"erm Farah kau dekat mane nih? Kitorang nak gerak lagi 15 minit." Terang Medina di telefon.
"Eh kejap. Aku naik Grab car nih. Tengah cari rumah kaulah. Susah sangat."
"Herm okay lah."
Medina memutuskan panggilan.
Yang lain semua telah bersedia. Mummy tengah menyiapkan samping abang Id. Macam orang nak kahwin lulak. Padahal tunang aje.
Terdapat 4 buat kereta yang menyertai rombongan pertunangan tersebut. Uncle Azhar dan Aunty Intan menyertai mummy dengan baba. Abang Id naik kereta Honda milik abang imran. Maksu dengan paksu dan sebuah lagi kereta milik Mikael.
Farah dan aku menyertai Mikael.
___________
"Alhamdulillah abang id dah selamat bertunang. Kak Nina jaga abang id nih tau. Dia nih poyo tapi penyayang lepastu cerewet."
"Ish adik kau jangan lah buka rahsia abang" marah Idrus.
"Hahahah. Yeke Dina, okay nanti tengoklah kak Nina buat cemana nak bagi hilang cerewat dia. You Firhad, jangan nak mengelat erh."
"Ape pulak I bie. "
"Ececece sweet nya kakak dengan abangku nihh." Imran datang mencelah.
Mereka semua menikmati sedikit jamuan yang disediakan oleh bakal mertua Idrus. Mikael dan Farah hanya memerhati adik beradik tersebut bergaduh. Orang tua berada di dalam rumah sambil membincangkan majlis yang akan datang.
Dalam perjalanan pulang mereka bertiga decide untuk melencong ke Taman Tasik Titiwangsa.
"Ahhhh. Lamanya tak datang sini." Jerit Medina.
Kalau dulu dia selalu datang joging dengan Najah pada hujung minggu atau waktu kelapangan.
"Med, macam mana tahap kesihatan kau arhh?" Tanya Farah.
Huhh
Medina mengeluh.
"Aku pun tak tau la Mika, Farah. Family aku asyik tanya kenapa aku kurus sangat. Aku dah rasa berdosa gile sebab tipu diorang"
"Kalau itu jer cara kau nak simpan rahsia kau or maybe kau expose jer penyakit kau. Kau kene ingat Med, diorang perlu tahu" terang Mikael.
"Tak. Aku taknak diorang tahu. Nanti aku akan menyusahkan diorang. Aku taknak diorang sedih dan risau. Tambah tambah lagi abang Id nak kahwin. Aku taknak hancurkan kegembiraan diorang "
"But Medina you must to think about your health. Think the pro and cons. Kau nih amik risiko tau. Macam mana kalau kau collapse depan diorang and diorang dapat tahu daripada orang lain. Tak ke sedih diorang." Marah Farah.
Farah dan Mikael cukup menjaga rahsia Medina. Mereka berdua merupakan sahabat yang boleh dipercayai.
________
"Hello Mika, tolong aku. Sakit weh tolong amik aku dekat rumah aku."
"Medina, kau kenapa? Kejap lagi aku sampai."
Medina meramas cadar katilnya. Sakit yang tiba tiba datang menyerang di bahagian dadanya. Dia taknak keluarganya tahu keadaan dia lalu dia menelefon Mikael.
Sakit yang amat menyebabkan dia menekup mulutnya agar tidak mengeluarkan bunyi. Ya dia harus kuat. Siap memakai ala kadar dia menyalit sedikit lip gloss bagi menutup bibir pucatnya.
"Mummy Dina nak keluar dengan Mika boleh. Dina dah suruh Mika datang amik."
"Eh kamu berdua nih ada hubungan erh. Mummy tengok rapat semacam jer."
"Eh awak nih Mel. Biarkan diorang lah."
"Yelah bang. Boleh la kita berbesan dengan Azhar nanti"
"Herm papelah mummy Baba. Dina keluar dulu. Mika dah sampai tuh."
Seusai menyalami kedua ibu bapanya dia terus meluru ke kereta Mikael.
"Sejuk tangan anak kita bang."
________
"Med, kau okay tak nih."
Mikael melihat Medina yang memengguk kepala di dashboard. Daripada masuk kereta lagi. Mikael sangat bimbang dengan keadaan Medina.
"Sakit Mika. Aku tahan jer depan baba dengan mummy."
Medina memalingkan mukanya ke arah Mikael.
Ya Allah Medina
Mikael terus mengambil tisu lalu dihulurkan kepada Medina. Hidung dia berdarah.
"Sabar kejap jer lagi Med. Aku dah call Papa aku."
Medina terus mengesat darah yang keluar daripada hidungnya.
_______
"Mika macam mana dengan keadaan Medina?" Tanya Farah.
Farah juga terkejut apabila Mikael menelefonnya mengatakan bahawa Medina dimasukkan ke hospital.
"Tahh. Papa aku tengah rawat dia. Dia call aku tadi cakap sakit. Dia menangis wehh Farah."
"Sabar Mika. Kita tunggu papa kau. Ha tuh doktor dah keluar."
Mikael terus menyerbu papanya. Farah juga turut bertindak sedemikian.
"Pa, macam mane dengan Medina?"
"Buat masa ni keadaan Medina masih lemah. Papa rasa Medina tak makan ubat yang ditranskripsikan."
"Maksud papa?"
"Keadaan Medina macam overdose ubat. Tapi bukan ubat yang dibekalkan kerana kesan sampingan ubat selain ubat yang dibekalkan akan mempengaruhi sel sel barah. I mean maybe dia ada ambil supplement lain. Kita just tunggu test blood nanti"
"Okay, tapi boleh Mikael masuk tengok Medina?"
"Yaa, silakan. Papa pergi dulu"
Mikael dan Farah terus masuk kedalam wad yang menempatkan Medina. Kelihatan Medina yang pulas tidur dengan muka yang pucat. Wayar yang berselirat di badannya menambahkan lagi kesayuan Farah terhadap Medina .
Kelihatan Medina yang terganggu dengan bunyi suara antara Farah dan Mikael. Lantas dia pun membuka mata dan bangun.
"Hai Med. Seronok kau tidur erh?" Tegur Farah.
"Farah! Bila kau datang sini?"
Medina membetulkan tudungnya yang senget. Fuh nasib baik doktor yang rawat aku tak buang tudung aku. Mati aku kalau Mikael tengok.
"Dah lama dah."
Mikael merenung Medina dengan pandangan tajam.
"Kau pehal tengok aku macam nak telan Mika?"
"Kau tu yang pehal. Dahla tak makan ubat yang Doktor bagi lepastu nak buat buat tanya pulak. Apesal! Dah nak mati awal sangat hah Med"
"Kau apehal nak marah aku der. Kau tak tahu apa yang aku rasa."
Farah hanya melihat ketegangan yang berlaku antara Mikael dan Medina. Dia tak berani nak masuk campur.
"Kau tau tak tiap kali aku makan ubat yang Doktor bagi, badan aku lemah and lesu. Rambut aku habis luruh and badan aku susut tau tak. Habistu aku nak cakap apa dengan family aku kalau diorang tanya. Kau expect aku nak cakap Dina ada penyakit. Macam tuh"
"Okay dah Med. Calm down, jangan stress sangat." Farah mengusap kepala Medina manakala Mikael hanya memerhati.
"I'm sorry okay Med. Aku emo jap. Aku taknak kau sakit "
"Sokay Mika. Aku pun emo."
Kring!!
Telefon Medina berbunyi.
"Hello mummy. Ye Medina malam nih tak balik tau. Tidur rumah Farah. Teman dia. Ye Medina tau. Okay mummy love you"
"Sorry Farah guna nama kau"
Medina senyum sumbing.
"Sokay. Dah kau rehat lahh."
Mikael terjaga apabila terdengar bunyi pintu tertutup.
"Eh kau terjaga ke? Sorry aku ganggu kau. Aku masuk tandas jap. Nak solat subuh"
"Ohh. Takpe, aku pun nak ke bangun gak. Nak pergi surau solat subuh." Mikael hanya melihat Medina yang jalan terhuyung hayang dengan water drip bag yang tergantung pada batang besi.
"Med!!!"
"Aku bawa breakfast nih." Farah menegur Medina yang sedang khusyuk menilik phone nya. Mikael menyusul dari belakang.
"Huh!! Lambat, tadi aku dah makan sandwich yang hospital bagi lepastu aku minum air teh paip. Kau tau tak air tuh tawar nak mati. Korang la nih datang lambat sangat. Dahla nurse tu paksa aku makan and minum lepastu dia boleh pulak nak tengok aku makan ubat. Ishhh geram aku"
"Fuhh panjang betul explanation kau kan. Dahla jom makan. Aku bawak nasi lemak untuk kau." Kata Mikael.
Mereka bertiga pun menjamu selera.
Medina bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti Farah dan Mikael.
Share this novel