chapter 6

Romance Series 7333

"Medina aku minta maaf pasal kejadian tuh" adu Akim

"Maaf laa Akim. Mulai sekarang aku takkan ambil tahu pasal kau lagi. Kau buat la apa yang kau nak buat. Aku dah fade up dengan kau. From now, just stay away from me and I'll not disturb you anymore. Aku maafkan segala kesilapan kau."

Medina pun berlalu pergi.

"Medina!!"
"Medina!!"
"Medina!!"

____________

"Med, kau okay ke?" Tanya Mikael.

Alia dan Najah pun turut menyertai Mikael apabila melihat Medina yang memangguk kepala atas meja.

"Aku okay jer la. Pening sikit jer."

"Apesal lately aku tengok kau nih lemah and lesu weh. Asyik tidur jer aku tengok." Tegur Najah

"Betul la Med. Aku pun sama."

"Takde pape lahh. Maybe cuaca yang tak menentu kut."

"Kau kena jaga diri Med. Kita nak SPM lagi 2 minggu tau."

"Ye ye nanti aku makan. Jangan risau okay. So jadi tak nak buat group discussion pasal paper trial addmath tuh"

" Jadilah. Aku dah ajak Danish and Rafiq so korang boleh join. Buat kat rumah aku okay. Nanti boleh kenal dengan mama papa aku." terang Mikael

"Boleh laa. Nak jugak aku kenal dengan anak doktor nih." Ujar Alia.

Najah dan Medina hanya tersenyum dengan kegatalan Alia . Tak habis habis dengan perangai tak senonoh dia tu.

_________

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Ye nak. Cari siapa?" Tanya Puan Intan

Medina Najah dan Alia tersengih sumbing dan berpandangan sesama sendiri.

" Kami datang nak jumpa Mikael, Puan" terang Medina .

"Ohh kamu semua nih kawan kawan Mikael lah ya? Jemputlaaa masuk. Mikael ada dekat ruang tamu dengan Rafiq dan Fikri."

Mereka bertiga hanya membuntuti Puan Intan ke ruang tamu.

" Eh korang bila sampai? Maaf la aku tak dengar tadi. Mama ni kenal kan kawan Mika . Yang shawl hitam tuh Medina , yang shawl kelabu Najah dan yang berbawal tu Alia."

"Ohh cantik manis orang nya belaka. Panggil aunty jer okay. Duduk la dulu nanti aunty siapkan minuman"

"Terima kasih aunty" ucap Medina

Mereka berenam pun menyiap dan membincangkan soalan trial addmath. Kerja itu harus disiapkan kerana setiap orang harus membentangkan setiap satu soalan di hadapan.

"Sedar tak sedar lagi dua minggu kita nak SPM kan. Pastu nanti korang bawa haluan masing masing.

"Ha aa la kan. Nanti mesti ada yang lupa member macam Medina nih." Kata Alia

"Eh salahkan aku pulak. Aku yakin persahabatan yang kita jalinkan in tidak terputus dan sentiasa keep in touch okay."

"Aku nak berterima kasih pada kau Medina , Alia , Najah Rafiq sebab sudi kawan dengan aku. Dahla aku budak baru pastu masuk sekolah cikgu lantik jadi president pelajar pulak. Ramai yang tak puas hati tapi korang tak. Korang still kawan dengan aku. Thanks okay guys. Especially you Medina. Banyak ajarkan aku selok belok sekolah."

"Ececece" 
"Ececece"

Budak berlima tersebut mengenakan Medina dan Mikael.

"Dah jadi tanggungjawab aku Mika. So tak payahlah berterima kasih sangat. Eh aku rasa dah lewat sangat nih jadi aku nak balik dulu. Korang berdua tak nak balik lagi ke?"

"Nak balik la nih. Tunggu kau habiskan ucapan jer. Kitorang dah on."

Seusai bersalam dengan Puan Intan mereka pun pulang ke rumah masing masing.

____________

Hari yang ditunggu tunggu oleh pelajar tingkatan Lima untuk menghadapi SPM pun datang. Debaran yang terasa oleh mereka tak dapat diluahkan kerana lagi 5 minit mereka akan memasuki dewan peperiksaan.

"Amiin"

Ucap semua pelajar tingkatan Lima seusai Mikael membacakan doa memasuki dewan peperiksaan.

"Good luck we"
Ucap Medina terhadap sahabatnya.

"Good luck Med" ucap Mikael.
"Thanks"

Akim tercari cari Medina di depan depan dewan peperiksaan kerana ingin meminta maaf. Dia sudah insaf dan mendapat ganjaran yang setimpal daripada guru disiplin. Dia bertekad untuk berubah dan ingin membetulkan semua keadaan.

"Medina!!" Laung Akim

Terhenti Medina dan terus berpaling kepada Akim

"Medina, good luck okay. Aku tahu kau masih marahkan aku. Seriously aku minta maaf. Aku menyesal Med."

"Takpe la Akim , aku dah maafkan kau lahh. Good luck okay. Jawab elok elok. Yang lepas biarkan lepas. We must go through forward okay"

Akim gembira dengan sikap medina yang sudah memaafkan nya. Semalam dia dah meminta maaf dari Mikael dan maafnya diterima.

"Semua pelajar dikhendaki memasuki dewan peperiksaan" arah ketua peperiksaan .

Dengan langkah Bismillah, Medina memasuki dewan peperiksaan.

_________________

"Yayyyy!! Finally we're free." Jerit Mikael

Mereka berlima meraikan kejayaan setelah hampir sebulan berhempas pulas untuk SPM. Segala penat lelah yang mereka lalui akhirnya sampai ke penghujungnya.

"Ape perancangan korang dohh."
Tanya Alia

"Aku nak qadak semua tidur aku yang tertinggal" terang Medina.

"Alah kau nih asyik tidur jer memanjang. Buatla something yang adventure sikit" terang Rafiq

"Tah, sleepyhead! Korang jom kita camping nak tak?" Tanya Alia

"Wah aku rase menarik jugak idea kau Alia. Kebetulan pakcik aku ada buat camping activity dekat FRIM, Kepong. Ala macam dia sediakan semua barang and kita just register and bayar. Nanti aku tanya pak cik aku. " Terang Mikael

Kelima lima mereka bersetuju dan mereka berhasrat untung mengajak sahabat baik Mikael iaitu Danish Fikri..

___________

"Baba, Medina nak mintak izin boleh tak. Medina ingat hujung minggu ni kitorang nak pergi camping dekat FRIM, Kepong. Boleh tak?"

"Camping! Berapa ramai yang pergi?"

"Group Medina 6 orang. Half half laki perempuan. Tapi bawah pakcik Mikael. Dia menyediakan kemudahan semua aktiviti. Banyak kumpulan sebenarnya. At least ada orang yang jadi ketua kami."

"Kalau macam tu Baba benarkan. Jaga diri elok elok. Dalam hutan tu tau. Dah tanya mummy belum belum?"

"Dah, mummy suruh tanya Baba. Okay la Dina naik tidur dulu tau. Thanks Baba."

Medina mencium dahi Baba nya. Sejurus selepas itu dia naik ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience