Chapter 5

Romance Series 7333

" Dina nak ikut mummy pergi pasar tak pagi ni? Mummy nak pergi beli barang dapur dekat pasar basah."

"Tak nak la mummy . Dina nak rehat laa.. kepala nih asyik sakit jer. Mungkin sebab semalam Dina main sampai tak ingat dunia kut"

"Okay laaa nanti makan ubat tau. Panadol ada atas kabinet dapur. Rehat okay sayang. Mummy ngan Baba pergi dulu" Puan Melina mencium dahi anak bongsunya

Sampai sahaja di Pasar Selayang, Puan Melina terus ke bahagian basah kerana ingin membeli ayam manakala Encik Amirudin ke kedai kopi bersebelahan pasar tersebut. Dia hanya menunggu di situ.

"Semunya 7 ringgit Puan." Kata penjual ikan.
"Kejap erh. Saya nak cari duit kecil dalam beg nih. Tak jumpa pulak. Ade not 100 sahaja nih" sedang sibuk menggagau duit dalam handbagnya tiba tiba seseorang menghulurkan duit kepada penjual ikan tersebut.

"Takpe guna duit saya dulu. Kebetulan harga ikan saya sama dengan awak. Saya bayarkan." Kata Puan Intan.
" Susah susahkan awak jer. Kebetulan saya takde duit kecil. Kan kesian pulak penjual ikan tuh nak bagi baki kalau bagi not 100."

"Takpelahh mungkin harini rezeki awak. Manatau esok rezeki saya pula. Nama Saya Intan , awak pula?"
"Saya Melina"

Puan Intan dan Melina berjalan bersama bersama membeli barang dapur.

_____________

Hari persekolahan pun bermula dan semua pelajar tingkatan Lima dikhendaki untuk berkumpul di dewan seminar sempena Taklimat seminar Bahasa pada hujung minggu nih.

Cikgu Ilmi sebagai penyelaras SPM memulakan ucapan dan taklimat tersebut.

"Baiklah murid murid, pihak pengurusan sekolah menetapkan bahawa setiap kumpulan harus mempunyai 3 orang."

Semua murid bertepuk tangan kerana mereka menyangka boleh pilih ahli kumpulan dan duduk bersama dengan kawan kawan mereka.

"Tetapi untuk pengetahuan kamu semua ahli kumpulan telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan kumpulan harus bercampur lelaki dan perempuan bagi mempunyai kerjasama." Terang cikgi Ilmi.

Semua murid terkejut termasuk Medina Alia dan Najah kerana mereka berhasrat untuk bersama. Termasuklah Mikael dan Rafiq.

"Kamu semua boleh lihat nama ahli kumpulan kamu di papan kenyataan Dan duduk bersama selepas itu"

Semua pelajar bergerak papan kenyataan untuk melihat siapa ahli kumpulan mereka.

1. Ilman Mikael
2. Akim Akhbar
3. Iman Medina

Ketiga tiga mereka melopong apabila melihat senarai nama tersebut

"Aduhhh ape nasib aku sial boleh duduk dengan dua ekor beruk tuh" marah Akim.

Rakan rakannya yang lain tidak berani campur tangan kerana Akim seorang yang baran.

"Disebabkan kita berkumpulan so aku harap korang boleh bagi kerjasama" terang Medina.
Medina sedikit kecewa apabila tidak dapat bersama dengan Alia dan Najah tetapi mereka berdua bersama dalam kumpulan berserta Rafiq.

"Ya aku tau la bodoh bagi kerjasama. Tak payah la nak perli bagai. Kau ingat kau je ke yang nak berjaya." Marah Akim

" Jangan lah gaduh Akim , Medina. Akim cuba kawal kau punya baran. Medina hanya bagi nasihat dan penjelasan kan. Hormat la sikit" marah Mikael

Mereka semua dikhendaki untuk tidur di sekolah kerana seminar it berlangsung selama 3 Hari 2 malam .

_____________

"Adik esok kau ade seminar dekat sekolah kan?" Tanya Imran

"Haa aa abang. 3 Hari 2 malam dekat sekolah, so mean kena tidur sana lah."

"Boleh ke kau berjauhan dengan kitorang dik ?? Hahahhahaahhaha. Kau anak manja mummy" usik imran

"Abang Im, Dina dah besar lah. I'm already 17 years old okay!"

"Hhahhhhaha. Kau dah pack semua barang barang kau ke dik. Maybe ada apa yang abang boleh tolong."

"Boleh, boleh tolong senyap tak? Dina dah pack dah semua barang yang nak dibawa. Semua dah siap."

"Ok kalau macamtu tidur lahh. Esok kau kena bangun awal."

"Okay assalamualaikum"

_______________

Selepas mendaftarkan nama di khemah urusetia Medina terus ke dewan seminar. Seramai 200 orang pelajar tingkatan Lima terlibat dengan Kem seminar Bahasa tersebut.

Medina yang datang agak lewat terus duduk ditepi Mikael kerana mereka dikhendaki untuk berada dalam kumpulan. Dia boleh melihat muka ketat Akim apabila dia berjauhan dengan ahli.

Semua pelajar tingkatan Lima memberi sepenuh perhatian setiap tips yang diberikan oleh guru jemputan yang datang mencurahkan ilmu. Setiap aktiviti yang ditugaskan dilakukan dengan baik.

"Medina mana sorang lagi ahli group kamu?" Tanya Cikgu Fauziah

"Erm, erm Akim Cikgu. Tapi dia tak datang lagi Cikgu. Saya pun tak tahu." Kata Medina

Dia pun hairan kerana Akim tidak melibatkan diri dalam subjek Bahasa inggeris.

"Mikael, Saya nak awak pergi cari Akim. Pastikan dia hadir dan suruh dia jumpa saya." Arah Cikgu Fauziah.

Medina sangat geram terhadap Akim kerana kumpulan dia menjadi yang terakhir dalam aktiviti pembentangan tersebut. Markah mereka dipotong akibat tidak mencukupi kualifikasi pertandingan tersebut.

"Akim!!!"
"Apesal kau tak datang masa subjek Bahasa inggeris hah!! Disebabkan kau group kita kena dimerit tau."marah Medina.

Dia terlihat Akim ketika melintasi Koperasi dan terus menegur Akim. Perasaan marah masih ada lagi terhadap Akim disebabkan kejadian tersebut.

"Eh kau perempuan. Boleh tak jangan jaga tepi kain orang. Ikut suka hati aku lah nak buat apa. So kau lah yang mengadu pada Cikgu Fauziah kan. Okay tunggu kau." Akim pun berlalu pergi dengan perasaan amarah.

Pada waktu petang pihak pengurusan sekolah tidak mengadakan seminar. Mereka membenarkan para pelajar.

Akim dan kawan kawannya yang sedang bermain bola terhenti apabila melihat Medina dan sahabatnya melintasi padang. Tiba tiba terbit satu akal untuk mengenakan dia berikutan dendamnya tentang insiden pagi tadi.

"Zaf, bak bola tu sini." Arah Akim

Akim mengambil bola dan terus menyepak bola tersebut kearah Medina. Medina yang tidak menyedari bola tersebut terus terkejut dan bola itu tepat mengenai muka Medina.

"Ahhhh."
Medina mengaduh kesakitan dan terus menekup hidungnya. Terasa ada cecair yang keluar dari hidungnya.

"Kurang ajar Akim" adu Alia .
Terkejut dia apabila melihat Akim yang sedang galak ketawa disebabkan perlakuannya terhadap Medina.

Mikael yang kebetulan melalui kawasan tersebut terus meluru ke arah Medina Alia dan Najah.

"Medina kau okay tak? Hidung kau darah nih. Jom aku bawa kau ke bilik rawatan. "

"Okay aku takpe Mika" adu Medina

Alia dan Najah membantu Medina bangun untuk ke bilik rawatan. Mikael mengikuti mereka. Banyak juga darah yang keluar daripada hidung Medina.

"Nah ni ice bag. Tuam dekat hidung kau. Tadi Cikgu Ilmi bagi." Arah Mikael.

Mikael hanya memerhati Medina dan dia berasa amat marah apabila mendengar cerita sebenar oleh Najah.

Esok merupakan hari terakhir mereka seminar. Pada waktu malam pihak sekolah mengadakan BBQ. Akim tak nampak langsung kelibat Medina. Selepas makan Akim menegur Aisya rakan sekelas Medina untuk bertanyakan Medina.

"Aisya kau tau tak apesal Medina ak join BBQ."Tanya Akim

"Lah kau tak tahu ke. Medina balik lah. Cikgu Ilmi benarkan dia balik lepas maghrib tadi sebab dia demam teruk. Lagipun hidung dia darah tak berhenti. Cikgu Ilmi nak hantar ke hospital tapi dia taknak. Dia suruh abang dia datang ambil dia."

"Oooo"

Akim berasa bersalah kerana Medina terpaksa pulang awal dan tidak dapat menghabiskan seminar tersebut walaupun esok hanya majlis penutup sahaja.

Akim melihat muka Mikael merah menaham geram terhadap nya. Dia menunduk dan tidak memandang ke arah Mikael . Majlis penutup yang berlangsung dirasakan amat lama.

"Medina aku minta maaf" bisik Akim

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience