BAB 11

Romance Completed 22105

Kelihatan dua orang rakan baik itu sedang rancak berborak di kaunter café itu. memang di situ lah tempat mereka selalu melepak dan bergosip. Tetapi kerja tetap diutamakan. Mereka cuma melepak jika ada masa terluang ataupun jika tidak ramai pelanggan yang datang ke café itu. “Syira, kau dengan Danial macam mana?” Hanis tiba-tiba bertanya tentang dia dan Danial. “maksud kau? macam mana apa?” soal Syira bingung. “Yelah I mean, macam ada pape je..sebab aku tengok Danial itu macam dah ehem ehem kat kau hehe..” kata Hanis tersengih gatal.

Terdiam seketika Syira mendengarnya. “Eh, mana ada lah. Aku dengan dia mana ada pape. Kitorang kawan aje. Lagipun mana kau tau yang Dania tu…em, ada hati kat aku?” teragak agak Syira menyoal. Betul ke apa yang dikatakan Hanis itu? Danial juga punya perasaan terhadapnya? Entah, dia sendiri tidak tahu.

Hanis senyum ada makna.”Alah babe, aku yang tengok ni pun boleh tau lah dia itu suka kau. Ingat tak masa birthday kau dulu? Bukan main wey dia buat surprise birthday untuk kau bagai. Siap bagi bunga, bagi rantai lagi itu! kalau dah main bagi present sweet tahap nak pengsan macam itu tak ke dia pun ada perasaan jugak kat kau…” Kening Hanis diangkat-angkat sambil tersengih menayangkan giginya.

Tanpa sedar hati Syira berbunga gembira. Yelah, kalau betul apa yang dikatakan Hanis itu maknanya dia tidak bertepuk sebelah tanganlah. Tetapi jujur dia masih takut untuk mempercayai telahan Hanis itu.

“Apa lah kau ni, dia bagi hadiah tu semua untuk birthday present aku je. not more than that okay? Kau ni pun sesedap rasa je main teka perasaan orang kan? Bukan kau tahu pun perasaan Danial itu macam mana” ujar Syira cuba menangkis apa yang dikatakan Hanis. “Elleh..kau aje yang cakap macam itu. Yelah, kita memang tak tahu apa ada dalam hati dia itu. Tapi the way he treat you..bukan macam kawan biasa tau” bersungguh betul Hanis meyakinkan Syira tentang apa yang dirasakannya.

“Hm..entah lah Hanis. Aku sendiri tak tahu yang dia betul ada perasaan jugak kat aku atau tak. Tapi kalau tak pun, aku tak kisah lah..” ujar Syira perlahan. “tipu lah kalau kau kata kau tak kisah. Aku tahu kau kisah. Walaupun kau tak cakap tapi aku kenal dah bertahun pun. Kau memang suka pendam perasaan kau kan. But this time, it’s different. Aku boleh nampak macam mana kau suka sangat kat Danial itu. Tak sama macam cinta-cinta monyet zaman sekolah dulu tu” Hanis serius dengan katanya itu.

Syira terdiam seketika. Betul apa yang dikatakn Hanis. Dia tidak pernah menyukai mana-mana lelaki dengan serius seperti mana dia menyukai Danial. Tetapi, tak mungkin pergi harus mencari timba? Dan tak mungkin juga dia yang harus memberitahu Danial tentang perasaanya. Itu memang tidak akan pernah berlaku! Kerana dia tidak mahu dianggap seperti gadis murahan yang menagih cinta dari seorang lelaki.

“Hanis, memang betul apa yang kau cakap itu. Memang aku tak nafikan yang aku betul-betul suka dia. But what can I do? Macam mana kalau aku aje yang ada perasaan kat dia, tapi dia? Cuma anggap aku ni tak lebih dari kawan dia” kata Syira meluahkan perasaanya. “If you don’t try, you will never know. Mana kau tahu yang dia takde perasaan kat kau? Aku yakin dua ratus peratus yang dia pun suka kat kau tau” Hanis memberi kata-kata semangatnya untuk Syira.

“Hm..kau nak suruh aku try apa ini? malas lah aku nak try try ni. Nanti aku jugak yang dapat malu” malas dia hendak mencuba nasib dengan Danial itu. Hanis sudah mentertawakannya. Macam lah dia suruh Syira itu menggoda Danial.

“Rileks lah..kau try nasib aje..” kata Hanis lagi. “Okay..tapi macam mana?” Syira terikut juga dengan cadangan Hanis itu. “Okay, macam ni….” bersungguh-sungguh Hanis menurukan ilmunya itu kepada Syira. Siap dengan gaya lagi ditunjukkannya. Entah apa lah plan mereka berdua untuk mencuba nasib mengetahu isi hati Danial kepad Syira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience