Setelah beberapa hati di sekolah baru akhirnya Mikael dapat menesuaikan diri dengan keadaan sekolah. Mikael juga telah mendapat kepercayaan guru guru di sekolah.
____________
"Alia, kau dah siap belum homework physic yang madam Shidah bagi. Ajarkan aku latihan 3.1 wehh. Aku tak dapat tangkap laa topic tuh sebab aku tidur. Masa tu kepala aku sakit sangat."
"Ya ya jer kau nih. Macam aku tak tahu yang kau tu sleepyhead. Asyik tidur jer. Puting beliung datang pun kau tak bangun lagi. Cepat laa soalan mana yang kau tak faham."
"Yang nih"
Mikael yang memalingkan badan untuk melihat Medina dan Alia. Dia hanya memerhati tingkah laku Medina yang kadang kadang tersengih dan menggaru kepala.
"Why I feel something about you girl." Omel hatinya.
Mikael melihat deskmate nya Rafiq yang sedang pulas tidur. Hari ni ramai guru yang tak masuk kelas sebab seramai 20 orang guru dihantar berkursus di luar daerah. Pelajar diminta untuk self study.
Lalu Mikael pun membuku buku account nya untuk membuat ulangkaji.
________________
"Alia, Med jom keluar esok nak? Kita lepak dekat Time Square. Aku rasa kita dah lama tak lepak dohh." Ajak Najah
"Ha aaaa la kan, jom laa. Selama nih kita busy dengan study. Alang alang dah takde kelas minggu nih so jom lepak." sambung Alia.
"Boleh laa. Nanti aku suruh abang Id aku hantar. Esok kita jumpa okay. Pukul 10 dekat Starbucks."kata Medina
Setelah habis berbincang Medina dan rakan rakanya beransur pulang ke rumah.
"Mummy Baba, esok Dina nak keluar tau dengan Alia dan Najah. Kitorang nak lepak dekat Times Square. Dah lama tak lepak alang alang takde kelas hujung minggu nih."
Medina memberitahu mummy dan Baba nya ketika mereka sekeluarga bersantai di ruang tamu. Prinsip Baba mereka adalah setiap malam semua ahli keluarganya harus berkumpul ibarat bonding time laa.
" Jangan balik lewat sangat tau sayang." Pesan puan Melina.
"Adik kau keluar dengan apa esok?" Tanya idrus.
" Haa tu la adik nak suruh abang hantarkan. Boleh tak? Please.." sambil mengerlip kan mata comelnya.
" Okay lah. Abang id pun nak keluar kejap jumpa client. Alang alang boleh laa tumpangkan sekali kau nih."
"Thanks abang id"
Imran hanya memerhati tingkah laku adiknya yang manja tak bertempat. Idrus lebih senang untuk tidak menunjukkan kasih sayang terhadap adik adiknya tetapi lebih kepada perbuatan.
_____________
Selesai merapikan diri nya Medina membetulkan shawl yang elok terbentuk di kepala. Dia hanya mengenakan jeans hitam baju t-shirt putih plain dan kemeja kotak kotak. Shawl pula dia kenakan warna maroon. Penampilan yang ringkas. Medina mengambil beg silangnya dan terus turun ke bawah kerana abangnya telah memanggil.
"Bye mummy Baba. Dina pergi dulu."
Medina mencium Dan bersalam dengan kedua ibu bapanya"
"Dina tak breakfast dulu ke?"
"Takpe mummy Dina dah janji dengan diorang nak breakfast sekali. Bye"
Medina masuk ke dalam kereta Dan abangnya sudah siap memanaskan enjin kereta.
"Sorry abang"
"It's okay dik. Dah jom"
"Nanti abang drop adik depan Time Square okay".
"Okay. Nanti kau balik dengan ape dik? Abang tak janji boleh pick up kau ke tak."
"Takpe nanti Dina ambik Grab car okay"
Sampai sahaja di Time Square Idrus memberhentikan keretanya.
"Dah ade duit belanja belum?"
Dia mengeluarkan 3keping not 100 dan menghulurkan kepada Medina
"Ade lagi la abang. Duit abang bagi minggu lepas pun tak habis lagi.".
"Takpe amik nih. Top up yang minggu lepas okay. Bye dik abang pergi dulu."
Kereta Idrus meluncur laju di atas jalan raya. Medina terus ke Starbucks kerana Alia dan Najah telah menunggu.
Setelah siap memesan air mereka terus berjalan berjalan mengelilingi Time Square. Mereka bercadang untuk makan di Mc Donald's sahaja.
Sambil makan mereka merancang untuk pergi ke Game Arcade. Selepas tu mereka akan ke panggung wayang nak tengok cerita yang tengah meletop sekarang, Black Panther.
Selesai menukarkan duit kepada token tiba tiba mereka terserempak dengan Mikael dan Rafiq Serta seorang lagi budak lelaki.
"Eh, Mika Rafiq. Korang buat ape kat sini?" Tegur Medina
"Hai Med Alia Najah. Kitorang buat ape yang korang buat la. Main game." Balas Mikael.
"Ooo lepak la nih. Why not join kitorang. Kitorang bertiga jer nih. Bye the way sape sebelah kau Mika ?" Tanya Alia
"Oh ni kenalkan Danish Fikri. Kawan aku dari sekolah lama."
Mikael memperkenalkan Fikri kepada mereka bertiga. Sejurus selepas itu mereka mendaftarkan nama untuk bermain laser paint ball. Cukup hanya enam orang dan mereka membentuk 2 kumpulan . Setelah itu hampir semua permainan keseluruhan arcade tersebut di mainkan oleh mereka. Setelah kepenatan mereka lepak di Kenny's Roger Rooster.
"Penat sial main semua game kat sana. Tapi kita kena ingat yang SPM kita tinggal sebulan jer nih." Adu Rafiq.
"Ni kalau cikgu Ilmi tau nih tak ke mengamuk dia. Dahla dia penyelaras SPM kita." sambung Mikael.
"Don't worry okay guys. Nanti kita catch up la balik bila buka sekolah nanti. Now kita makan, perut aku dah berkeroncong nih" celah Medina
Selepas makan mereka terus ke MBO cinema untuk menonton Black Panther.
Tiga orang jejaka tersebut juga menyertai mereka dan akhirnya seharian mereka habiskan masa bersama.
"Thanks guys sebab lepak ngan kitorang. Aku bersyukur dapat kawan kawan macam korang even aku lain sekolah. If ada masa lagi nanti kita lepak okay. Okay la bye aku pergi dulu " ucap Fikri .
"It's okay bro. Bye"
"Bye"
"Bye"
Kemudian semunya bersurai ke haluan masing masing setelah penat seharian di Time Square..
Share this novel