Pagi pagi lagi Medina bersiap untuk ke tempat kerjanya. Selepas sahaja solat subuh berjemaah dengan Imran, dia terus masuk dapur untuk buat breakfast. Kejap lagi kebulur abang dia tinggal sorang sorang dalam rumah.
"Abang, Dina dah nak pergi kerja nih. Okay jer kan duduk rumah sorang." Tanya Medina sambil menggoncang abangnya yang masih mamai dalam tidur.
"Ha pergi jelah dik. Tahulah abang cari sesuap makan nanti."
"Dah, Dina dah buat breakfast untuk abang. Nanti abang bangun makan la yer. Dina gerak dulu tau. Malam nanti baru Dina balik."
"Hermm, okay bye take care." Sambil mata tertutup
Imran kalau tidur memang taknak bangun. Medina mengambil tangan abangnya dan terus mencium sebelum keluar rumah. Cutinya sudah habis dan kerja hatus diteruskan.
"Huarghhhhhhh"
Imran bangun sambil membetulkan tulang tulang sendinya. Dia melihat jam di telephone bimbitnya, 11.45 pagi. Patut laa rasa lapar, dah nak masuk tengah hari.
Setelah siap mandi semua, dia ke dapur untuk breakfast. Dilihatnya nasi goreng ayam di atas meja dan siap dengan note lagi. "ENJOY YOUR BREAKFAST". Gelak jer dia dengan perangai adik nya.
Selesai segala urusan di rumah, Imran terus ke tempat yang telah ditetapkan. Ya harini dia ada perjumpaan dengan Mikael.
"Bro, kau kat mana?" Sambil melilau lilau mencari Mikael dalam restoran tersebut.
"Sini" Mikael melambai lambai tangan.
Imran pun meletakkan panggilan dan terus ke tempat tersebut.
"Order?"
"Mango juice only"
"Thanks"
"So kenapa kau nak jumpa aku nih" Tanya Mikael
" It's about Medina. Kau tahu kan dia ada penyakit."
"Yup, totally know about her illness plus about her improvement in her health. Sorry bro, bukan niat taknak bagi tahu tapi kau tahu kan dia macam mana?
"Ya aku tahu Medina macam mana. Aku bimbang Mika, dia dahla jauh daripada orang lain. Sorang sorang pulak tuh. Kang jatuh sakit nanti"
"Aku pun rasa benda yang sama Im dan aku rasa aku nak confess satu perkara dekat kau."
"Kau pehal sial. Kau gay ke sial"
"Aku tahu halal haram la bodoh." Mikael menepuk bahu Imran.
"Dengarlah nih, aku totally in love dengan Medina. Daripada first time aku jumpa dia lagi aku dah jatuh cinta dengan Medina but aku pendam sebab aku taknak ruin kitorang punya relationship"
"So, pehal kau confess dekat aku. Pergi jumpa Medina cakap dekat dia. Aku percayakan kau Mika dan aku yakin kau mampu bahagiakan dia."
"Thanks Im. Inshallah aku akan lamar dia sebagai isteri aku. Kalau boleh aku nak kitorang kawin sebelum dia operation nanti. Aku nak jaga dia waktu dia sihat, waktu dia sakit. Tapi aku nak kitorang nikah gantung dulu. Inshallah bila dah stable kitorang akan berterus terang."
"I'll always behind you Mika. Inshallah aku sanggup jadi wali dan saksi untuk adik aku."
"Thanks Imran. Aku harap kau akan jaga rahsia nih. Aku janji aku akan jaga Medina dengan sebaiknya. "
Share this novel