BAB 16

Romance Completed 22105

Teksi yang dinaiki Syira terdampar di tepi jalan kerana rosak. Syira tidak punya banyak masa lagi. Dia harus cepat kerana jika terlambat peluang untuknya berjumpa Danial akan hilang begitu sahaja. “Takpe lah pak cik, saya jalan kaki aje. Lagipun dah nak sampai ni. saya pergi dulu” kata Syira bergegar keluar dari teksi itu. “Hati-hati ya” pesan pemandu teksi itu.

Syira memebelek jamnya. Jarum menunjukkan pukul 8.45 malam. Tinggal beberapa minit lagi sebelum kapal terbang itu berlepas. Dia berlari sepenuh hati untuk sampai ke KLIA. Dia berhenti kepenatan. Beberapa meter sahaja lagi dia akan sampai ke KLIA. Tetapi…jamnya menunjukkan tepat pukul 9 malam.

Syira kaku di situ. Punah harapannya untuk berjumpa dengan Danial untuk kali terakhir. Dari jauh ternampak kerlipan lampu kapal terbang di atas awan yang gelap. Sekali lagi air matanya jatuh menitis laju. Itu pasti kapal terbang yang dinaiki Danial.

Dia terduduk di atas jalan raya itu. Tanpa sedar tangan naik melambai ke arah kapal terbang yang semakin menghilang di sebalik kepekatan malam. “Bye Danial..semoga Allah lindungi awak…” katanya bersama linangan air mata. Danial pergi dengan membawa cintanya bersama lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience