Medina sudah bersiap sedia untuk admit ke hospital pada harini. Dia akan melakukan pembedahan yang mungkin mengambil masa 5 hingga 6 jam. Imran dan Farah juga menemani nya termasuk Mikael yang disamping.
"Abang Im, Farah maafkan Dina eh kalau Dina ada salah ke atau sakitkan hati abang, Farah. Kalau Medina dah takde nanti tengokkan mummy dengan Baba. Cakap dekat mereka Medina sayang mereka. Farah, please tengokkan abang Im. Dia ni manja dan tak pandai nak uruskan diri sendiri."
Farah menggenggam tangan Medina yang sudah dicucuk branula.
"Med, inshallah takde apa apa. Kau akan sihat macam biasa. Please jangan cakap macam nih." Ujar Farah.
"Dik, dengar cakap abang. Inshallah tak akan ada apa apa. Percayalah doa banyak banyak okay sayang."
"Mika, sorry kalau I ada sakitkan hati you dalam waktu usia perkahwinan kita. Maafkan I kalau I ada silap dan tak buat tanggungjawab I sebagai isteri."
"Okay Med. I doakan yang terbaik buat isteri I. You takda salah pun dengan I. Inshallah semua akan selamat okay. As we promise before right? We'll go through together."
Medina menyalami semua orang yang berada disitu. Perasaan yang berdebar debar tak boleh disorok lagi.
"Medina nak call Malaysia kejap erh"
Mereka semua memberi laluan kepada Medina.
Tut,tut,Tut.
"Hello assalamualaikum sayang."
"Waalakumussalam mummy. Mummy dengan Baba sihat"
"Sihat sayang, kenapa tetiba call nih. Nasib mummy bangun awal pagi harini." Pelik kerana Medina menghubungi nya pada waktu sekarang kerana baru pukul 5.30 pagi di Malaysia
"Saja jer mummy. Rindu dengan mummy and baba. Mummy Dina nak minta maaf kalau Dina ada buat salah. Dina sayang mummy dengan Baba. Doakan Medina ya mummy."
"Kamu nih kenapa sayang. Mummy sayang anak anak mummy semua. Dalam solat mummy baba sentiasa ada nama anak anak mummy. Kenapa emo sangat nih. Cuba cerita dengan mummy."
"Takda lah mummy. Tetiba rindu family dekat Malaysia. Kirim salam dekat baba dengan abang Id. Kak Nina sekali ya, cakap Medina rindu diorang. Mummy I have to hang up, Dina ada kerja yang nak dilakukan."
"Inshallah, Dina kalau tak busy balik Malaysia ya. Mummy dah rindu lagipun kak Nina tunggu due jer nak bersalin. Balik tengok anak buah. Okaylah sayang baba dah nak solat. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" Medina terus teresak esak menangis.
"Medina" panggil Mikael.
Mikael terus membawa Medina kedalam pelukannya. Setiap perbualan dengan mummy dan baba nya dia dengar. Dia menggosok kepala Medina. Begitu juga dengan Farah dan Imran yang sebak melihat Medina.
????
"Siapa call sayang pagi pagi buta nih." Tanya Encik Amirudin.
"Medina bang. Call saya mintak maaf, cakap rindu dengan semua orang padahal kita dah jumpa 3 bulan lepas. Tak sedap hati lah saya bang."
"Jangan ikutkan perasaan sangat. Pandai laaa Dina jaga diri tuh. Inshallah tak ada apa. Doa banyak banyak. Jom solat dah masuk waktu nih."
????????
"Sorry for interrupting, but we have to go"
Datang 2 orang juruwat untuk membawa Medina ke operation theater.
"Banyakkan berdoa, berzikir Med, inshallah dipermudahkan" ujar Farah
Medina terus dibawa ke dalam kedalam operation theater. Mereka bertiga juga mengikut Medina di belakang.
"Are your ready doctor, we're going to anesthetize you right now."
Doktor yang bertanggung jawab untuk pembedahan Medina memberi sedikit pencerahan sebelum melakukan pembedahan.
"Yes, I'm ready."
"Nurse" Doctor Brian mengangguk dan mata Medina mula menguyu sebelum tutup sepenuhnya.
Share this novel