BAB 5

Romance Completed 22105

Syira menyiapkan kerja terakhirnya sebelum waktu kerjanya tamat pada petang itu. Dia mengelap meja itu dengan kain basah. Sesekali mata gatal sahaja ingin melihat ke luar café, iaitu tempat dimana lelaki itu duduk dan menunggunya.

“Oii..cuci meja ke cuci mata cik adik??” kedengaran suara Hanis tergelak dari kaunter menyedarkan Syira yang ralit mencuri pandang lelaki itu. Syira pantas melarikan pandangannya. “Sibuk betul lah dia ini” gumam Syira.

“Saya cuci meja lah ni cik kak.. tak nampak ini?” balas Syira sambil tangannya laju mengelap meja itu. Malu pulak terkantoi dengan kawan sendiri. “Hm..yelah itu, macam lah aku tak nampak kau duk pandang-pandang kat luar tu. tengok cik abang eh?” kata Hanis mengusik Syira. Makin menjadi-jadi si Hanis ini. Ada yang kena baling kain buruk nanti. Syira juga sudah malu sendiri. Tetapi cover tetap cover.

“Eh, mana ada! Kau ni jangan nak mengarut eh. Dah lah, time kerja aku dah habis. Nah kau ambil kain ini” ujar Syira meletakkan kain basah itu di hadapan Hanis. “Amboi, tak sabar-sabar nampak. Kalau jumpa buah hati cepat kau eh..” balas Hanis di depannya. Syira sudah malas mahu melayan usikan Hanis itu. “Okay lah Nis, aku ada hal sikit kat luar tu hehe..aku pergi dulu..” kata Syira tersengih. Nak tak nak terpaksa mengaku mahu berjumpa dengan lelaki itu. “Haha..yelah take care..” balas Hanis lalu menyambung kembali kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience