Chapter 8

Romance Series 7333

Kini sudah hampir 3 bulan selepas SPM. Kehidupan selepas SPM bagi pelajar tingkatan 5 amat membosankan. Jika dulu mereka menanti bila sesi persekolahan akan habis tetapi kini kehidupan itu amat membosankan. Tinggal seminggu sahaja lagi Keputusan SPM akan keluar. Perasaan berdebar debar Tak dapat dibendungkan lagi.

????

"Dina nak ikut mummy  pergi pasar tak?" Tanya Puan Melina

"Tak nak la mummy. Perut Dina sakit laa. Maybe masuk angin kut. Rase senak dekat bahagian kanan tulang rusuk."

"Dah jangan lupa minum air halia tau. Kurang sikit kembung perut tuh. Maybe angin la tuh. Lain kali jangn makan lewat tau. Nanti boleh kena gastric. Takpe lah mummy pergi dulu sayang."

????

"Mummy banyaknya masak. Ada gulai lemak Ayam, Ayam masak merah,ikan bakar. Banyaknya, ada orang nak datang ker?"

"Kawan mummy nak datang sayang. Kita lunch sama sama."

Bunyi loceng di luar menandakan orang datang. Medina naik ke biliknya kerana dia tidak menutup auratnya dengan sempurna.

"Eh masuklah Intan, Azhar. Akhirnya sampai jugak kamu berdua dekat rumah kami." Ajak Puan Melina

"Cantik rumah kami berdua ya. Oh lupa kenalkan anak tunggal kami berdua, Ilman Mikael. Mika salam uncle dengan aunty." Puan Intan memperkenalkan anak tunggalnya.

"Tinggi anak kamu berdua ya. Serupa bapaknya la ya."

"Sunyi je rumah kamu ye Amir. Anak anak mane?"

"Anak sulung Saya biasalah kerja. Kalau tak kerjapun keluar lepak dengan rakan rakan. Anak kedua pula ada group discussion dekat uni. Biasalah mereka dah besar panjang semua. Buat hal masing masing la jawabnya. Tinggal kami berdua dengan anak bongsu kami lah jawabnya kalau hujung minggu macam nih."terang Encik Amirudin

Mikael hanya senyap memerhati kedua ibu bapa mereka bersembang bersama kawan mereka. Biasalah hal orang tua tak boleh masuk campur.

"Assalamualaikum" celah Medina

"Waalaikumussalam"

"Eh kamu Medina . Ya Allah kecik dunia nih. Intan you tau tak ni la kawan anak saya. Patutla bila saya tengok Medina masa datang rumah saya terus teringat kamu. Ade iras iras kamu". Terang Puan Intan.

Medina tidak menyangka yang mummy nya berkawan dengan mama Mikael.

"Hai Mika"

"Hai Med. Tak sangka aku yang parents kita berdua berkawan. So our friendship become more tighten laa."

"Hahahhahaahhaha"

Selepas makan mereka berdua berbual bual kosong di buaian dekat mini garden rumah Medina sementara menunggu kedua ibu bapa mereka siap berbual.

"Lagi seminggu je kan result kita nak keluar. Sedar tak sedar dah lama masa berjalan. Nanti mesti bawa haluan masing masing. Kau nak jadi apa hah.? Tanya Mikael

"Hehehehe. Aku ingat aku nak sambung belajar dalam course perubatan. Aku bangga tengok ayah kau jadi doktor. Boleh berbakti nyawa terhadap masyarakat. Aku nak jadi macam dia. Hah!! Kau pulak nak jadi apa?"

"Aku nak amik course Automotive Engineering. Impian aku, aku nak bina sendiri kereta jenama aku. Amacam power tak?" Mikael mengangkat kening tanda berbangga dengan diri sendiri.

"Alah poyo siot mamat nih."

"Okay lah aku gerak dulu. Ingat jumpa masa ambil result nanti tau."

Seusai bersalam dengan kedua ibu bapa Mikael , Medina terus naik ke bilik.

__________

"Tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Segala pengorbanan yang telah kamu lakukan akhirnya terbalas juga. Buat pelajar yang kurang cerlang mungkin rezeki kamu bukan di sini tapi inshallah di tempat lain. Tahniah sekali lagi Cikgu ucapkan." Ucap pengetua SMK Cyber Jaya.

"Tahniah Medina Mikael sebab dapat straight A. Inshallah cita cita korang akan tercapai" ucap Alia

"Terima kasih Alia. Kau ape kurangnya. Kurang sebijik jer pun A kau. Dah laaa jangan sedih sedih. Jom kita raikan kejayaan kita nak tak.? Esok kita keluar makan bersama." Ucap Medina

"Ha betul tuh. Lagipun dah lama kita tak lepak." Sampuk Mikael

"Boleh laa."

___________

"Mummy Baba Medina dapat straight A. Tak sangka Medina Baba"

"Ya Allah alhamdulillah. Tahniah sayang. Baba dengan mummy bangga dengan pencapaian kamu. So lepas nih nak further study dekat mana. Anak baba kan nak jadi doktor."

"Medina ingat nak sambung belajar kat luar negara la baba. You know that I always want to find the new experience and new environment. Haritu Medina dah isi permohonan untuk course perubatan dekat Amerika Syarikat. Baba nak tahu tak yang anak uncle Azhar, Mikael pun pilih Amerika Syarikat jugak. Tapi dia amik course Automotive Engineering"

"La bagus laa. At least ada yang kamu kenal dekat sana. Inshallah jika kamu berdua dapat dekat sana Tak la risau kami berdua."

_________

Begitu juga dengan keadaan di rumah Mikael. Kedua ibu bapa Mikael bangga dengan keputusan yang diperoleh Mikael.

Keesokan harinya mereka berlima keluar makan di sebuah restoran iaitu Me'nate Stick House bagi meraikan kejayaan yang diperoleh. Pelbagai perkara yang dibincangkan oleh mereka. Perjumpaan itu juga merupakan perjumpaan terakhir bagi Najah apabila Najah terpaksa mengikut krluarganya berpindah ke Sarawak kerana urusan perniagaan ayahnya.

Terdapat drama air mata yang dimana pelakonnya adalah Najah Alia dan Medina . Mikael dan yang lain hanya melihat sahaja adegan tersebut sambil mengertawakan mereka bertiga. Biasalah bagi perempuan apabila berlaku perpisahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience