Mereka berenam berkumpul di rumah Mikael sebelum bertolak ke FRIM, Kepong. Medina telah membuat sedikit research tentang FRIM, Kepong. FRIM merupakan hutan simpan yang dijaga oleh Jabatan Perhilitan dan Perhutanan. Sesiapa yang melakukan pembalakan haram atau menceroboh hutan di FRIM akan dikenakan tindakan undang undang di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 .
"So korang dah ready ke nak masuk hutan. Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai ke first check point. Korang semua akan akan set up khemah dekat check point kedua." Terang komander hutan tersebut
"Baiklah tuan"
Kumpulan mereka membawa dua biji khemah. Sebiji untuk kumpulan perempuan dan sebiji untuk kumpulan lelaki. Segala kelengkapan telah dibawa selengkapnya. Mereka juga membawa makanan seperti roti Gardenia, sardin, tuna dan kaya sahaja. Dalam hutan tak perlu makan seperti di kedai. Hanya untuk mengisi perut sahaja.
"Perempuan semua korang duduk dekat depan. Biar kitorang dekat belakang." arah Mikael.
Mereka memulakan perjalanan dengan serangkap doa. Sepanjang perjalanan mereka ditemani dengan bunyi air terjun serta bunyi serangga dan beburung.
"Cantikkan alam semula jadi nih. Aku rasa rugi gila doh sebab tak pernah terokai keindahan Allah nih." Terang Medina
Mereka semua berhenti rehat di check point pertama selama 15 minit sebelum meneruskan perjalanan.
"Akhirnya sampai jugak. Letih weh Jalan kaki dua jam." Adu Alia
"Tu la engkau orang suruh joging petang petang tak nak. Asyik terperap dekat rumah je. Hadap laa phone dan Korean drama kau tuh. At least stamina kau baik. Betul tak Med?"
Alia hanya tersenyum sumbing manakala yang lain hanya galak mengetawakan Alia.
"Jomla kita set up khemah. Dahla nak petang dah nih. Nanti gelap pulak." Ajak Fikri.
Seusai mereka menyiapkan khemah, mereka semua menunaikan solat maghrib berjemaah. Mereka hanya mengenakan pakaian yang menutup aurat sahaja memandangkan keadaan yang terdesak. Selepas itu mereka makan makanan yang dibawa seperti roti sardin. Makanan itu sudah cukup untuk mengalas perut sehingga pagi esok.
"Korang jom main Truth or Dare nak tak?" Ajak Rafiq.
"Tak nak la aku. Malam malam nih mesti korang suruh buat benda pelik pelik kan. Korang mainlah aku tengok aje." Kata Medina
"Tak syok laa Medina. Kita datang nak enjoy tau tak. Jomla main. " Ajak Mikael .
"Herm ye lah."
Mereka pun memusingkan botol air dan ia tepat menuju ke arah Medina.
"Ha turn kau weh. Cepat kau nak truth ke dare."
"Ape nih aku tak nak laaa."
"Tak boleh! Rules is rules. Cepat"
"Dare"
"Okay sekarang kau tangkap kelip kelip 5 ekor." Arah Fikri.
"Okay lah"
Medina terus bangun untuk menangkap kelip kelip. Dia juga takut sekiranya tertangkap serangga yang lain seperti lipas ataupun kumbang tanduk kerana dia phobia terhadap dua jenis serangga tersebut.
"Okay semua boleh masuk tidur. Hari dah lewat malam." Arah komander hutan tersebut.
"Alaaa. Baru satu round kita main we. Dah nak masuk tidur dah." Kata Alia
"Okay la jom masuk khemah. Bahaya la malam malam nih. Korang masuk khemah cepat." Arah Mikael
Mikael dan rakan rakannya hanya memerhati Medina Alia dan Najah masuk khemah sebelum mereka juga masuk khemah untuk tidur.
Keesokan pagi nya mereka bangun awal pagi kerana mereka akan ada akviti iaitu ingin melihat matahari terbit dari puncak bukit. Sesuasai solat subuh mereka terus mendakit bukit hanya ketinggian 30 meter sahaja.
"Ya Allah cantiknya."
" Cantik sangat kan. Jom tangkap gambar."
Medina mengeluarkan DSLR miliknya terus menangkap gambar pemandangan tersebut. Ada juga dia mengambil gambar candid rakan rakannya yang lain. Tersenyum dia melihat telatah Mikael dan Rafiq apabila mereka gayat. Sempat juga Medina mengambil gambar peserta yang lain.
Setelah pulang dari puncak bukit itu Mikael mengajak rakan rakannya untuk memancing. Mereka bertiga membawa alatan memancing kerana sudah menjadi lumrah lelaki minat memancing. Medina dan rakannya hanya memerhati dan bermain air di celah celah batu.
"Med jom main air nak tak? Mandi sungai. Aku tak pernah rasa tau mandi sungai. Lagipun dari semalam kita tak mandi. Cuci muka dan gosok gigi jer. Badan dah bau ape tah ni" ajak Alia.
"Aku takut la Alia. Lagipun mummy aku pesan tak bagi main air. Kau tau la kan air tu kotor and badan aku sensetif."
"Alaa jomlah. Kau tengok nih air dia jernih apa. Tak kotor la. Lagipun air mengalirkan. Jomla."
"Herm ye lah."..
Mereka pun turun ke dalam sungai. Medina sudah lupa akan pesan mummy nya dan terus seronok bermain air dengan Alia dan Najah. Mikael dan yang lain hanya memerhati dari jauh Dan kadang kadang asyik merenung ke arah Medina .
"Weh boys . Boleh tak korang naik dulu. Kitorang dah sejuk nih. Takkan la korang nak tengok kitorang. " Jerit Najah .
Mereka berasa segan untuk pergi ke khemah kerana mereka terpaksa melintasi Mikael Fikri dan Rafiq. Baju mereka yang basah dan melekat pada badan menambah lagi perasaan malu.
"Herm yelah. Jom naik guys . Kita siang ikan nih. Boleh la makan ikan bakar malam nih. Cukup la kita berenam. Nanti boleh la bagi sikit pada yang lain dan komander hutan tuh."
Medina yang kesejukan terus naik dan masuk ke dalam khemah. Dia juga berasa tidak sedap badan apabila mereka berendam dalam air selama tiga jam.
"Korang jomla makan. Aku dah siapkan makanan nih. Ada ikan bakar sekali." Jerit Mikael mengajak budak perempuan makan.
Dia hairan kerana semasa solat maghrib pun mereka bertiga tidak keluar dari khemah.
"Mika korng makan la dulu sebab Medina demam. Badan dia panas gila." Kata Alia
"Medina demam??"
"Ha aa. Maybe sebab lama sangat berendam dalam air kot."
"Okay takpe lah."
Mikael berasa amat risau kerana Medina selalu sahaja sakit dan demam. Selepas habis SPM sahaja Medina telah banyak kali demam.
"Med kau okay ke nih. Teruk sangat kau nih. Dah menggigil dah aku tengok. Kitorang bagi tahu komander erh."
."Tak payah la. Aku okay jer. Sikit jer ni. Maybe sebab sejuk main air tadi tak hilang lagi kut."
"Alia Najah Medina. Kitorang datang nih. Kitorang bawak makanan untuk korang."
Najah keluar untuk bertemu mereka bertiga.
"Macam mana Medina? Nih makanan untuk korang. Ubat Panadol nih bagi Medina dan tampal sekali dengan Cool Fever nih. Nasib baik aku terniat nak bawak." Terang Mikael.
"Medina menggigil sejuk jugak. Alia tengah jerang kepala Medina dengan air. Thanks tau." Ujar Najah.
"Med jom makan. Pastu makan ubat. Sikit pun jadilah. Nanti tampal Cool Fever ni okay. Tadi Mika bagi."
" Erm okay."
Selepas makan mereka pun tidur kerana esok selepas subuh mereka akan bergerak pulang.
__________
"Pagi Med. Kau dah sihat belum. Kita nak gerak balik dah nih. Kang ada yang pitam tengah jalan." Tegur Mikael
"Aku dah sihat laa. By the way thanks sebab bagi ubat dengan Cool Fever semalam Tau."
"Welcome. Dahla jom gerak. Nanti lambat pula sampai."
Mereka pun bergerak pulang. Banyak kenangan yang dikutip sempena camping tersebut.
Share this novel