BAB 13

Romance Completed 22109

Pagi itu Danial datang ke café awal. Seperti biasa mahu melepak bersama Syira. Melilau matanya mencari kelibat Syira di café itu. Kebiasaanya Syira sudah datang waktu-waktu begini. Danial menghampiri kaunter untuk berjumpa Hanis. “Er, Hanis, Syira mana? dari tadi I tunggu dia tak muncul-muncul. Bukan ke dia dah datang waktu macam ni” soal Danial ingin tahu di mana Syira berada.

Hanis malas mahu melayan lelaki yang telah menyakitkan hati rakannya itu. Tetapi nanti kalau dia marah-marah Danial tidak tentu pasal takut Danial bertanya kenapa pula sedangkan Danial langsung tidak tahu apa-apa sekarang. Syira pun satu, tidak mahu Hanis membuka mulut memberitahu apa-apa kepada Danial.

“I don’t where she is. Aku sibuk ni, you tak nampak ke?” kata Hanis malas. “How come you don’t know? She is your bestfriend right? Tak kan tak ambik tahu pasal bff sendiri kot” ujar Danial pula. Pelik juga Hanis seperti malas mahu melayannya. Sebelum ini okay sahaja. “ Aku cakap tak tahu aku tak tahu lah. And you? Perlu ke kau tahu dia nak pergi mana?” Hanis sudah menaikkan sedikit suaranya. “Yes, I have to know” balas Danial. “Hey, dah apehal pulak nak menyibuk hal orang ni? It’s not your business okay”

Sakit pulak hati Hanis melayan Danial itu. Sudah lah Syira sedih begitu kerananya. Ini mahu dicari lagi orang yang disakitinya dalam diam. Danial masih tidak mahu mengalah. Kenapa Hanis begitu marah kepadanya. Hairan betul dia. “It is my business” katanya lagi. “Hah? what? Your business? Dah kenapa pulak hal kau?” panas sungguh hati Hanis ketika itu.

“Sebab Syira itu kawan I. So I berhak tahu lah kat mana kawan I sekarang ni” ujar Danial bersahaja. “What? Kawan? Tahu pulak nak mengaku kawan sekarang…” ujar Hanis penuh maksud tersirat. “Habis tu? sebelum ni I tak mengaku ke Syira tu kawan I? you ni kenapa? I tengok you asyik marah-marah je. Did I make a mistake?” kata Danial hairan dengan sikap dingin Hanis terhadapnya.

Ingin sahaja Hanis memberitahu kepadanya yang Syira itu terluka kerananya. Ingin sahaja Hanis menyemburnya di situ juga. Tetapi demi janjinya kepada Syira dia terpaksa juga menahan perasaan marahnya itu. “Danial, kalau kau tak nak tengok aku marah-marah lagi, aku rasa lagi elok kalau kau balik lah. Syira pun tak datang café hari ini” ditahan nada suaranya.

“She didn’t come? But why? dia sakit ke?” soal Danial. Ada sedikit riak risau pada wajahnya. “Memang dia sakit, sakit hati!” jerit hati Hanis geram. “Entah lah, aku pun tak tahu. Dah lah aku banyak kerja ni” balas Hanis malas. Danial akur juga kali ini. Dalam fikirannya memikirkan apa yang terjadi kepada Syira. ke mana kawan baiknya yang comel itu menghilang? Buat seketika terasa rindu pula pada gadis comel itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience