BAB 18

Romance Completed 22109

Syira sedang mengemas meja yang sudah digunakan oleh pelanggan. Dia membawa dulang itu dan berpaling ke belakang. Terhenti seketika langkahnya. Terpandangkan meja yang selalu didudukinya dan Danial itu membuatkan hatinya berasa sayu. Lama dia memandang meja itu. Seakan-akan terbayang saat dia dan Danial meluangkan masa di situ. Dia tersedar ada satu cawan di atas meja itu. Tetapi tiada pula sesiapa duduk di situ.

Lantas kaki dihayunkan ke meja itu. Dilihat ada secawan cappucinno yang masih berasap di situ. Sekali lagi ingatannya kembali kepada Danial yang juga gemar minum air berkafein itu. Hatinya terasa semakin sayu. Dia ternampak ada terselit sekeping kertas di bawah piring cawan itu. Syira mengambil kertas itu. Teragak-agak dia membukanya.

“Come here tonight. Please.. p/s : IMY” Itulah yang ditulis pada kertas itu. Hati Syira rasa sesuatu. Degupan jantungnya berdegup laju. Tetapi, adakah kertas itu untuknya? Atau ditinggalkan untuk orang lain? Dia sendiri tidak tahu. Tetapi hatinya tetap berasa ingin tahu.

Malam yang sunyi dan gelap itu membuatkan Syira sedikit takut. Kebiasaannya café itu dibuka juga pada waktu malam tetapi hari ini cafe itu beroperasi hingga pukul 6 petang sahaja jadi tiada seorang pun yang berada di dalam café ketika itu. Dia sudah mengajak Hanis untuk pergi bersamanya tetapi Hanis ada hal pula katanya.

Dia terus melangkah seorang diri memasuki café itu. Lampu cuma dipasang di beberapa tempat membuatkan keadaan café agak suram dan gelap. Kaki Syira terus melangkah hingga ke suatu ruang membuatkan dia terhenti. Dia ternampak ada beberapa kelopak bunga di atas lantai. Berfikir juga dia dari mana datangnya kelopak itu. Dia mengikut sahaja kelopak bunga yang bertaburan di atas lantai itu hingga kelopak yang terakhir membuatkan langkahnya terhenti.

Di situ dia ternampak sebuah meja yang dihiasi lilin, beberapa jambangan bunga dan kelopak bunga di atasnya. Syira sungguh terkejut dan hairan. Siapakah yang membuat ini semua? Dan untuk siapakah? Dia menghampiri meja itu. Dicium lembut bunga-bunga yang sungguh harum itu. badannya tegak semula apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang. Dan ketika itu, sejambangan bunga dihulurkan kepadanya dari arah belakang. Sungguh dia terkejut. Dia ingin berpaling ke belakang tetapi ada suara yang menghalangnya berpaling. “Just stay, and listen to me” kata suara itu.

Syira tidak berganjak. “First of all, I want to say that I miss you. Second, I’m sorry because I had left you. And third, I want you to know, that I really love you, Syira…” kata-kata itu keluar dari seseorang yang berada di belakangnya. Syira tergamam. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Saat matanya melihat wajah seseorang yang sangat dirinduinya itu, dia kelu untuk berkata-kata. Benarkah apa yang didengarnya? Benarkah apa yang dilihatnya? Orang di depannya itu adalaj Danial! seseorang yang sangat dirinduinya. Dan seseorang yang turut melukakan hatinya dalam diam.

“Da, Danial..” terpacul nama itu dari mulut Syira. “Yes, this is me. Your Danial” ujar Danial tersenyum. Sungguh dia juga amat merindui gadis itu. “Apa awak buat kat sini?” soal Syira yang masih terkejut kerana Danial muncul ketika itu sedangkan dia tahu Danial sepatutnya berada di UK sekarang.

“The reason why I’m here is because I realize that I had lost someone that I really love. And that is you my girl..” ujar Danial penuh ikhlas. Syira masih terkejut dan keliru. “But, your fiancé?” soal Syira lagi.

“Huh, she is not my fiancé anymore. Dia mainkan I selama ni. And too bad I baru tahu pasal ni. But I truly don’t care because I don’t love her, I love a girl that stand in front of me right now” ujar Danial memberitahu hubungannya dengan Amanda sudah berakhir. Dia hanya mencintai gadis itu sekarang.

Syira memandang Danial dengan muka masih tidak percaya. “Syira..I tahu I dah banyak sakitkan hati you selama ni. And I really sorry about that. Now, I want you to know that I love you so much. I rasa dari mula I kenal you I dah suka kat you. Tapi I just ignored that feeling sebab I ingat tu perasaan I aje. Tapi semakin lama perasaan ni macam makin kuat. I always miss you. Perasaan ni tak sama bila I bersama dengan Amanda. Now, I baru sedar orang yang paling I cinta ialah you, Syira” kali ini kata-kata Danial kedengaran sungguh ikhlas dan bersungguh.

Syira seakan tidak percaya apa yang didengarnya itu. Tanpa sedar air matanya menitis. Tidak dapat digambarkan betapa bahagia dia ketika itu. Terbukti sekarang dia tidak bertepuk sebelah tangan lagi. “Hey, don’t cry please” ujar Danial tidak betah melihat Syira menangis.

Syira seperti teragak-agak. “Betul ke kali ni? It’s not an acting right?” Syira masih ragu-ragu. Dia masih teringat waktu dia dipermainkan oleh Danial dulu. Danial sedikit tersenyum “Yes dear, ni bukan lakonan. This is real! Ini semua ikhlas dari hati I” ujar Danial lagi. Syira tersenyum bahagia.

“Thank you Danial for come back and say that you love me too” kata Syira pula. “Anything for you my dear. I will go where ever you go and I want you to stay with me. Forever” Danial tersenyum memandang Syira.

“Forever?” soal Syira. “Yes, forever” balas Danial. Dia tiba-tiba melutu di depan Syira. “Hani Fashira, I am Danial Keith, sincerely, honestly and truly want you to be with me for the rest of my live. Will you be my fiancé and then be my wife?”

Terapcul ayat-ayat romantis itu Dari mulut Danial. sekali lagi air mata Syira menitis. Terkejut dengan apa yang didengarnya. “Yes Danial, I do…I do be your fiancé and wife” balas Syira menahan gembira. Lalu Danial menyarungkan cincin ke jari manis Syira. Terjalinl lah ikatan antara mereka berdua.

“Ehem!” satu suara datang menggangu mereka. “Hanis?” Syira terkejut melihat Hanis juga berada di situ. Hanis bukan datang seorang tetapi ditemani Raykal iaitu pekerja di café itu juga di sebelahnya.

“Ya, aku lah ni” kata Hanis tersengih. “Buat apa sini? Kata tak boleh datang” Syira hairan. “Haha..alasan je tu. aku dah plan dengan Danial sebenarnya. Hehe, sorry Syira” Hanis mebuat pengakuan. Terkejut Syira kerana kawannya itu berpakat dengan Danial

“Yes, Syira. I had told Hanis everything and dia yang tolong I plan ni semua” ujar Danial pula. “Okay..I see. Tapi kenapa kau datang dengan Raykal?” Syira sengaja bertanya soalan maut. Hanis tersengih malu-malu “kau ingat kau sorang aje buah hati” Syira mengangguk faham.

“So Hanis, thanks sebab tolong I untuk propose sayang I ni” ujar Danial. “Ok, takde hal lah” balas Hanis tersengih. Syira tersenyum memandang Danial begitu juga Danial. “Thanks Syira terima lamaran I” kata Danial. “Most welcome my Danial..” kata Syira dengan senyuman bahagia.

“I promise I will love you and take good care of you and always be with you forever until Jannah. No one can separate us except Allah. I love you Syira..” ujar Danial lembut dan penuh ikhlas.Syira sekadar tersenyum bahagia. Tiada lagi yang dapat memisahkan mereka kecuali dengan izinNya. Dan mereka bersama juga dengan izin darinNya. segalanya datang dari izin-Nya juga dan Café itu adalah tempat dimana cinta mereka bertemu, dan bersatu. Itulah café cinta mereka…

Share this novel

Zarahana75
2021-11-17 08:27:04 

Bila nk update bab 19?


NovelPlus Premium

The best ads free experience