BAB 1

Romance Completed 22105

Bau aroma cappuccino menusuk lembut di hidungnya.

“Tingg!”

Hanis menekan loceng kecil di kaunter itu menandakan pesanan yang dipesan oleh pelanggan sudah siap.

“Syira, take this to table number 2”

Hanis menghulurkan minuman cappuccino itu kepada Syira.

“Okay..meja yang dekat sana eh?”

Soal Syira sambil menunjukkan meja yang terletak di hujung café itu. Memandangkan dia baru sahaja mula bekerja di situ, jadi dia kurang tahu kedudukan meja-meja di situ.

“Yup..meja yang lelaki itu duduk” balas Hanis yang juga merupakan kawan baik kepada Syira. “Orait boss..hihi..” Syira pantas membawa dulang tersebut menuju ke meja yang dimaksudkan.

“Here your cappucinno” ujar Syira lantas meletakkan minuman itu di atas meja. Lelaki di hadapan Syira yang sibuk membelek telefon bimbitnya mengangkat muka. “Yes, thank you..” ujar lelaki itu bersama senyuman.

Senyuman yang cukup menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dengan kulitnya yang putih melepak macam anak mat salleh sesiapa sahaja yang melihat pasti akan terpegun.

Syira tidak berkelip memandang lelaki itu. Sudah…apakah dia sudah jatuh cinta? Atau sekadar tertawan dengan senyuman lelaki itu. Lelaki di hadapannya itu hairan melihat Syira yang dari tadi tidak berkelip memandangnya. “Ehem..what’s wrong with you girl?” soal lelaki itu sambil berdehem. Syira cepat-cepat tersedar dari lamunannya.

“Astaghfirullah..apasal aku pandang dia macam itu..malunya!” bebel hatinya.

“Erk..nothing…Just enjoy your breakfast”

Ujar Syira lalu pantas beredar dari situ. Kalau dibiarkan lama-lama di situ boleh pengsan Syira melihat senyuman lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience