BAB 17

Romance Completed 22109

Selepas dua minggu kejadian Danial pergi meninggalkan Syira dengan hati yang terluka ke UK, Dia sering termenung. Entah apa yang difikirkannya, tetapi jelas wajah comel itu kelihatan murung. Hanis banyak kali juga memberikan kata-kata semangat untuk Syira terus kuat namun, hati yang terluka bukan senang untuk sembuh. Sembuh mungkin bisa tetapi lukanya pasti masih ada kan. “Ehem! Termenung apa itu jauh sangat…dan sampai mana?” Hanis menegur Syira sekaligus melenyapkan lamunannya.

“Eh, Hanis. Takde apa lah..” balas Syira perlahan. “Dah lah..aku tahu kau mesti teringatkan dia kan? Cukup-cukup lah tu Syira. Nanti kau sedih, aku jugak yang kena pujuk…letih lah aku macam ini” kata Hanis sengaja ingin bergurau. Syira sedikit tersenyum mendengar kata-kata Hanis.

“Oh..jadi selama ini kau tak ikhlas lah pujuk aku? Huh, sampai hati..!” ujar Syira seperti berjauh hati. Padahal sengaja ingin mengusik Hanis. Dah boleh bergurau Syira sekarang. Melegakan sedikit hati Hanis.

“Eh mana ada lah..mestilah aku ikhlas tolong kawan aku yang cute ini..hehe” ujar Hanis sambil tersengih. “Elleh, cute lah sangat” balas Syira tersenyum meluat. “Eh cute apa, macam kak ton dah..haha” semakin galak Hanis mentertawakan Syira. “Haha, tapi aku cute sikit lah dari kak ton..” Syira juga sudah ketawa mengekek.

“Haha..memang pun. You know what? Happy tengok kau senyum macam ini” kata Hanis kepada Syira. Syira tersenyum. Kali ini senyuman yang ikhlas mungkin. “Hm..thanks to you sebab buat aku senyum macam ini..kalau kau takde, tak tahu lah macam mana aku sekarang” ujar Syira pula benar-benar bersyukur kerana mempunyai kawan yang baik seperti Hanis.

“No need to say thank you. Kau kan kawan baik aku, so aku tak nak tengok kawan aku sedih-sedih lagi. Aku nak kau happy selalu macam ini okay?” kata Hanis tersenyum pada Syira. “Ya, untung aku dapat kawan macam kau ini. Insyallah okay..?” Syira tersenyum. Mereka berdua berpelukan bahagia dengan persahabatan yang terjalin erat hingga ke sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience