" Assalamualaikum mummy! Mummy dengan baba sihat?"
"Ya Allah Medina . Rindu nya mummy dengan kamu. Dah lama kamu tak call mummy ye. Kami sihat sayang. Kamu sihat Dina?"
"Dina sihat mummy."
Medina menahan sebak. Dia tak sanggup untuk bercakap dengan mummy dengan keadaan yang sebegini. Keadaannya mula surut. Dalam 1 tahun sahaja beratnya sudah berkurang 10kilo. Kalau mummy dia tengok mesti mummy dia risau.
"Medina kenapa senyap nih?"
"Erh takpelahh mummy. Medina dah lewat nih nak ke class. Mummy pun dah lewatkan nak tidur. So kirim salam sayang dekat abang abang dengan Baba. Cakap dekat diorang yang Medina sayang dan rindu sangat."
"Okay sayang. Mummy pun sama. Jaga diri baik baik. Assalamualaikum"
Puan Melina hairan kerana suara anaknya tidak seceria seperti selalu. Kelihatan sugul sahaja.
Selepas memutuskan panggilan dengan mummy nya dia mengahamburkan tangis di tempat tidur. Kebelakangan ini sakitnya semakin kerap dalam seminggu sahaja dada dia rasa sesak dan sakit kepala yang amat.
_________
"Hai Med. Kau tengah buat ape."
Mikael menelefon Medina untuk bertanyakan khabar.
"Aku tengah break kelas nih. Kau takde kelas ke hari ni. Aku nak solat jap."
"Takde class hari ni. So macam mana perkembangan kesihatan kau. Pergi check up ke tak?"
"Pergi laa Mika. Aku tak lupa laa pesan kau. Ubat pun aku makan yer."
"Yahhh. That's my girl. Dahla aku nak gerak dulu. Nak pergi makan. Kalau ada apa apa kau jangan lupa call aku tau."
"Okay lah bye."
Medina memutuskan talian.
Thanks Mika sebab kau sudi ambil berat pasal aku. Tanpa sokongan kau aku rasa aku tak tau aku mampu ke tak nak terus hidup.
_______
"Hello assalamualaikum. Maaf Medina ade dekat dapur." Ujar Farah setelah mengangkat telefon Medina yang sudah banyak kali berbunyi.
"Oo. Boleh panggil dia sekejap tak. Cakap abang dia call." Terang imran.
"Okay baiklah"
"Medina!! Ade orang call nih. Phone kau dah banyak kali bunyi. Dia kata dia abang kau" Farah menjerit di tepi corong telefon.
Tergelak imran dengan telatah housemate Medina apabila menjerit. Dahla tak percayakan aku.
"Kejap"
Medina terus bergegas ke ruang tamu.
"Hello abang Im!!!"
"Assalamualaikum dik."
Bukk. Kena sebujik dengan abangnya.
"Hehehehe. Waalaikumussalam abang. Abang sihat?"
"Abang sihat je Dina. Awak tu sihat ke tidak? Dina tuh dah la jauh daripada kami."
"Dina sihat lah abang im. Mummy dengan baba mane? Abang id kerja ker?."
"Mummy dengan baba keluar ke rumah uncle Azhar. Abang id kau sekarang dik dah pandai dating tau. Dia dah ade awek tau tak?"
"Abang id muka sengal tuh ade awek. Haahhaha. Story la abang"
"Nama dia Amanina. Kau nak tau dik yang mummy dengan baba dah merisik kak Amanina tuh. Inshallah hujung tahun ni diorang akan tunang. Tapi abang Id tak heboh pada orang lain lagi. Family kita jer yang tahu."
"Oooooo. Tak sabarnya nak dapat anak buah"
"Haipp kau nih Dina. Abang kawin pun tak kau dah berangan nak dapat anak buah. Ha Dina bila kau nak balik dik?"
"Tak tahulah bang. Sekarang ni Dina busy sikit. Dah masuk tahun kedua kan. Dina pun tak sabar nak balik rumah. Maafkan Dina erh sebab dah lama tak balik. Nasib baik Raya tahun lepas family datang beraya dengan Dina even tahun ni Dina Raya sorang sorang. Almaklumlah orang pagi Raya makan ketupat Dina pulak pagi Raya hadap paper exam." Sob sob.
"Hahahhahaahhaha. Tulaa Dina nak belajar jauh jauh. Okay laaa abang nak pergi jumpa client jap. Nanti apa apa abang call okay. Bye"
"Bye"
Imran kini bekerja sebagai architect di sebuah Syarikat di Kuala Lumpur. Dia memilih untuk bekerja dengan orang lain walhal babanya juga mempunyai sebuah firma kejuruteraan. Katanya ingin mencari pengalaman terlebih dahulu sebelum menabur bakti di syarikat babanya.
Idrus pula banyak menggantikan tempat babanya sekira terdapat mesyuarat yang besar dan dia merangkap pengarah urusan Syarikat.
_______
"Weh Mika kau apesal muka macam nasi basi sial? Ade masalah ke?" Tanya Amirul coursemate nya.
"Takdelah. Aku teringat dekat family aku dekat Malaysia. Rindu weh. Dah hampir 2 tahun gak kita tak balik. Setiap Kali Raya mesti ada final exam. And tiap kali cuti semester mesti ada assignment yang bertimbun."
"Sorry Mika alasan kau tak menepati dengan muka kau okay. Aku boleh baca la air muka kau. Kau nampak macam risau. Kau sakit ke?"
"Bukan aku yang sakit Rul tapi kawan aku. Dia ade cancer hati tahap dua dan sepanjang dia ade dekat United States nih dia tak amik apa apa rawatan kau tak. Dia hanya bergantung pada ubat."
"Serious la weh. Cancer dohh. Bukan demam ape. Laki ke perempuan.?"
"Perempuan. Medina nama dia. Dia kawan baik aku sejak form 5."
"Kejap kejap. Ye ke kawan . Bukan makwe kau?"
"Bukan arh sial. Kawan jelah. Kau nak aku hempuk dengan buku tebal nih. Dahla jom pergi library. Aku nak study pasal engine. Next class kita nak belajar pasal hydraulic engine kan? Jom"
________
Medina yang baru keluar daripada tandas rasa tidak senang duduk. Kepalanya tiba tiba berpusing dan perutnya rasa senak. Rasa yang tak boleh digambarkan. Sakit.
Dia terus menekan bahagian kanan perutnya. Air mata yang ditahan terus keluar. Dia mencari cari ubatnya di dalam laci meja.
"Farah! Farah! Tolong aku." Jerit Medina. Ya Farah sudah mengetahui penyakit yang dialami olehnya disebabkan terlihat botol ubat Medina yang tercicir di dapur.
Sebagai pelajar perubatan sudah semestinya dia tahu nama dan jenis ubat.
"Ya Allah Medina. Muka kau pucat habis nih. Darah dah keluar dari hidung kau. Jom aku bawak kau ke hospital."
"Taknak. Esok kitakan ada test. Aku taknak terlepas. Kau tolong cari ubat aku dalam laci."
"Kau nih asyik makan painkiller jer. Makan la ubat yang Doktor bagi tuh."
"Tak boleh Farah. Ubat tu buat aku hilang selera makan and badan aku akan susut. Macam mana aku nak terangkan pada family aku kalau mereka tanya. Aku tak sanggup nak tipu banyak banyak." Medina menangis.
"Please Dina. Makan ubat dia, bukan painkillers"
"Tak nak. Aku tahu macam mana diri aku. Sorry sebab susahkan kau. Lain Kali aku takkan suruh kau lagi." Sambil menangis
"Tak Medina. Kau tak susahkan aku. Kau jer yang aku ada dekat sini. Tak pelah kau rehat dulu. Nanti apa apa kau panggil aku."
Mujur sahaja hujung minggu. Mereka hanya lepak di rumah sahaja. Memandangkan Medina kurang sihat.
"Aku harap kau sabar Med. Aku sayang kau "
Share this novel