Turun sahaja daripada kapal terbang Medina terus ke tandas kerana ingin termuntah. Biasalah jika menaiki kapal terbang yang mengambil masa agak lama membuatkan perut masuk angin.
"Med, kau okay ke tak nih? Aku tengok kau dah lembik nih." Tanya Farah
"Aku okay lah Farah. Biasalah jet lag lagi. Aku memang macam nih kalau naik kapal terbang. Lagipun sebelum sampai sini tadi aku amik nasi lemak. Tu yang muntah tuh"
"Kalau macamtu tu okaylah. Nah amik vapour rub nih. Sapu dekat kepala. Kau siapa datang ambil nanti?" Farah menghulurkan vapour rub kepada Medina .
"Ohh abang aku datang amik. Aku dah call dia tadi. Dia pun dah on the way. Kau balik dengan apa?"
"Oh driver papa aku dah datang. Aku balik dengan dia lah. So aku balik dulu la erh"
"Oh dah sampai. Okay lah kalau macamtu. Kau tu jangan lupa datang rumah aku nanti abang aku tunang. Nanti aku sent location. Kau naik dengan family aku pergi ke rumah perempuan."
"Okay. Bye Med. Kau jangan lupa makan ubat tau. Ingat kau ada kat mana nih. Jaga kesihatan kau tuh."
"Ye Puan!!"
Seusai bersalam dan berpelukan diantara Farah dan Medina mereka pun berpisah. Alah, Farah tinggal dekat Cheras Medina tinggal di Putrajaya. 30 minit drive pun boleh sampai.
Sambil menunggu abangnya Medina melilau lilau di sekitar kedai di KLIA. Tiba tiba dia terlanggar seseorang.
Pappp!!!
"Maafkan saya cik." Medina meminta maaf dan terus mengambil telefon yang jatuh. Mujur sahaja tidak pecah skrin depan kalau tidak terbanglah duit dia.
"Medina!! Iman Medina bt Amirudin"
Tegur orang di hadapannya.
"Ya, tu nama Saya macam mana awak tahu"
"Ya Allah Medina. Ni akulah, Najah, Afaf Najah."
"Najah! Sorry babe aku tak ingat kau. Tak, sekarang nih kau dah lain. Lain gila dohh. Kau semakin cantik dan tengoklah penampilan kau."
"Alhamdulillah Med. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Kau bila lagi balik dari Amerika Syarikat?"
Najah yang sudah berubah dari segi akhlak pemakaian dan segalanya. Kini pakaian sudah menutup auratnya dengan sempurna dan memakai purdah.
"Aku baru sampai nih. Flight daripada US pukul 8 semalam. So baru jer touch down. Kau dari mana nih?"
"Aku pun baru touch down jer. Flight aku dari Cairo. Alhamdulillah aku further study ke Cairo. Sejam lagi flight ke Sabah."
"Dahtu jomlah kita pergi minum jap. Akupun tengah tunggu abang aku datang amik aku nih."
_______
"So how's your life? Aku tengok kau semakin kurus and makin cantik Med."
"Hahahahha. Takdelah Najah, aku biasa lahh macam nih. Dulu kan aku ketegori chubby sikit so sekarang kurang sikit. Alaa gaya hidup sihat namakan" Medina menutup cuak.
"Gaya hidup sihat konon. Kau tuh dah rupa macam mayat hidup aku tengok. Kurus nak mati"
"Alaa tak payah cakap pasal aku lah. Aku nak dengar story kau. Macam mana kau boleh jadi camni."
"Okay okay. Aku kan sambung study dekat Cairo amik course pengajian Islam dan Sunnah. So dekat fakulti tuh kebanyakan pelajar nya memakai purdah and kawan kawan tempatan aku cakap wanita akan lebih dihormati jika menutup aurat dan memakai pakaian yang menepati Syariaat. So disebabkan selalu pakai macam nih and aku selesa. Mungkin ini takdir aku. Family aku pun terima"
"Wahhh. Aku inspired dohh dengan cerita kau. Kau takde sangkut dengan Pak Arab ke kat sana?"
"Kau ingat aku nak pergi cari Pak Arab pergi sana. Hahahhahaahhaha"
Ting
Medina membuka iPhone nya kerana ada mesej masuk.
"Najah aku kena pergi dulu. Abang aku dah sampai nih."
"Oh takpelah. Jaga diri kau elok elok Med. Jangan lupa jemput aku makan nasi minyak kau dengan Mikael."
Pukk.
Medina menghempap beg sandangnya ke belakang Najah.
"Mulut kau!! Aku cilikan. Okay takpelah nanti datang laa semenanjung. Bye Najah."
Medina terus menarik bagasinya keluar dari cafe tersebut.
Dina!!
"Abang im, ya Allah rindunya Dina."
Medina menyalami abangnya. Imran terus mengangkat bagasi Medina masuk ke dalam Bonet kereta.
Masuk sahaja ke dalam kereta perbualan mereka tidak terhenti sehinggga lah sampai ke rumah. Pelbagai cerita yang disampaikan oleh Medina dan Imran.
_______
"Assalamualaikum mummy Baba."
"Waalaikumussalam anak mummy. Ya Allah sayang rindunya mummy dengan kamu"
Medina menyalami kedua ibu bapanya.
"Mana bakal tunang orang tuh, Abang Idrus."
"Abang kamu katanya keluar cari barang pertunangan dengan Amanina. Tak habis habis lagi. Padahal lusa dah majlis" terang Encik Amirudin
"Ohh. Mummy masak apa? Dina lapar lahh. Touch down jer tadi habis keluar semua isi perut. Sempat minum air jer."
"Alaa kesian nya anak mummy. Jom makan, mummy masak semua lauk favorite Dina."
Di meja makan mereka semua menikmati makanan dan lauk pauk yang di sediakan.
"So how's your study dear?" Tanya babanya.
"So far alhamdulillah baba. Tinggal 3 bulan jer lagi. Dina ingat nak buat housemanship dekat Malaysia la. Dekat sikit dengan family."
"Ohh kalau macamtu bagus lah. Takde la mummy ni risau sepanjang masa''
"Ish abang nih ke situ pulak. Mana ada, mummy bimbang kan kamu tuh. Kalau sakit taknak makan ubat. Faham faham jer lah."
"Dik apesal abang nampak adik macam kurus. Pipi Pau tu dah cengkung."
"Haa alaa. Masa mummy peluk kamu tadi rasa macam sekeping jer badan kamu. Rasa rapuh sangat."
"I'm on my diet laa"
"Dah jangan nak diet sangat. Badan tak seberapa ada hati nak diet." Pesan mummy nya.
"Dah dah. Makan nasi cepat. Lepastu naik bilik rehat. Dah nak maghrib nih." Pesan babanya
"Okay Baba."
_________
Seusai membersihkan diri Medina membuka iPhone nya
3 missed call
10 message
" Uishh banyaknya."
Rupanya Mikael yang menelefon Medina. Mikael yang sudah dua hari pulang ke Malaysia. Medina pulang agak lambat 2 hari kerana perlu submit report tentang vaksin untuk bipolar.
"Assalamualaikum Mika"
"Waalaikumussalam Med. Ha kau baru nak call aku. Jenuh aku tunggu panggilan kau tadi."
"Alaa sorry la Mika. Aku dinner tadi. Kau kat mane nih"
"Aku dekat luar jumpa dengan Fikri. Dia pun balik gak. So how's your flight?"
"Alhamdulillah, macam biasa sampai dengan selamat. Aku touch down pukul 4 tadi dengan Farah. Guess what! Aku jumpa siapa tadi dekat airport."
"Sape? Pilot handsome!" Mikael berbau nada cemburu.
"Ish kau nih. Kesitu pulak. Aku jumpa Najah lah. Kau nak tau tak Najah dah berubah. At first aku tak kenal tau tapi dia tegur aku dulu. Najah tak macam dulu dah. Dia sekarang pakai purdah. Cantik sangat."
"Alhamdulillah, mungkin itu yang terbaik buat dia"
"Dia sambung study dekat Cairo. Course pengajian Islam Dan Sunnah."
"Oooo."
"Ha! Kau jangan lupa datang rumah aku lusa. Kau and family kau vvip kami untuk pergi tunang abang Id tau."
"Ye aku tak lupa lah"
"Herm. Takpelah aku dah ngantuk nih. Aku nak tidur bye"
"Med!!"
Tutt. Tutt.
Panggilan putus.
"Baru nak tanya pasal kesihatan dia. Nak mengelak la tuh."
Share this novel