chapter 13

Romance Series 7333

Hari yang amat memenatkan buat Medina dan Farah. Daripada pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Badan yang amat letih membuatkan mereka berdua terus tidur .

Pukul 12 tengah malam tiba tiba telephone Medina berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dengan keadaan yang mengantuk Medina jawab panggilan.

"Assalamualaikum ni siapa."

"Waalaikumussalam. Ha! Adik ni abang kau lah. Abang id"

"Abang id!! Ya Allah lama tak dengar suara abang. Dina rindu abang tau " hilang terus kantuk nya

"Dah tahu rindu apesal tak call. Nih abang nak tanya boleh balik tak hujung tahun nih. Kalau tak balik tak merasa lah kau nak jumpa bakal kakak ipar kau dik."

"Abang Id!! Ye ye Dina balik lah. Tapi tak janji tau. Inshallah Dina akan cuba kalau tak busy. Sekarang nih assignment tengah melambung banyak. Okay"

"Okay. Kalau kau balik abang akan tanggung kau punya tiket flight. So semua ditanggung beres. Nanti roger abang balik okay."

"Okay abang. Takpelahh. Adik nak tidur nih. Esok ada kelas. dah lewat malam nih."

"Oh okay. Abang lupa yang kau tuh tengah malam. Sini baru pukul 10 pagi. Okay la bye. Jaga diri baik baik tau."

"Okay bye abang."

Medina mengeluh. Macam mana dia nak balik dengan keadaan dia yang kadang kadang sakit. Badannya juga sudah banyak susut. Muka dia kalau tak letak sedikit basic make up mesti orang akan tegur sebab pucat sangat.

_________

"Farah nanti kita cuti 2 minggu kan hujung tahun nih. Jom balik Malaysia.

Aku nak ajak kau datang rumah aku nanti. Abang aku nak tunang. Kau pun duduk dekat Cheras jer kan. Dekat lah dengan rumah aku."

"Haa laaa. Lagipun dah lama aku tak balik. Last balik tahun lepas. Boleh gak. Abang kau yang mane nak tunang.?"

"Abang aku yang sulong. Idrus Firhad. Tapi kalau kau nak try market abang aku yang kedua Imran Izhad pun boleh gak.."

"Eh menyampah la aku nak layan kau nih. Tengok cartoon lagi best."

Ada ke kenakan aku si Medina nih. Huh!

Medina tergelak sakan melihat muka merah Farah. Seronok dia mengenakan rakan baiknya. Dia berlalu ke biliknya until menelefon rakan baiknya. Ilman Mikael.

__________

"Assalamualaikum Mika"

"Waalaikumussalam, Med. Ya apesal kau call aku nih. Kau ada sakit ke apa? "

"Eh mana ada lah. Kau ni bimbang sangat lah pada aku. Ni aku nak ajak kau balik Malaysia hujung tahun nih. Kau free tak.?

"Hujung tahun ni aku cuti semester so free lah kut. Mane tau lah ada assignment banyak ke. Apasal nak ajak balik Malaysia nih?"

"Ohh. Abang aku nak tunang. Idrus Firhad. So jomlah kita bercuti cuti 1 Malaysia. Kau kan dah lama tak balik"

"Hahahah cuti cuti 1 Malaysia konon. Boleh lah kut. Nanti aku roger kau okay."

"Tapikan Mika. Aku bimbang doh. Dengan tahap kesihatan aku nih. Aku tak nak laa diorang tahu."

"Okay yang tu kau jangan risau. Kau balik jer Malaysia aku akan suruh bapak aku link terus dengan kau. Kau tu jaga la elok elok kesihatan kau. Ni tak, ubat kau skip makan. So macam mana nak sihat."

"Alah. Bising sial kau nih. Aku tahulah."

"Aku nasihat kau carut aku. Dengar baik baik. Jaga kesihatan tuh. Okay la aku letak dulu."

"Okay thanks Mika."

__________

Medina memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah yang disampaikan oleh pensyarahnya iaitu topik yang berkaitan dengan kanser, pembunuh secara senyap bagi jutaan manusia di bumi.

" Patient with chronic liver disease as well as anaemia were 3.01 times more likely to develop derangement. Our study show that patient with anaemia in addition to chronic liver disease are more prone to develop join derangement"

Zassss. Medina terkesan dengan kenyataan tersebut. Farah terus menggenggam tangan Medina.

"Sabar ya babe"

"Hey girls up there. Please pay your attention when I give you the lecture" tegur Madam Ann

" Madam can I ask some questions" Medina mengangkat tangan until bertanyakan soalan.

"Yes you can"

"Base on the medical theory how long the cancer survivor can survive for their life if they on their last stage?"

"Well Medina. The medical theory can predict the life expectancy but we can believe the miracle. We can put thrust on our God right?"

"Okay thanks madam"

"Okay, we dismissed our class here. You can submit your assignment before 2 p.m. tommorow. Please email to me okay."

Medina dan Farah terus ke Masjid Salehudin, 500 meter sahaja daripada kolej nya untuk menunaikan solat zohor. Mujur sahaja masjid tersebut dekat dengan kolej kerana kolej mereka tidak menyediakan surau untuk pelajar Muslim.

Seusai solat, mereka berdua terus ke Subway untuk makan tengah hari. Nasib sahaja Subway merupakan restoran fast food. Boleh la mereka makan sandwich dan air bergas. Kalau mereka ingin makan makanan yang berat terpaksa lah mereka berdua memasak dirumah.

___________

Hari yang memenatkan buat Mikael dan Amirul. Mereka yang keletihan terus pulang ke rumah. Selepas sahaja sesi kelas terakhir pada hari ini iaitu pukul 3 mereka terus menyambung aktiviti ko kurikulum iaitu harus memenuhi syarat kredit setiap sem.

Mereka berdua merupakan atlet kolej bagi fakulti kejuruteraan automotif. Harini sahaja ada dua perlawanan antara fakulti. Mereka bermain bola keranjang.

Siapa sahaja yang taknak ambil Mikael dan Amirul kerana mereka berdua mempunyai ketinggian 178 dan 176 cm. Cukup tinggi bagi seorang pemain bola keranjang. Pukul 7 petang baru mereka sampai ke rumah.

"Mika kau tak nak keluar makan ker? Aku dah lapar nih." Ajak Amirul

"Taknak la wehh. Aku letih gila sial. Aku nak tidur jer nih. Kalau kau lapar kau amik jer lahh Maggi dalam kabinet tuh. Belambak lagikan." Arah Mika

"Okay lah. Kau nak ke tak Maggi nih. Aku nak masak."

"Nak. Masak untuk aku sekali."

Kemudahan untuk memasak amat lengkap. Tahun lepas semasa Puan Intan dan Encik Azhar datang ke Standford mereka membeli segala periuk kuali untuk anak tunggal mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience