Kalis 14: Move On

Drama Series 13904

Dua tahun berlalu, akhirnya Malaika Adni berjaya menamatkan pengajiannya dan kini dia bakal menguruskan syarikat milik Tuan Muhsin. Sepanjang dua tahun kehilangan Erdem Mifzal, setiap malamnya bertemankan air mata. Tiada satu hari pun tentang lelaki itu yang dia lupakan namun akhirnya dia redha mungkin jodoh mereka sampai di situ sahaja. Erdem Mifzal suaminya hilang tanpa berita.

Hari ini adalah hari graduasinya. Tuan Muhsin, Intan Safira, nenek, tiga orang sahabatnya Izara, Fatiya, Nabila dan juga Farid, yang disangkakan pemandu grab pada hari terkahir dia bertemu Erdem Mifzal juga hadir.

Walaupun terasa kekurangan, namun kesihatan ibunya yang semakin baik menyebabkan dia tidak pernah menyesali kehadiran sementara lelaki itu dalam hidupnya.

"Kenapa anak mama ni termenung? Today is your big day, sayang. Smile.."

Tegur Intan Safira kepada anak perempuan tunggalnya ketika sesi bergambar. Dah macam-macam gaya mereka buat dalam sesi photoshoot ni. Walaupun dia dikelilingi semua orang yang disayangi, masih lagi dirasakan ada ruang yang kosong di hatinya. Dia.. rindu.

"Adni cuma penat, mama. Dah macam model kena posing."

Malaika Adni tersenyum mesra menutup galau di hatinya.

"Adni pun tahu, papa nak announce Adni jadi pengganti papa kan? Sebab tu lah papa buat semua ni. Tahniah, anak mama dan mama minta maaf abaikan Adni selama lebih 20 tahun..Kalaulah Ijal tak sedarkan mama, entah sampai bila mama masih hanyut..Mama juga rindukan Ijal. Kita doa semoga dia baik-baik sahaja dan akan kembali pada kita ya sayang."

Sudah acapkali Malaika Adni mendengar kata maaf daripada ibunya. Benar, Erdem Mifzal lah orang yang bertanggungjawab menyedarkan ibunya daripada tidur yang panjang..Selama lebih 20 tahun ibunya seakan berada dalam dunia sendiri, akhirnya selepas kehadiran Erdem Mifzal, dia dapat merasai kasih sayang seorang ibu.

"Don't mentioned it, mama. Adni bersyukur mama sayang Adni."

Lengan Intan Safira dipeluk. Untuk sebuah nama meniti dibibirnya selama dua tahun ini, sangatlah berat. Dia mencuba sehabis baik menutup rasa hati. Dia tidak mahu terbuai dalam emosi yang menyakitkan..Biarlah dia tanggung semuanya sendiri. Hanya pada Allah dia memohon agar insan kesayangannya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Menyedari dia telah menyentuh hati anaknya, segera Intan Safira mengusap lengan Malaika Adni yang melingkari lengannya. Dia mahu anaknya merasa ada seseorang yang berkongsi rasa kehilangan itu. Dia tahu anaknya menderita namun dia sendiri tak dapat berbuat apa-apa.

---

Hari pertama menjejaki kaki ke Perkasa Holdings memang mendebarkan. Selama ini, tiada siapa yang tahu pewaris tunggal Tuan Muhsin merupakan seorang wanita.

"Welcome here, Cik Malaika Adni. Saya PA Cik, Izara. Dan ini Bodyguards Cik, Nabila dan juga Fatiya. And..we are forever your dayangs!!!"

Ujar Izara dengan teruja ketika Malaika Adni memasuki bilik pejabatnya. Mulut Malaika Adni yang melopong ditutup. Pandai betul Tuan Muhsin buat kejutan. Akhirnya dia berpelukan dengan tiga orang sahabat yang selalu bersamanya sejak 8 tahun lepas.

"Patutlah pagi-pagi dah hilang lepas tu Adni kena datang dengan driver papa. Pandai tau. By the way, Adni bersyukur Zara, Bell dengan Tiya masih lagi nak bersama dengan Adni. I love you all!"

Malaika Adni membalas pelukan tiga orang sahabatnya yang merangkap pembantunya.

"Ehem! Okay, let's working together. Semoga Perkasa Holdings akan terus gagah perkasa!"

Malaika Adni bersemangat mengucapkan ikrar seraya melepaskan pelukan tiga orang pembantunya itu.

'Beep'

Interkom di dalam biliknya berbunyi.

Serentak mereka berpandangan sesama sendiri kemudian terus ketawa mereka pecah.

"Papa tak bagi chance Adni nak enjoy the moment tau."

Terus sahaja dia menyapa Tuan Muhsin setelah butang interkom ditekan.

Kedengaran tawa Tuan Muhsin di sebelah sana.

"Adni, datang bilik papa, ada seseorang yang Adni perlu jumpa."

Setelah panggilan ditamatkan, Malaika Adni terus memandang tiga orang pembantunya.

"Papa panggil Adni pergi bilik dia, ada orang yang perlu Adni jumpa katanya. Agaknya siapa ye?"

Izara, Nabila dan Fatiya sudah rasa tidak sedap hati. Apakah penerimaan Malaika Adni nanti jika berjumpa dengan suaminya yang sudah dua tahun meninggalkannya tanpa khabar.

---

Setelah mendapat kebenaran daripada Tuan Muhsin, pintu dikuak. Malaika Adni menyapa mesra Tuan Muhsin.

"Hi, papa! Morning."

Tuan Muhsin bangun lalu menarik Malaika Adni duduk di sofa dalam bilik pejabatnya. Lelaki yang membelakangi Malaika Adni juga bangun dan turut serta duduk di sofa.

