BAB 9

Romance Completed 22105

“Hanis, tolong aku kemas ini” Syira meminta pertolongan Hanis untuk mengangkat cawan yang berada di atas meja itu. Hanis segera memberi pertolongan sambil tersenyum. “kau ni kenapa? Okay tak ni? ” hairan pula Syira melihat Hanis dari tadi asyik tersenyum-senyum.

Mana lah tahu kot tersampuk budak Hanis itu. “Apa? Aku okay lah..hehe..” “Dari tadi aku tengok kau asyik senyum je. Ada apa-apa ke hari ni?” soal Syira lagi. “Yep! Memang ada ‘something’ pun hari ni” sengaja ditekankan perkataan ‘something’ itu. Hanis hanya tersengih. Syira memikirkan ‘something’ yang dikatakan Hanis itu. “something apa ni? apa yang special sangat hari ini? kucing kau beranak ey..haha, congrats la..beranak jugak si Olaf tu” Syira sesedap rasa sahaja main serkap jarang. Entah betul ke tidak Hanis gembira kerana itu.

“Haha..apa lah kau ini, kucing aku dah beranak minggu lepas. Aku happy untuk kau sebenarnya..” Syira buat muka pelik dan terkejut. “Happy untuk aku? apehal pulak nak happy untuk aku ni? haih tak paham betul lah kau ni..” “Haha..jangan buat muka pelik macam tu lah. You just wait and see..” makin hairan Syira dibuatnya.

“Syira, kau tolong kemas meja kat luar sana. Yang ni biar aku kemaskan eh” ujar Hanis sambil menunjukkan meja hujung di luar sana. Meja itu biasanya diduduki oleh Danial. Syira hanya menurut sahaja. Malas pula mahu bertanya lebih-lebih.

Dia mengelap meja itu walaupun tidaklah kotor mana. Dia berdiri tegak untuk menghilangkan rasa lenguh dan tiba-tiba dirasakan ada kain yang menutup matanya. “Ahh!” terjerit kecil Syira dibuatnya. Dia tidak dapat melihat apa-apa ketika itu. “siapa ini?!” soal Syira sedikit cemas takut juga kalau dia diculik.

“Shh!” Syira terdengar suara seseorang menyuruhnya untuk diam. Sudah lah menutup matanya siap suruh diam lagi. Entah siapa lah yang nak main sorok-sorok dengannya itu. “Just follow my step” dan sekali lagi dia mendengar seseorang itu memberikan arahan kepadanya. Dia seperti pernah mendengar suara itu tetapi otaknya seakan beku untuk berfikir ketika itu. Dia mengikut setiap langkah seseorang itu dengan penuh berhati-hati.

Jika dia tersalah langkah seseorang itu memegang lengannya yang berlapik baju itu dan menarik ke jalan yang betul.

“nak pergi mana ni? boleh bukak tak benda ini rimaslah..” Syira bersuara. Naik rimas jugak bila mata tertutup macam itu. sebaik sahaja dia bersuara langkahnya terus terhenti. Dirasakan kain yang menutup matanya itu dibuka perlahan. Syira membuka matanya perlahan-lahan terasa berpinar sedikit.

Dia sungguh tekerjut dengan apa yang dilihatnya. Dengan belon-belon yang memenuhi di setiap sudut ruang café itu. Dia ternampak ada tulisan tergantung pada dinding itu bertulis ‘Happy Birthday Syira’ baru dia teringat yang hari ini adalah hari lahirnya. Bagaimana dia boleh terlupa tentang hal itu. Dia pantas berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang menutup matanya tadi.

Papp! Danial? “Happy birthday my cute little girl Syira..” ujar Danial bersama senyuman yang cukup menawan. Syira terkejut memikirkan yang menutup matanya tadi dan memegang lengannya walaupun berlapik ialah Danial! Mujur juga berlapik kalau tidak habis Danial dimarahnya.

“Er..thank you Danial. tapi macam mana awak tahu hari ni birthday saya? Saya sendiri lupa sebenarnya..” soal Syira.

“I ask your friend, Hanis. Birthday sendiri pun boleh tak ingat you ni. Mujur I ingatkan you tau…” balas Danial pula. “Hanis? Patutlah…” Syira sudah tahu kenapa Hanis asyik tersengih sahaja tadi rupanya dia sudah berpakat dengan Danial ini untuk buat surprise hari jadinya. Tetapi hanya mereka berdua di situ, kenapa Hanis tidak ikut sekali. Mungkin ini semua Danial yang mahu.

“Patutlah apa?” Danial menyoal. “Eh, takde pape lah” balas Syira sambil menggeleng. “Come here Syira” Danial mengajaknya untuk duduk. Syira hanya mengikut. Dia nampak ada secawan latte yang buihnya dibuat bentuk hati. Sungguh cantik dan berseni. “Awak buat semua ini?” soal Syira ingin tahu. “Yep, do you like it?” Danial berharap agar gadis itu suka dengan apa yang dibuatnya untuk hari lahir Syira.

“Of course I like it! It’s so beautiful you know” ujar Syira teruja. Buah hati buat surprise birthday untuknya tentulah suka. “I’m glad you like it. susah juga nak buat semua ini tau. But for you..anything I will do” ujar Danial bersama senyumannya.

Jantung Syira semakin laju berdegup. Apa maksud kata-kata Danial itu? Tetapi cepat-cepat diusir fikiran yang bukan-bukan. Dia cuma tidak mahu berharap apa-apa pada lelaki itu. Takut dia yang terluka akhirnya.

“Oh, thank you..” balas Syira sepatah. Sungguh dia sukakan kejutan yang dibuat Danial untuknya. “Nah, eat this” Danial menyuakan kek kepada Syira. Syira buat muka blurr “Hah?” “Buka mulut you and eat this” kata Danial sambil tangan masih memegang sudu ke mulut Syira.

“Syira..please jangan melting” bisik hatinya. Dia memandang sudu itu.

“Please..tangan I dah kebas ni” ujar Danial sengaja ingin Syira segera membuka mulutnya. Syira menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya. Sedap dan manis kek itu. Sedap kerana dia bersama Danial kah? Manis kerana Danial yang menyuapnya kah? Dia sendiri tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience