"Hello assalamualaikum abang Im."
"Waalaikumussalam. Ye adikku sayang Medina"
"Amboi. Abang Dina nak cakap sesuatu nih but you must keep it secret okay."
"What, you wanna marry right?"
"Ehh lajunya tahu. Ni mesti si Mikael kan bagitau"
"Well kalau nak jadi adik ipar abang kene productive. Tak main lembab lembab nih."
"Hish, acah jer. Abang boleh jadi wali untuk Medina. "
"Ye boleh dik. Abang akan lakukan apa saja untuk kebahagian Dina. You're my everything. Abang yakin yang Mikael adalah yang terbaik untuk Medina."
"Thanks abang and Dina harap abang rahsiakan dulu daripada family. Dina janji akan bagitau diorang lepas semua selesai. Lagipun lemas 2 hari kitorang nikah, Medina akan buat operation. Pihak hospital dah temukan penderma yang sesuai."
"Alhamdulillah. Inshallah semua akan baik baik sayang."
"Amin"
___________________
"Med, aku dah tanya imam masjid dekat sini so dia kata kalau semua urusan dah selesai boleh la kita terus langsung"
Pakk!!
"Hoi awal nau kau nak kawin dengan aku erh" Medina mengetuk kepala Mikael.
"Bukan macam tulah" Mikael menggaru kepala.
"Yelah tu. Oh by the way abang Im datang lagi dua minggu so lagi dua minggu lah kita akan kahwin"
"Oh kalau macam tu lagi la senang. Aku ingat lagi sebulan atau dua."
"Kau memang gatal kan"
"Mana ada"
"So, semua borang apa dah siap kan, kau dah ambik kursus kahwin belum"
"Dah. Dari form 5 lagi aku ambik."
"Awal siot kau ambik"
"Perancangan masa depan"
Medina hanya gelakkan jer dengan perangai Mikael. Memang dia akui yang Mikael sangat komited dengan semua perkara even perkara kecik sekalipun.
_________
Tiing!!
Bunyi mesej masuk.
"Med, kau siap sekarang erh. Kita pergi cari cincin." - Mikael
"What"
Terkejut Medina dengan pesanan yang baru masuk itu. Dia dahla tengah bersantai santai dalam bilik. Baru sahaja nak bermalas malasan seharian.
Mereka terus ke Santori Mall untuk mencari cincin. Hati Mikael berbunga bunga kerana akhirnya kenyataan yang selama ini dia pendam akhirnya menjadi kenyataan.
Aku sayang gila gila dekat kau Medina. Jangan pernah kecewakan aku dan tinggalkan aku.
"So which one do you want baby?" Mikael bertanyakan kepada Medina tentang cincin yang sedang mereka lihat.
"Baby kepala hotak kau." Hempuk Medina pada bahu Mikael.
"Aku nak yang simple jer. Tak payah membazir la Mika"
"Apa yang membazir. Aku nak bagi dekat isteri tercinta aku tau tak? Nih ambil yang nih, cantik sesuai sangat untuk kau. Kulit putih mulus lembut."
"Eee pervert skodeng kulit aku"
Mika, kenapa kau baik sangat dengan aku. Aku tak nak kau terlalu berharap dengan aku yang umur tak panjang nih.
Akhirnya mereka berdua memilih sebentuk cincin yang hanya bertatahkan berlian kecik berwarna silver. Begitu juga Mika yang memilih cincin lelaki yang berwarna sama dengan Medina.
Mikael menghantar Medina pulang ke rumahnya.
"Med tunggu sekejap, aku nak cakap sesuatu." Ujar Mikael sebelum Medina memasuki rumahnya.
"Yup, apa?"
"Aku harap kau tak menyesal kahwin dengan. Sumpah Medina, aku cinta kau sepenuh hati aku. Aku akan jaga kau sepanjang hayat dikandung badan. Aku janji aku setia, aku jaga kau."
Medina yang mendengar hampir menitiskan air mata. Terharu dengan setiap bait kata daripada Mikael.
"Yes Mika. Aku percaya kau, and aku harap kau tak mungkir janji kau. Kau akan jaga aku kalau aku sakit. Tapi aku harap kau tak terlalu mencintai sebab aku takut, umur aku tak panjang and it's the worst thing ever that I have to think."
"Med, umur jodoh semua dekat ketentuan Tuhan Med. Percaya pada takdir Allah."
"Inshallah Mika. Thanks"
Medina terus masuk ke dalam rumah dan Mikael juga pulang ke rumahnya. Hanya takdir menentukan mereka berdua.
Share this novel