Saat mata bertentang mata dengan lelaki itu, Malaika Adni terkedu. Sebu perutnya menahan rasa namun dia mahu bersikap profesional di pejabat.

"Hai Adni, long time no see."

Senyuman manis Erdem Mifzal seakan tiada apa yang berlaku antara mereka. Tangan dihulur dan Malaika Adni menyambutnya.

"Hai Erdem. How are you?"

Terasa tangannya digenggam kuat oleh Erdem Mifzal dan cepat sahaja dia lepaskan pegangan tangan suaminya itu. Ya, mereka masih suami isteri memandangkan tiada sebarang tuntutan pemburaran perkahwinan daripada kedua belah pihak.

"I'm good. Seems you're doing good too."

Senyuman manis dihadiahkan kepada Erdem Mifzal lalu dia kembali duduk di sofa bersebelahan Tuan Muhsin.

Tuan Muhsin yang sedari tadi hanya berdiam, berdehem lalu menyedarkan Erdem Mifzal yang memandang lekat wajah Malaika Adni.

"Mulai hari ini, Adni dan Erdem akan berkerja bersama. Apa yang berlaku dalam dua tahun ini, papa harap Erdem dan Adni dapat selesaikan dengan baik. Papa mahu luangkan masa lebih banyak dengan mama jadi, papa harap Erdem dan Adni dapat berkerjasama dengan baik untuk menerajui Perkasa Holdings."

Panjang lebar Tuan Muhsin menerangkan niatnya dan setelah mendapat kata sepakat, Malaika Adni meminta diri untuk kembali ke biliknya.

Susuk tubuh Malaika Adni dihantar dengan perasaan yang sarat dengan rindu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia peluk isterinya. Selama ini dia hanya melihat Malaika Adni daripada jauh sahaja.

"Terima kasih, papa. Masih terima Ijal dengan apa yang dah Ijal buat pada anak papa."

Erdem Mifzal kesal dengan tindakannya dua tahun lalu dan sebelum itu lagi, selama berpuluh tahun dia berdendam dengan orang yang salah, rupanya musuh sebenar berselindung di belakangnya.

"Papa yang salah sebab biar benda ni drag lama, papa terlalu sayangkan mama. Rupanya ubat mama adalah Ijal sendiri. Papa boleh tolong Ijal sampai sini sahaja, bab nak memujuk balik Adni, Ijal kena kerja keras. Dia nampak macam dah move on."

Tuan Muhsin mengusik mengundang keruh di wajah menantunya. Mujur dia sempat menyelamatkan Erdem Mifzal daripada terus dibelenggu dendam, namun hubungannya dengan Tuan Mirza masih belum pulih. Erdem Mifzal sudah tahu hal yang sebenar setahun selepas dia meninggalkan Malaika Adni tanpa pamitan. Itu pun setelah Tuan Muhsin berjaya menjejakinya yang mengintai Malaika Adni melalui Farid.

Flashback

Setahun yang lalu

Tuan Muhsin yang melawat Malaika Adni kerana risaukan keadaan anaknya yang kemurungan itu merasa pelik apabila melihat sebuah kereta yang sering diparkirkan tidak jauh daripada rumah sewa milik anaknya. Dia mahu Malaika Adni berpindah universiti namun anaknya itu tetap berkeras mahu menghabiskan pengajiannya di UTHM. Mujur tiga orang kepercayaannya sangat komited dalam tugas mereka.

"Zara, kau perasan tak kereta yang selalu diparkir di seberang jalan? Aku selalu tengok dan tadi bila aku nak bertanya terus sahaja kereta itu bergerak."

Tuan Muhsin yang tidak sedap hati merasa anaknya diintip segera bertanya kepada Izara, orang kepercayaannya yang paling rapat dengan Malaika Adni.

"Kereta myvi tu ke tuan? Rasanya itu kereta housemate Farid yang buat grab tu. Kadang-kadang memang dia ada. Dengarnya kerja di Singapore jadi kami memang tak pernah terserempak."

Izara menerangkan kepada Tuan Muhsin lalu lelaki itu mengangguk faham.

"Farid tu biasa waktu mana dia ada kat rumah? Aku nak jumpa dia."

Tuan Muhsin bertanya lagi, dia masih belum berpuas hati.

"Saya ada nombor dia, saya akan hubungi dia untuk aturkan pertemuan dengan tuan. Bila tuan mahu berjumpa dengan dia?"

Izara yang sudah faham dengan majikannya yang sudah masuk tahun ke tujuh itu bertanya dan bersedia untuk bertindak.

"Secepat mungkin."

Jawapan Tuan Muhsin tanpa berfikir panjang, mengundang anggukan daripada Izara. Maka, petang itu pertemuan antara Tuan Muhsin dan Farid diatur di sebuah restoran di Johor Bahru.

Pertemuan dengan Farid hari itu merungkaikan segalanya yang berlaku selama lebih 20 tahun lepas. Akhirnya Erdem Mifzal tahu siapa sebenarnya Tuan Muhsin dan siapa sebenarnya Tuan Mirza. Demi melindungi Malaika Adni, dia terpaksa juga menjauhkan diri dan mula memasang strategi untuk menundukkan Tuan Mirza yang rakus dengan harta dan pangkat sehingga sanggup menikam dibelakang darah dagingnya sendiri.

"Akhirnya papa dapat juga melepaskan segala beban yang hati papa tanggung selama ini. Papa cuma mahu semuanya selesai dalam keadaan baik, keselamatan Adni dan mama tak terjejas."

Pertemuan hari itu berakhir dengan pelukan rindu yang selama ini ditanggung Tuan Muhsin dan juga Erdem Mifzal.

End Flashback

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience