chapter 9

Romance Series 7333

Pada waktu pagi setelah bangun dari tidur Medina rasa perutnya amat sakit dan kadang kadang sakit itu berlarutan sampai ke bahu sebelah kanan. Dia juga berasa loya dan lesu. 
Setelah siap membersihkan badan Medina turun ke bawah untuk bersarapan.

"Eh Dina kenapa dengan muka kamu nih. Pucat je mummy tengok."

"Tahla mummy. Medina rasa nak demam la mummy,.ada Panadol tak? "

"Kamu jangan kerap sangat makan painkillers nih. Nanti ketagih. Dahla cepat siap nanti mummy drive bawak ke hospital."

Medina hanya mengangguk dan sejurus selepas sarapan dia naik ke atas untuk bersiap.

________

"Tengku Iman Medina bt Tengku Amirudin." Laung nurse di kaunter.

"Kamu masuk dulu ye sayang. Mummy nak call baba kejap."

Medina hanya menurut langkah nurse tersebut ke bilik doktor.

"Masuk" laung doktor di dalam.

" Boleh saya tahu awak sakit apa? Maksud saya boleh awak terangkan apa yang membuat awak rasa sakit? Tanya doktor wanita yang sudah berumur

"Dalam kebalakangan ni saya kerap sakit dada di bahagian kanan saya doktor. Sakit tu macam tak boleh nak describe and saya rasa mudah lesu dan cepat letih. I mean mudah tercungap dan kerap demam." Terang Medina.

"Okay baiklah. Kalau macamtu saya akan amik test blood. Lepastu Saya bagi ubat antibiotics and ubat demam serta vitamin okay. Saya dah setkan next appointment so awak datang la masa tarikh tersebut. Nurse sediakan alatan"

Puan Melina masuk sebaik sahaja Medina sudah siap mengambil darah. Hampir pitam juga Medina kerana dia sejenis yang takut jarum.

Setelah selasai membuat pembayaran mereka berdua pulang ke rumah. Medina tidak pula memberitahu mummy nya tentang appointment yang seterusnya kerana dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya untuk menghantar ke hospital.

___________

"Medina saya harap awak akan bersabar dengan apa yang saya bagi tahu awak nih." Terang doktor Julia sambil mengenggam tangan Medina.

"Awak disahkan menghidap Hepatocellular Carcinoma tahap 1."

"Maksud doktor?"

"Kanser hati Medina. Kanser hati tahap 1. Tapi awak jangan risau kanser hati awak nih masih diperingkat awal. Kalau awak melakukan rawatan inshallah awak akan sembuh. Saya dah follow up awak dengan Pakar Oncologist hospital nih so awak kena jumpa dia lah."

Bagai satu bebanan yang yang menghempap Medina apabila mengetahui bahawa dia mengidap kanser hati. Air mata yang berjujuran keluar tak dapat dibendung lagi.

Seterusnya Medina ke tingkat 5 untuk bertemu dengan Pakar Oncologist kerana dia lebih tahu apa yang selanjutnya yang perlu dibuat

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam Medina masuklah. So uncle dah agak dah yang kamu disebabkan nama ayah kamu nih. Medina uncle harap kamu bersabar ya nak" Encik Azhar merupakan Pakar Oncologist Hospital of Colombia.

Terkejut Medina kerana doktor yang in charge untuk penyakitnya adalah uncle Azhar papa Mikael .

"Macam nih Medina penyakit kamu nih masih di awal peringkat. Hepatocelullar Carcinoma atau dikenali sebagai kanser hati nih boleh di rawat dengan pelbagai kaedah."

"Jadi uncle, kanser saya nih masih boleh dirawat?"

"Ya Medina. Tambah lagi masih di tahap satu. Ia juga bergantung dengan usaha kamu sendiri. Rawatan boleh dilakukan melalui pembedahan ataupun chemotherapy. Jika pembedahan, ia memerlukan penderma kerana kita akan membuang tisu hati yang telah merebak dengan sel kanser dan ditukar kepada tisu hati yang baru yang diberikan oleh penderma. Chemotherapy pula ia akan membunuh sel kanser."

"Medina harap uncle akan simpan rahsia ni daripada Mikael serta family Medina . Biar kita dua sahaja yang tahu."

"Tapi ini kes berat Medina. Kamu memerlukan sokongan daripada sekeliling kamu. Tapi jika itu permintaan kamu uncle hormatinya."

Medina pulang kerumah dengan perasaan sugul. Dia tidak menghiraukan keluarganya yang sedang bersantai di ruang tamu. Begitu juga dengan makan malam. Dia tidur dalam keadaan lapar dan penuh rasa hiba.

________

Your application for medical course in Michigan Medical School and College, United States of America is accepted.

Terkejut Medina setelah dia dia membuka email di phone nya. Permohonannya berjaya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran tercapai. Dia terus turun ke bawah untuk memberitahu keluarganya.

"Mummy Baba abang im abang id Medina berjaya. Tengok nih"Medina menunjukkan email yang diterima daripada pihak University kepada ahli keluarganya. Perasaan sedih yang ditimpa olehnya ditolak ketepi kerana impiannya aoan dikecapi.

"Tahniah dik. Big hug please." Mereka semua berpelukan gembira

_________

Your application for Automotive Engineering course in Standford University of Texas, United States of America is accepted.

Begitu juga dengan Mikael apabila permohonannya juga berjaya. Mamanya adalah orang yang paling gembira kerana anak lelakinya berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang seterusnya.

Mikael terus memberitahu perkembangan tersebut ke dalam group WhatsApp mereka berenam. Rupa rupanya Medina juga dapat menyambung pengajian di Amerika Syarikat jugak. Alahai hatinya amat gembira kerana impian ingin bersama Medina akhirnya tercapai walaupun dia hanya menyimpan perasaan tersebut berseorangan. Najah dan Rafiq hanya menyambung pengajian di dalam negara manakala Aliaa di Moscow dan Fikri di Japan.

Medina mendapatkan khidmat nasihat darida Encik Azhar tentang penyakit nya serta harapan untuk  menyambung pengajian nya.

Dengan bantuan Encik Azhar Medina dapat meneruskan rawatan nya di Amerika Syarikat dibawah rawatan rakan baik Encik Azhar iatu Doktor Azmi yang merupakan doktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Pakar Oncologist di Hospital of Michigan.

Dua minggu daripada sekarang mereka akan berlepas ke United States.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience