chapter 18

Romance Series 7333

"Nek tokki kitorang gi dulu deh."

"Ho bowok molek la kete tuh. Kalu ngatuk gak begheti tepi jalan luh"

"Nenek Medina balik dulu. Terima kasih sebab layan Medina. Tokki terima kasih."

"Lain kali mari la pulak Dina deh. Nenek sayang macam cucu nenek doh. Mikael nanti bowok la pulok Medina tuh."

"Inshallah nek."

Mereka berdua terus bertolak ke Kuala Lumpur. Medina telah mengambil peluang untuk shopping segala keropok yang ada di Terengganu. Tak kira keropok segera losong mahupun frozen. Katanya nak buat bekalan Kat rumah.

___________

"Thanks Mika sebab bawak aku pergi kampung kau" Medina mengucapkan terima kasih lalu bagasinya diambil daripada Mikael.

"No hal lah med. Nanti lain kali kalau ada masa lagi kita pergi. Manatau pergi honeymoon ke."

"Amboi mulut mung. Beres bohh"

"Hahahahahaah. Dahla aku balik dulu. Kirim salam uncle dengan Aunty."

"Okay. Take care"

Medina masuk kedalam rumah manakala Mikael terus ke rumahnya.

"Amboi anak mummy senyum sampai ke telinga. Happy nampak."

"Ish mane adalah mummy. Mummy sihat, mane baba."

"Sihat. Baba keluar dengan kawan dia. Kejap lagi balik lah tu."

__________

Sedar tak sedar cuti dua minggu telah pun berlalu. Kini Medina dan Mikael telahpun berada di tempat pengajian masing masing.

"Med seronok cuti nampak. Tengok dekat IG kau peh bersemut siot dekat pantai tuh"

"Ishk kau nih. Tulahh kau aku ajak pergi taknak. Kan dah menyesal."

"Aku taknak kacau daun. Orang kata ape, bunga tengah nak mekar."

"Tengkorak hang" Medina mencepuk belakang badan Farah.

"Dahla aku nak masak. Aku bawak segala jenis perencah nasi goreng. Mummy ada tolong bekalkan. Kau nak makan nasi goreng ape nih"

"Nasi goreng jerr. Aku ingat nak masak paprik ke tomyam ke sup ke. Nih nasi goreng jer."

"Haippp. Nak ke tak. Merungut jer banyak kau nih."

"Hehehehehhe. Nasi goreng kampung satu kak. Terima kasih" Farah terus menyambung drama Korea nya.

Ketang ketung ketang ketung. Akhirnya siap juga nasi goreng kampungnya. Nasi goreng kampung bodo.

"Nah untuk kau. Extra telur mata lagi aku letak." Medina tersenyum sinis.

Selepas sahaja satu suap masuk kedalam mulut Farah.

"Babiii.... Medina ...... Fakkkkk kau..."

"Hahahahahahhahahha"

Farah yang kepedasan terus ke dapur mengambil satu botol besar air dalam peti sejuk. Tak cukup dengan itu dia minum semua air yang dalam peti sejuk.

"Pedas sangat ke wehh" sisa tawa nya masih tidak terhenti.

"Pedas sial. Apesal pedas sangat nih. Bukan selalu kau masak tak pedas sangat. Kau tukar chili kedai lain ker."

"Ha aa. Aku guna chili yang mummy aku bagi. Dia kata ni chili burung. Rase sedikit manis pedas pedas manja."

"Manja pala hotak kau. Ko tengok nih bibir aku serupa Angelina Jolie dah tau. Kau guna chili kampung sial bukan chili benggali US tau"

"Benggala sial bukan benggali. Benggali mamat Bangladesh sane"

"Sama jer. Dahlah ade nasi putih lebih tak. Aku nak makan dengan telur mata jer."

"Alaa cian nyer dia. Meh sini muka merah merah. Pedas erh. Takpe nanti kita repeat okay"

"Sial."

"Hahahahah"

___________

Medina tiba tiba terbangun daripada tidur. Peluh yang merentik di dahi dikesat.

"Argghh sakitnya Ya Allah."

Dadanya yang berasa sesak tiba tiba. Dia menggau ubat dalam laci meja lampunya.

Tiada.

Ye dia lupa yang ubatnya ada di kabinet dapur. Bersusah payah dia bangun untuk ke dapur. Peluh dah membasahi tubuhnya.

Nak jalan ke dapur mengambil ubat sahaja dia dah semput. Mukanya pucat tidak berdarah.

Prang

Gelas kaca jatuh ke lantai. Habis bersepah kaca di merata rata dan terkene kakinya. Darah yang keluar tidak berhenti.

Pap

Bunyi suis lampu di buka.

"Ya Allah Medina. Kau kenape nih" Farah mendapat kan Medina.

"Farah tolong aku. Amikkan ubat dalam kabinet atas. Sakit Farah."

Farah terus mencapai ubat Medina di kabinet atas dengan berhati hati takut terkena kaca. Dia menyuakan ubatnya kepada Farah dengan segelas air.

"Thanks Farah"

"Med kau berdarah nih. Jom ke hospital. Aku call Grab. Dah pucat sangat kau nih"

"Tak payah. Aku okey lah."

"Kalau macamtu jom aku papah kau. Kau kau banyak keluar darah nih. Meh aku ubatkan."

Farah memapah Medina ke ruang tamu. Dia mengambil emergency box an mencuci luka Medina.

"Dalam siot kau punya luka nih. Esok tak payah pergi kelas lah. Kau cuti pergi klinik"

"Tak. Taknak. Aku okay. Kau dah ubatkan ni pun dah okay. Dah kamu masuk tidur. Kesian kau bangun awal pagi."

Medina melihat jam. 4:30 pagi. Awal lagi.

"Tak payah nak kesian sangat. Kau tuh kawan aku."

"Dahla. Aku nak pergi sapu kaca tadi"

"Do you mean it Iman Medina. Dalam sakit sakit kau nih still nak filir pasal kaca. Oh gosh please laa. At least kesian kan diri kau tuh"

"Okay okay. Don't be mad Far. Okay aku masuk tidur. Esok aku bersihkan kaca tuh."

"Tak payah. Biar aku bersihkan. Kau masuk bilik sekarang"

"Tudiaa leftenan Farah dah mula bersuara. Thanks tau Farah."

"Ye ye. Dah masuk bilik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience