah semua ini akan kekal.

Erdem Mifzal mengeluh. Dia tahu, hati Malaika Adni terguris namun dia tiada pilihan lain yang lebih bijak. Malaika Adni perlu dilindungi.

---

"Awal Adni balik, haritu cakap nak stay seminggu rumah nenek Erdem?"

Tuan Muhsin yang baru pulang daripada pejabat menegurnya ketika melalui ruang keluarga. Malaika Adni yang sedang kusyuk membaca sedikit tersentak. Lama dia diam sebelum menjawab soalan Tuan Muhsin, bapanya.

"Oh! Erdem ada hal kat Johor, pa. Tadi dia drop je Adni."

Malaika Adni berasa kekok. Tuan Muhsin bukannya jenis menegurnya secara santai begini. Kalau ada perkara yang perlukan perbincangan atau kelulusan Tuan Muhsin, mereka biasanya akan bercakap di bilik bacaan atau lebih kepada pejabat dalam rumah bapanya. Dah macam pekerja dan majikan hubungan mereka, namun itulah hakikatnya. Sejak kecil begitu. Untung sahaja dia ada Ibu Haryani yang banyak bersamanya. Berkongsi kegembiraan, tempat dia mengadu kesedihan, yang memujuknya, yang menyokongnya, yang memujinya..itulah Ibu Haryani. Insan yang membesarkannya, kasih sayangnya umpama ibu kandung.

"Bila dia balik sini?"

Pelik Tuan Muhsin hari ini. Bersambung pula soalannya..Melihat bapanya mengambil tempat duduk di hadapannya, Malaika Adni menutup bukunya.

"Adni tak tanya, pa."

Malaika Adni senyum kekok, tak tahu harus beriaksi bagaimana. Jari-jemarinya ditaut antara satu sama lain..Gelisah. Ya, dia gelisah berdepan dengan bapanya. Bukan sebab tembok pemisah yang dibina Tuan Muhsin sejak lebih 18 tahun lalu, namun sebab kenyataan tentang dendam Erdem Mifzal, suaminya.

Tuan Muhsin mengangguk. Wajah kebapaannya terserlah. Tiada orang luar yang tahu warna sebenar kehidupan mereka. Nampak sempurna namun kosong segalanya. Malaika Adni kekok. Terlalu kekok sehingga dia hanya mampu menguis-nguis permaidani tebal di ruang keluarga itu dengan jari kakinya.

Jeda. Tuan Muhsin juga seperti kehilangan kata-kata. Entah berapa lama mereka dalam suasana janggal begitu sehingga muncul Encik Sulaiman yang berbisik di telinga Tuan Muhsin lalu bapanya bergegas meninggalkan dia termanggu sendirian di situ. Setelah kelibat bapanya hilang, barulah Malaika Adni dapat melepaskan nafasnya dengan normal.

---

"So sekarang apa cerita, bro? Aku memang tak sangka kau ni betul-betul. Hari itu hampir aku tercekik keropok, hari ni aku memang dah tercekik pisang goreng ni."

Farid yang baru selesai menghadam cerita Erdem Mifzal hanya mampu menggelengkan kepala..Diurut-urut dadanya, pedih tersedak tadi. Dasar degil, semua nak langgar..Sekarang rasakan. Baru dia tahu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kahwin..tanggunglah sendiri.

"Aku memang dah dapat masuk dalam family dia, cuma bila aku tahu dia dah tahu niat aku dan masih positif, aku macam tak boleh blah. Kenapa dia baik sangat?"

Erdem Mifzal meraup wajahnya. Kesal. Itu yang dia rasakan apabila melibatkan Malaika Adni dalam misinya.

"Aku dah cakap budak tu naif, dia tak berdosa pun..ha sekarang kau rasalah alang-alang menyeluk pekasam kau tu. Ni bukan ke pangkal lengan dah ni. Kau dah lemas dah ni, Dem."

Erdem Mifzal mengeluh. Entah berapa kali dia mengeluh. Farid juga dah ikut pening dengan kerja gila Erdem Mifzal. Kalau ketua mereka tahu, sah-sah Malaika Adni tu dijadikan umpan. Itu yang Erdem Mifzal tak mahu bayangkan. Dia perlu lindungi isterinya. Dia sudah tidak peduli andai dilabel pengkhianat misi mereka, yang dia tahu, Malaika Adni itu isterinya dan di bawah tanggungjwabnya.

"Tolong aku, Farid. Rahsiakan tentang ni. Aku tak boleh biar Tuan Mirza ambik kesempatan terhadap Adni."

Farid memicit kepalanya..Sungguh dia pening. Melihat muka kusut Erdem Mifzal dia kemudiannya tertawa mengejek.

"Dah tangkap cintan la tu..."

Sengaja dia mahu menguji temannya. Erdem Mifzal yang menyedari renungan dan senyuman muslihat Farid menjeling.

"Kau apa tahu.."

Erdem Mifzal mengambil bantal sofa di sisinya lalu dicampak kepada Farid yang ketawa terbahak-bahak. Lucu benar gayanya. Kemudian dia bangun menuju ke biliknya. Sekarang baru dia rasa letih memandu dari Kuantan ke KL, kemudian dia tukar kenderaan, menunggang motorsikal berkuasa tingginya ke Johor ini. Dia mahu berehat sebelum berjumpa Tuan Mirza esoknya.

---

"Adni, balik Johor nanti stay dengan Erdem ke?"

Hampir terlepas sudu di tangan Malaika Adni ketika sarapan pagi itu. Tuan Muhsin bukannya sejenis yang akan bercakap ketika makan. Malaika Adni serba salah mahu menjawab. Ketika wajahnya diangkat, renungan mata Tuan Muhsin yang menikam anak mata hitamnya tidak dapat ditebak apa yang difikirkan lelaki itu.

"Adni nanti tinggal dengan dayang-dayang, pa."

Selamba sahaja Erdem Mifzal menjawab bagi pihaknya dengan riak yang bersahaja. Malaika Adni hampir tercekik sosej yang sedang dikunyah. Luar jangkaan betul dua lelaki dalam hidupnya ini.

"Siapa dayang?"

Soal Tuan Muhsin pelik.

"Yang tinggal dengan Adni tiga orang tu papa."

Tiba-tiba Tuan Muhsin ketawa. Seumur hidup Malaika Adni, inilah kali pertama bapanya ketawa lepas begitu. Ibunya di sebelah hanya meneruskan suapan seakan tidak berada dalam kelompok mereka. Kekal tidak beriak. Erdem Mifzal pula angkat muka ketika terdengar tawa Tuan Muhsin dan kemudian memandang Malaika Adni yang masih merenung pelik bapanya.

"Dapat tittle dayang dah tiga orang tu?"

Ujar Tuan Muhsin dengan tawa yang masih bersisa.

"Yes, pa. Sebab bukan mudah Erdem nak dekat dengan Adni, ada sahaja perisai dayang-dayang tu menghalang."

Bersungguh Erdem Mifzal menerangkan dan Tuan Muhsin mengangguk seakan berpuas hati.

"Baguslah mereka jaga anak papa seperti yang dijanjikan."

Malaika Adni hanya kekal diam menjadi saksi perbualan antara dua lelaki itu. Dia masih dengan riak terkejutnya.

"Adni, sambung makan. Nanti jumpa papa kat bilik bacaan."

Begitulah berakhirnya drama pendek di meja makan. Malaika Adni mengangguk faham. Erdem Mifzal pula menguis-nguis kaki Malaika Adni di bawah meja. Bila dipandang dia buat muka selamba macam tiada apa yang berlaku. Malas Malaika Adni mahu melayan. Sudahlah kepulangannya tak dimaklumkan, tiba-tiba muncul dalam selimut awal pagi tadi.

---
Flashback

"Aku dengar kau dah mula dekat dengan Muhsin."

Pertemuannya dengan Tuan Mirza di sebuah bilik vvip restoren mewah di Kota Singa itu sedikit menggusarkan hatinya.

"Ya, tuan. Saya dah berjumpa Tuan Muhsin dan sudah masuk ke dalam rumahnya."

Ujar Erdem Mifzal penuh hormat. Tuan Mirza sememangnya lelaki yang dihormati sejak dia kecil. Lelaki yang telah menyelamatkannya ketika dia merayu untuk berjumpa Tuan Muhsin dan isterinya di luar pagar rumah agam mereka dalam keadaan hujan lebat lebih dua puluh tahun lalu..Sejak itu, dia dijadikan anak angkat Tuan Mirza yang misinya hanya satu, membalas dendam tentang kematian ibu dan babanya yang dia percaya angkara Tuan Muhsin. Selama dua puluh tahun dia dibesarkan oleh Tuan Mirza, nenek dan keluarganya tidak pernah mengetahui Tuan Mirza dan Tuan Muhsin adalah adik beradik.

Tuan Mirza mengangguk kecil. Riak wajahnya sentiasa tenang. Air mukanya saling tak tumpah seperti Tuan Muhsin, namun apa yang bermain difikirannya sukar ditebak. Selama dia membesar dengan lelaki itu, dia menyaksikan perjuangan lelaki itu hanya satu, iaitu menghancurkan Tuan Muhsin dan misinya juga sama. Baginya Tuan Muhsin perlu terima balasan kerana menyebabkan dia menjadi yatim piatu seawal usia 6 tahun..Walaupun dia tidak ingat dengan jelas kekejaman Tuan Muhsin, namun semua cerita Tuan Mirza sentiasa segar dalam ingatannya, sepertinya baru semalam dan luka yang masih basah berdarah.

End Flashback

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience