"Ni malaun mana yang sepahkan meja aku nihhh. Sial punya orang. Mentang mentang aku tak datang dua hari jadi sesuka suki mak bapak kau jer erk."
Medina mengamuk awal pagi kerana meja dia terdapat beberapa buah buku yang bukan dia punya..
"Apesal dohh babe?" Tanya Alia.
"Ni ha meja aku habis bersepah. Aku dah la pantang,"
"Babe kau nak tau tak yang meja depan kau nih dah ade penghuni tau. Kau takkan percaya punya laaa. Bapak hensem siot mamat tuhh. Dia dari sekolah Sains Alam Shah kau tak. Dah la ketua pengawas weh."
"Ye ke? Apesal hah dia pindah sini. Kena tendang ke hahahahah?"
"Tak lah dia pindah sini 2 minggu lepas. Ayah dia kene transfer kat sini."
"Ooooo."
Medina meletakkan beg sandangnya dia atas kerusi sambil mengemas mejanya.
Kelasnya juga beransur dipenuhi oleh rakan rakan yang lain memandangkan 20 minit lagi kelas akan bermula. Tiba tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali duduk dihadapannya.
Sebagai pelajar yang berhemah dan terlampau ramah Medina menegur lelaki tersebut dan alangkah terkejut nya dia.
"Kau"
"Kau"
"What the heck, apesal kau cakap sama dengan aku" Tanya Medina
Medina tidak menyangka yang Mikael yang dijumpanya tempoh hari akan bertemu balik..
"Hai aku Mikael, I think we had known each other right? So macam mane kaki kau? Dah okey"
"Ermm dah okey la sikit, macam mana kau boleh pindah sini hah? Lagipun dalam 3 bulan lagi kita akan SPM. Kau tak rasa sayang ke tinggalkan sekolah lama kau."
"Aku pindah sebab family aku pindah sini lahh, ayah aku kena transfer hospital so aku pun pindah laa. Takkan aku nak duduk sana sesorang. Sebab tu la aku terlanggar kau. Aku mana la tau jalan area nih."
"Ooooo"
Tiba tiba datang dua orang pelajar tingkatan empat membuat pengumuman bahawa Badan Wakil Pelajar diminta untuk ke bilik mesyuarat pada waktu rehat.
Medina yang mendengar pengumuman tersebut berasa pelik kerana perjumpaan Badan Wakil Pelajar hanya diadakan pada hari Rabu minggu kedua sahaja tapi hari ini adalah hari selasa minggu pertama..
"What the heck! Apesal doh ade perjumpaan harini. Ameer apesal cikgu Ilmi nak buat perjumpaan harini?"
"Mana laa aku tahu sebab aku tak dapat apa apa information."
Sedang mereka khusyuk bercakap tiba tiba ustazah maimunah masuk.
"Okey kelas harini kita akan pelajar topik baru iaitu bab perkahwinan"
"Oooooooooo" semua pelajar bersorak kerana topik tersebut adalah topik terhangat bagi pelajar tingkatan Lima.
"Ustazah dengar dalam kelas ada pelajar baru. Mungkin boleh bagi sedikit taaruf sebelum kita memulakan pelajaran kita harini?"
Mikael pun bangun dan menerangkan tentang dirinya sebelum berpindah ke sekolah sekolah tersebut. Pelbagai soalan yang ditanya oleh ahli kelas mereka dan ada juga yang menyakat Mikael .
Ahli kelas yang lain mudah menerima Mikael dan menganggap Mikael sebahagian yang lain. Begitu juga dengan Medina turut menerima Mikael sebagai kawan.
Pada waktu rehat Medina dan rakan rakannya yang lain yang merupakan Badan Wakil Pelajar ke bilik mesyuarat untuk menghadiri perjumpaan tersebut dan apa memeranjatkan mereka adalah Mikael juga berasa dalam bilik tersebut sedang elok bercakap dengan Cikgu Ilmi..
Tambah tambah lagi dia sesedap cipanzi duduk atas kerusi Presiden Badan Wakil Pelajar iaitu Fariq Aiman..
"Apedoh budak baru tu buat dalam bilik mesyuarat, dahla sekarang ni meeting BWP. Dia nak menyibuk tu apesal.."
"Okay guys. Semua dah ada kan dalam bilik mesyuarat ni. Mesti korang tertanya tanyakan apesal cikgu buat meeting board nih. Seperti yang korang semua tahu yang our Presiden Mr Fariq Aiman dah pindah kann? So kita akan melantik Syed Ilman Mikael sebagai our Presiden memandangkan dia dahulu pun Mr Presiden dekat sekolah lama dia. So any bantahan daripada kamu semua??"
"Takde cikgu"
"Jadi kamu Medina as vice President tanggungjawab kamu adalah memastikan segala selok belok urusan sekolah diketahui oleh Mikael. Mikael kalau ada apa apa yang kamu tak tahu boleh tanya Medina. Dia adalah senior terhormat sekolah nihh. Anak emas cikgu ni"
"Baik cikgu"
"Baik cikgu"
"Kalau macam tuhh meeting kita dismiss."
Semua Bwp lelaki berjabat tangan dan mengucapkan tahniah kepada Mikael. Medina turut mengucapkan tahniah kepada Mikael.
"Med! Med! Tunggu aku jap. Aku nak tanya kau nih."
"Hermmm apesal wehhh. Kita kena cepat tau.. Kejap lagi masa cikgu Aminah. Kau nak dia mengamuk satu kelas sebab masuk lewat."
"Aku nak tanya nih. Apesal stor belakang surau tuh waktu rehat aku bunyi something weird? I mean bunyi macam budak budak tengah gaduhh?"
"Ohhhh. Tu port Akim and the gang lepak. Aku sure kau tak kenal lagi diorang.. Diorang tu bapak segala kejahatan tau. Presiden kitorang pun dia pukul. Jadi better kau jangan amik campur pasal diorang. Aku nasihat kau awal awal"
"Ermmmm kalau macamtu okay ahhh.Kalau apa apa aku tanya kau erh.."
Setelah seharian sesi pembelajaran pun habis. Medina cepat cepat mengemas segala barang barang nya untuk pulang ke rumah kerana perutnya dah berkeroncong. Mikael yang terlihat Medina terus mengejar Medina untuk pulang bersama.
"Med, nanti kau ajar laa aku tentang selok belok pentadbiran dan all those yang berkait rapat dengan pelajar erh. Kau maklum la aku ni takde kawan and tak kenal lagi surrounding sekolah kan."
" Okay Mikael. Nanti kalau ada apa apa yang kau tak tahu kau boleh roger aku. Ok lah baba aku dah datang"
"Okay bye Med"
Dan Medina dan Mikael pun berlalu pulang ke rumah.
___________________
" Oi perempuan, kau kan yang lapor dekat Cikgu Zalif tentang kitorang. Kau ni memang cari pasal lah betina."
Akim menolak Medina setelah memaki hamun Medina. Dia puas kerana dapat membalas dendam terhadap Medina kerana Medina telah melaporkan kegiatan jahatnya.
" Hei, apesal kau tolak perempuan doh. Tak gentle langsung jadi anak lelaki." Marah Mikael apabila melihat kejadian tersebut ketika dia melalui kawasan tersebut.
"Takpe Mika, aku dah biasa dengan mamat sengal nih. Lagipun bukannya sakit sangat. Biarlah dia nak buat apa pun. "
"Oi Mikael kau tu budak baru sekolah nih and kau jangan nak berlagak sangat. Perangai kau pun tak semengah, ada hati nak tegur kitorang."
"Akim!!"
"Kau jangan kurang ajar sangat erh. Kau bercakap dengan president sekolah ni tau tak. Ade rasa hormat sikit dengan pemimpin. Perangai cam sial." Kesabaran Medina semakin menipis
"Dahla Mika jom blah dari sini. Layan mak cik cleaner lagi best daripada layan malaun nih"
"Jaga kau Medina" adu Akim.
Share this novel