Chapter 27

Romance Series 7333

"Sudah sedia?" Ustaz Hamdi bertanya pada Mika.

"Sudah ustaz"

Akad nikah yang bakal dilangsungkan amat mendebarkan buat Mikael dan Medina. Imran yang menjadi wali kepada Medina datang bersama Farah untuk memberi sokongan kepada Medina. Mikael lengkap berpakaian baju melayu putih satin bersama sampin dan Medina pula memakai baju kurung moden putih.

"Tenang ya Med" Farah menggenggam tangan  Medina sambil menyalurkan sedikit semangat buatnya.

Mereka berdua bakal dinikahkan oleh oleh Ustaz Hamdi, ketua bahagian Agama di Pusat  Persatuan Pelajar Malaysia di UK. Disamping itu beberapa orang pelajar dan rakyat Malaysia datang memeriahkan majlis tersebut. Mereka bakal dinikahkan di Surau Ar Riduan di PPPM.

"Ilman Mikael"
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau Syed Ilman Mikael bin Syed Azhar dengan Tengku Iman Medina Binti Tengku Amirudin dengan berwalikan aku dengan mas kahwin RM 1000 tunai"

"Aku terima nikahnya Tengku Iman Medina Binti Tengku Amirudin dengan mas kahwin sebanyak RM 1000 tunai"

"Sah"

Akad dah terlafaz akhirnya mereka berdua telah disatukan.

Medina menitiskan air mata begitu juga dengan Farah. Mereka berdua berpelukan sesama sendiri begitu juga dengan Imran dan Mikael.

Mika aku harap kau kau jaga adik aku dengan sebaiknya. Jaga dia macam kami jaga dia.

Sebelum upacara pembatalan air sembahyang, mereka berdua solat sunat syukur berjemaah.

Mika memegang dan menyentuh dahi Medina sambil berdoa.

"Ya Allah engkau permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Halalkan segala titik peluh kami dan panjangkanlah usia perkahwinan kami. Berkatilah hubungan kami Ya Allah. Jagalah zuriat kami."

Medina terus menitiskan air mata tanda terharu. Mikael mencium ubun ubun Medina dan menyarungkan sebentuk cincin ke jari manisnya begitu juga dengan Medina menyarungkan cincin ke jari Mikael.

Medina bersalaman dan terus memeluknya abangnya sambil menangis teresak esak.

"Hei, hei Dina kenapa nangis. Dina dah jadi isteri orang kan. Dah tak boleh cengeng lagi macam nih. Malu la suami tengok muka sembab hidung merah nih" gurau Imran.

"Abang" Medina menepuk bahu abangnya. Sempat lagi buat lawak orang tengah sedih nih.

"Mika aku harap kau jaga Medina baik baik. Jaga macam mana kami jaga dia. Andai kau dah tak mampu nak jaga dia, pulangkan pada kami sebaiknya. Inshallah dia milik kami selamanya."

"Ye imran. Aku ingat kata kata kau bang. Inshallah aku akan jaga dia sepenuh hati aku. Tegur aku jika aku ada kurang."

Medina dan Farah hanya melihat dan mendengar perbualan antara Mika dengan imram. Tersentuh hati mereka dengan nasihat daripada seorang abang.

Farah dan Medina pulang ke rumah Medina manakala Mikael dan imran pulang ke rumah Mikael. Farah dan imran akan pulang ke Malaysia pada hari Medina membuat pembedahan kerana imran ada kerja yang perlu diselesaikan dan ibu bapanya juga sudah bertanya.

Sedang Medina dan Farah memasak untuk breakfast di dapur mereka dikejutkan dengan bunyi loceng. Sudah tentu Mikael dan imran datang untuk bersarapan. Farah bergegas memakai tudung manakala Medina  pergi membuka pintu.

"Assalamualai" tersekat kerongkong Mikael kerana melihat buat pertama kali Medina tanpa memakai tudung. Hanya sweatpants dan hoodie jer.

"Coi, nak main mata pun bagi aku masuk dulu. Abang lapar ni dik. Kalau ya pun Mika bawak masuk bilik la jangan depan pintu. Malu orang tengok." Kata Imran sambil gelak gelak.

Medina sudah memerah muka dengan usikan abangnya dan malu pada Mikael kerana pertama kali freehair depan dia. Cepat cepat dia tutup pintu dan terus menghidangkan makanan di island counter. Muat muat mereka 4 orang.

"Farah, jom ikut I keluar. Bagi chance laa pengantin baru kita nih. "

Tersedak Mikael sambil minum air teh.

Rumah kembali sunyi setelah imran dan Farah keluar. Tinggal Medina dan Mikael dalam satu rumah. Suasana yang agak kekok membuatkan Mikael selalu menyentuh lehernya. Dia hanya bersendirian di ruang tamu manakala Medina sedang mengemas di dapur.

"Nah Milo" Medina menghulurkan mug Milo pada Mikael dan duduk di sisi Mikael. Suasana senyap seketika bagai malaikat lalu.

"Med"
"Mika"
Serentak.

"Okay ladies first"

"Nope, men's first because he is a leader"

"Kau cantik sangat Med. This is my first time I'm looking into you and I'm a proud man because marry with a beautiful angel."

"Hermmm ada ada jer you ni Mika."

Medina sambil gelak dengan gurauan Mikael. Suasana kekok hilang begitu sahaja Dan keadan seperti sediakala. Mereka berdua berbual tidak ubah ubah seperti kawan baik. Cuma panggilan sahaja bertukar. Tiada lagi aku kau.

"Mika you ambil cuti berapa lama. Tak takut ke cuti lama sangat. Nanti kena buang kerja macam mane. Siapa nak tanggung I. I demand tinggi tau, sebulan RM2000 perbelanjaan."

"Seriously Medina"

"Hahahahahahahhaha. Takde laaa orang gurau jer. Nothing special about me. Makanan telur mata pun okay saja bah."

"Lawak la Med. I am bil cuti 2 minggu. Nak urus kan you punya operation lagi. Tak kan nak pergi tinggal you dekat hospital macam tuh. Hello I'm a gentleman okay"

"Yelah tuh.

"Betul laa sayangku."

"Jangan nak mengada erh."

"So lepasni kita punggah semua barang you masuk kedalam rumah I. Bawak semua barang then nanti kita pergi jumpa tuan rumah untuk tamatkan contract rumah nih okay"

"Okay Mika. With all my heart and soul, I follow your order. So let's go" Medina mengajak Mika untuk memunggah barang. Lagipun dia telah menyusun semua tinggal nak angkut saja ke rumah Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience