chapter 10

Romance Series 7333

"Medina Mikael jaga diri baik baik ya nak. Ingat solat jangan lupa. Kamu berdua berada di tempat orang. Jauh beribu batu daripada kami semua." Pesan Encik Amirudin.

Semua family Medina dan Mikael turut menghantar mereka berdua. Termasuklah rakan rakan sekelas yang lain. Najah tidak dapat hadir kerana berada di Sarawak.

"Med kau jaga diri kau elok elok erh. Mikael kau jaga Medina ni elok elok. Ye aku tahu korang bukan satu uni tapi at least satu negara. Jangan lupa melawat kawan baik aku nih." Pesan Aliaa.

"Mikael ingat pesan papa. Medina pun ingat pesan uncle." Encik Azhar merenung tepat kearah Medina.

Panggilan untuk penerbangan ke United States pun telah dibuat. Mikael dan Medina masuk ke balai pelepasan setelah bersalaman dengan ahli keluarganya dan rakan rakan yang lain.

______________

Penerbangan ke Amerika Syarikat mengambil masa selama 17 jam. Medina yang duduk bersebelahan dengan seat Mikael. Babanya yang menempah tikat flight telah mengambil seat couple iaitu business class.

Mikael hanya melihat Medina yang tertidur dengan neck pillow SpongeBob. Nampak comel sahaja. Wajahnya yang natural tanpa secalit mekap dan hanya mengenakan sedikit lipgloss. Cantik.

Medina yang sedikit terganggu dengan gerakan kapal terbang bergerak sedikit menyebabkan Mikael berpaling ke lain. Takut Medina perasan.

"Medina bangun. Kita dah sampai nih" Medina yang terbangun kelihatan mamai Dan kembali tidur.

"Ala bangun la. Kau dah berapa Kali tidur ni we. Orang dah lama keluar laa." Tegur Mikael.

"Herm ye ye aku bangun." Dia bangun dengan keadaan terpaksa dan keadaan yang selekeh.

Mereka turun dari pesawat dan terus ke waiting Hall untuk berjumpa dengan pihak kedutaan Malaysia bahagian pendidikan. Beberapa orang lelaki dan perempuan yang sedang menunggu mungkin pelajar Malaysia yang menetap atau belajar di situ.

Setelah usai menukar nombor telefon tempatan Medina dan Mikael bertemu dengan sekumpulan pelajar tersebut.

"Assalamualaikum. Saya Azrul. Saya wakil pelajar daripada Wakil Pelajar Malaysia. Kami akan bawa korang ke rumah sewa korang. Jadi saya dan yang lain akan bawa Mikael ke Standford dan Medina ke Michigan."

"Bye Medina . Aku harap kau akan jaga diri kau elok elok. Kalau kau demam ke apa cepat cepat makan ubat. Dahla antibody kau lemah. Selalu sangat demam"

Medina hanya tersenyum mendengar pesanan Mikael.

"Kau tak tahu Mikael, aku sakit."

"Ye Mika. Aku tak lupa pesan kau. Kau pun jaga diri jugak. Bye Mika"

Dan di airport itulah pertemuan Kali terakhir antara Medina dan Mikael.

________

"So nilah rumah awak. Akak boleh hantar awak sampai sini sahaja sebab akak ada urusan yang lain perlu dibuat. Akak pergi dulu ya." Wakil pelajar tersebut berlalu pergi.

Medina masuk ke dalam apartment. Apartment tersebut sudah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan utiliti yang cukup lengkap.

Setelah menyimpan barang barang masuk ke dalam almari dan menyapu sedikt habuk di rumah tersebut bunyi loceng rumah ditekan. Medina sudah mengagak kerana housematenya akan datang pada hari ni. Dia membuat pengiklanan di dalam internet untuk mencari housemate di Michigan ini. Dan alhamdulillah ada seorang pelajar Malaysia yang mengambil course perubatan juga.

"Assalamualaikum. Hai Saya Farah. So yang macam kita WhatsApp haritu jadilah nikan." Ujar Farah.

"Ha ah. Jadilah. So sekarang kita housemate la. Pun boleh jadi kawan lah. Saya tak kenal sape lagi dekat sini. Jalan pun tak kenal. So awak akan belajar dekat mane?"

"Dekat Medical School and College of Michigan."

"Ohh sekali lah kita ya. Alhamdulillah. Jadi kita boleh bersiap siap la ya. Jom makan. Kita cari restoren halal dekat kawasan nih. Saya pun dah mula lapar nih."

Medina dan Farah mula membiasakan diri di kawasan sekitar. Mereka banyak melawat tempat seperti pasar basah dan super market untuk membeli bahan bahan memasak kerana di Michigan jarang terdapat makanan halal kalau adapun restoren Arab.

Dalam masa seminggu mereka membiasakan diri dengan keadaan di Michigan. Apartment yang diduduki oleh mereka berdua hanya 15 minit sahaja daripada college. Mereka berdua ke college dengan menaiki grab car atau pengangkutan awam yang lain. Medina juga telah menyewa basikal secara bulanan bersama Farah untuk kegunaan ke college. Lebih senang katanya tidal perlu bersesak dengan jem.

Medina juga telah membuat perjumpaan dengan kawan doktor Azhar iaitu Doktor Azmi. Dia telah mendapatkan jadual tentang rawatan susulan yang harus dilakukan bagi memastikan keadaan kesihatan nya sentiasa terjamin semasa sesi pembelajaran yang akan mengambil masa 2 tahun setengah.

__________

Setelah hampir 6 bulan belajar di Standford, Mikael juga dapat menyesuailan diri. Dia juga mendapat housemate dan coursemate yang baik. Housemate nya juga orang Malaysia.

Dia juga banyak menghubungi Medina dan selalu bertanyakan khabar. Dalam masa seminggu lagi cuti midsem akan bermula dan dia akan melawat Medina di Michigan.

Perkhabaran tersebut telah di ketahui dan disambut baik oleh keluarga Medina dan Mikael.

___________

"Hai seronok benar aku tengok kau. Dari tadi aku tengok kau dok belek je phone tuh."

" Taklah. Ni haa kawan baik aku nak datang bercuti dekat sini. Kan kita punya midsem holiday lagi 3 Hari. Aku tak sabar gila nak habiskan masa belajr nih and nak pergi jalan jalan even seminggu. Kau tau laa dengan Lab test lagi pastu assignment yang Sir Edward bagi tuh. Ya Allah pening kepala aku."

"Kawan kau laki ke perempuan."

" Laki. Nama dia Mikael"

"Ye ke kawan. Entah entah pakwe kau kan. Kau saja je kan nak sorok daripada aku. Konon cakap kawan pastu tup tup nikah."

Medina membaling bantal tepat ke muka Farah. Geram. Ada ke cakap kawin dengan Mikael yang sengal tuh.

Haish cepat la masa berlalu.

Medina!!!

"Haish berkhayal pulak minah nih. Kau dah siap belum DNA test glucose yang Doktor Ann bagi. Jom buat sama report."

"Okay jom"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience