chapter 17

Romance Series 7333

Mikael menarik brek tangan. Dia berhenti di RnR Gambang untuk solat zuhur.

"Med bangun." Mikael menggoncang seat Medina.
"Medina bangun."

"Hahh. Dah sampai ker? Jomlah masuk"

Medina mamai.

"Hahahaha comel lah kau nih. Dahla jom solat. Lepastu kita makan."

"Ohh tak sampai lagi erh. Sorry aku tertidur. Tak teman kau drive."

"Alah takpelah. Lagipun aku tengok kau penat sangat jadi tak sampai hati nak kejut."

Seusai solat mereka pun makan tengah hari di food court yang disediakan.

"Ada berapa jam lagi kita nak sampai nih Mika."

"Sekarang nih baru pukul 2 so lagi 2 jam kita sampai. Pukul 4 sampai la kampung aku. Kita tinggal rumah nenek dengan tok ki aku"

"Ohh. Jauh jugak kan Terengganu nih. Aku ingat dekat jer."

"Jauh jugak laa. Naik lenguh jugak la leher aku nih."

"Ohh kalau kau lenguh meh la aku drive. Kesian do kau."

"Dahtu kalau kau drive kau tau jalan ke minah."

"Hehehehe tak tau."

"Dahlaa jom gerak."

Mikael mengambil keputusan untuk lalu guna jalan lama sahaja. Dia tak menggunakan lebuh raya. Lagipun jalan lama akan melalui pantai terutama daripada Marang hingga ke Kuala Terengganu. Cantik.

"Wahhh cantik do Terengganu. Air pantai dia peh biru sia. Dahla bersih sepanjang jalan yang kita lalu."

"Haa aa cantik kan. Kita dah nak sampai dah nih."

"Yeke. Wah excited gila aku weh." Medina menepuk tangan.

"Macam budak budak lah kau nih.

________

Pinn pinn.

Mikael menekan hon ketika memasuki kawasan rumah neneknya.

"Assalamualaikum nenek tok ki. Mikael sapa doh nih."

Medina terus keluar daripada keretanya. Dia terpegun dengan kawasan kampung nenek Mikael. Pasir yang halus dan putih menandakan kawasan pantai. Dahla berangin.

"Ya Allah cucu aku sapa doh. Tok ki mung weh nih cucu mung sapa doh. Budak tuoh nih baru napok batang idung."

"Assalamualaikum nek. Sihat ko dop" Mikael menyalami neneknya. Medina turut melakukan perkara tersebut.

"Sihat la bakpe tok sihatnye. Nih anak tine sapo mung bawak nih Mika. Comel nye budak nih. Gewe mung ke"

"Dok erh nek. Anak kawang papa. Kawan Mika gak laa. Doh mane tok ki erh."

"Ermm tok ki mung gak petang petang nih dok kebung ye lah. Kejap agi nye mari lah tuh. Doh mari naik lah. Nye duduk tanoh nih. Nih name gape nih"

"Medina nek."

"Ho Medina mari naik nih. Nenek ade buat air ngan kuih. Mari makang dulu. Pastu bersih bersih badang."

"Okay nek." Medina yang sedikit tidak faham dengan loghat Terengganu nenek Mikael hanya mengangguk. Terus dia berpaling ke Mikael meminta penjelasan.

"Dah naik dulu. Minum petang lepastu mandi. Faham"

"Ooo."

Mereka berdua menyusul nenek Piah masuk kedalam rumah. Rumah kayu yang nampak simple diluar tapi elegant dekat dalam. Bahagian dapur pula dibuat daripada batu bata. Sangat cantik.

"Tok ki ape kabo" Mikael menyalami tok ki nya. Tok ki Li datang menegur mereka ketika sedang minum petang.

"Tok ki sihat sokmo. Doh ni sape budak puang erh."

"Ho ni kawang Mika. Nama dia Medina. Mok ayoh die kawang mama dengan papa gak."

"Ooo. Doh minum lah. Tok ki nak gi mandi."

"Medina nanti mung tidur bilik depang dekat tv tuh. Bawak masuk beg."

"Okay nek"

Pada waktu maghrib mereka solat berjemaah. Tok ki yang mengimamkan solat mereka. Selepas solat tok ki memberi sedikit kuliah maghrib sementara menunggu isyak. Banyak pengisian yang diutarakan oleh tok ki

"Medina mung gi panggil tok ki dengan Mika makan nih. Sepye kalu dok tengok tv gak tak ingat dunie."

"Okay nek"

"Tok ki Mika nenek panggil makan."

"Nek masok mendape?"

"Nenek masok singgang ikan aye lepastu ikan bakor dengan ayam goreng jer. Yang sotong masok meroh nih Medina yang buat."

"Ohh kau pandai masak."

"Erh jangan pandang sebelah mata tau"

"Doh makang makang cepat. Tok soh dok baloh sini lah."

"Ne, doh bile majlis cukur jambul tuh"

"Esok pukul 10 majlis start. Doh kite kene gi awal la sikit. Mung tuh Mika dohla 10 tahun sekali balik kapung"

"Eh mane ade. Nek nih gokk."

"Rumah maklong Mika dekat mane nek?"

"Rumah ye dekat jehh. 10 minit dari sini jer. Gi jalan kaki pun sapa."

"Oooo"

Mereka pun menyudahkan makan malam tersebut.

_________

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam mok masuklah. Doh  mane ayohh." Maklong menjemput nek Piah dengan Medina masuk.

"Ayoh mung dengan Mika dok depan dengan Kushairi. Nih kawang Mika dari KL nama die Medina." Medina menyalami tangan maklong.

"Panggil maklong jer. Tuh gi depang kak Fateha ade sane. Anok dia wak baby pun ade sana. Tak yoh dok dapur laa orang tue je dok sini."

"Hah. Okay"

Medina berlalu ke ruang tamu yang dikerumuni oleh ramai anak anak gadis. Mungkin nak tengok baby kut. Dia agak segan kerana tidak mengenali sesiapa.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Nih kawan Mika ke?"

Tanya kak Fateha

"Haa aa. Kawan Mika."

"Nama akak Fateha. Panggil kak Teha jer. Nama ape?"

"Nama Medina. Baby nih nama ape kak?"

"Mariam Azzahra. Medina asal mane?"

"Saya orang Putrajaya. Kawan dengan Mikael dari sekolah menengah lagi. "

"La ye ke. Akak orang Shah Alam. Kahwin dengan sepupu Mika lepastu menetap sini. Abang zahid kerja dekat sini so akak pun pindah kerja dekat sini. Takkan nak tinggal berasingan kut. Medina belajar lagi ker?"

"Haa aa. Sama dengan Mikael. Belajar dekat United States. Tapi Medina amik medic."

"Ohh bakal Doktor lah nih"

"Inshallah kak. Nak pegang baby boleh tak?"

"Ha amiklah."

Mikael yang baru masuk ke dalam rumah terpegun melihat Medina yang sedang menggomol bayi tersebut. Terserlah sifat keibuan gituh.

"Wahh bakal ibu kepada anak anak aku nanti nih"

"Assalamualaikum kak."

"Waalaikumussalam. Ha Mika baru nampak batang hidung. Dari mane nih. Dah jumpa abang Zahid.

"Dah. Abang Zahid ade kat luar. Tengah tengok khemah untuk tetamu makan."

"Ramai ke kak yang datang." Tanya Medina.

"Ramai la jugak. Kawan abang Zahid kawan akak lepastu jiran tetangga. Mak jemput ramai la jugak. Maklumlah cucu sulong dia."

"Ooo "

"Med, aku nak pegang baby" minta Mikael.

"Boleh caya ke kau nih"

"Kau tak caya aku erh. Meh sini." Mikael mengambil bayi tersebut daripada pegangan Medina.

"Alolo sayang. Meh uncle pegang erhhh."

Erkkkk.

Huwaaaaaaa.

Bayi tersebut menangis. Mikael yang sudah gelabah terus bagi kepada kak Teha.

"Wehh Mika kau cubit baby tu erh. Ishh uncle ape nih. Jahat."

"Ishk mane ade. Aku tak buat ape pun erhhh."

"Takpelah. Akak nak pergi tukar pampers Mariam kejap. Majlis dah nak start dah tu.."

_________

Selesai majlis cukur jambul tersebut Medina terus sahaja membantu maklong membasuh pinggan mangkuk.

"Erhh Medina kenapa ada kat sini lagi. Dah pergi ke depan. Kamu tak makan lagikan."

"Takpelah maklong. Ade sikit jer lagi nih, kejap lagi Medina pergi"

"Eh dah dah. Ramai lagi yang boleh buat. Kamu tuh tetamu dah pergi makan bawah khemah tuh."

Medina terus membasuh tangan dan keluar ke khemah makanan. Dia melihat Mikael yang sedang bercakap dengan seorang perempuan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam"

"Med ni kenalkan sepupu aku, Anis anak makngah."

"Anis"

"Medina"

Mereka berdua bersalaman.

"Doh leni Medina dok belajor mane?"

"Belajar dekat United States. Ade lagi 6 bulan nak abis. Anis belajar dekat mane?"

"Anis dok belajor dekat UnisZA. "

"Oooo"

"Doh takpelah. Medina makang la dulu. Anis nok masuk dalang jap."

"Okay"

"Kau dah makan belum"Tanya Mikael

"Belum. Kau dah makan belum?"

"Belum jugak. Dah jom makan."

Mereka berdua terus mengambil makanan di buffet yang disediakan.

"Kau makan ape tu do"

"Oh yang nih erh. Yang nih kerabu jantung pisang. Sedap tau. Nak amik try." Mikael memberi sedikit kerabu jantung pisang pada Medina.

"Eee. Tak sedap lah. Pahit. Macam mane kau boleh makan."

"Ha tu lah kau. Aku tekak orang kampung. Kau tu tekak orang bandar. Makan makanan Western jer."

"Eh mane ade erh. Aku ada kampung dekat Johor tau. Ha lepastu kau punya loghat Terengganu pergh kuat gila sia. Aku pun tak paham kau cakap dengan tok ki kau."

"Dahlah. Cepat makan. Lepasnih kita nak pergi jalan jalan ronda kampung. Kau pandai bawak motor tak?"

"Pandai. Tapi takde lesen. Aku buat lesen kereta jer. Lesen motor tak buat sebab baba taknak aku merempit"

"Okay cun"

_________

"Nenek tokki kitorang pinjam Moto okay" mintak Mikael.

"Moto dalang basal. Amik kunci dekat kabinet tuh. Bawak molek muto tuh."

"Okay nek"

Medina mengambil motor scutter nenek manakala Mikael mengambil motor Honda lama tokki nya. Katanya menggamit memori.

Mereka meronda sekitar kampung tersebut.

"Med kau nak makan ais cendol atau ais kacang."

"Ais cendol." Medina sedikit menjerit sambil matanya bersinar sinar teringinkan cendol.

"Okay jom."

Mereka berdua terus menunggan motosikal tersebut ke kedai berdekatan.

" Abang mang ais cendol dua" jerit Mikael lalu terus duduk di meja yang kosong.

"Ai Mikael. Doh la lame doh tok balik kapung lepastu balik bawak gewe pulak. Kelah mung."

"Mane ade la bang mang. Anak angkat papa nih. Sotong celup tepung ade dop?"

"Ade belake. Mung nak mende lagi."

"Kau nak makan ape Med?"

"Aku nak sotong celup tepung lepastu keropok lesong. Lesong erh?"

"Losong lah sial. Hahahahha"

"Ha tu jer bang. Buat due orang makang"

"Tunggu jap erh"

"Best arhhh kampung kau. Dahla dekat pantai. Kejap lagi kita pergi pantai nak?"

"Okay. Nanti aku bawak kau pergi port baik punya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience