BAB 7

Romance Completed 22105

Hanis menghampiri Syira yang duduk di kaunter itu. “Eh Syira, buah hati kau tak datang ke hari ini?” soal Hanis hairan kerana dia tidak nampak pula baying Danial di café itu. Syira mengangkat mukanya menghadap Hanis. “Erm..entah. dia tak ada pun tak datang lah tu” balas Syira dengan suara sedikit kecewa. “Alaa..jangan lah buat muka sedih macam itu..buruk tau! haha..” Hanis ketawa melihat muka Syira mendung sahaja.

“Ish, mana ada aku sedih. Aku biasa aje lah” balas Syira menidakkan kata-kata Hanis itu. “Iya ke? tak payah tipu aku lah Syira..aku tahu sangat lah kawan aku ini macam mana. dah, tak payah sedih sangat okay?” kata Hanis memujuk Syira yang sedang bersedih itu.

Tersenyum Syira melihat rakan baiknya itu. Prihatin sungguh terhadap perasaanya. “Yelah Hanis sayang..aku tak sedih-sedih dah” balas Syira pula. “Sedar tak sedar, kau dah sebulan berkawan dengan Danial itu kan? Hm, so macam mana? Dia ada ajak kau couple dengan dia tak? ujar Hanis sambil keningnya terangkat. Buat muka gatal Hanis ini.

“Mengarut lah kau ini Hanis!” terkejut pula Syira Hanis berkata begitu. “Apa yang mengarut pulak. Betul lah kan? Kau kan memang dah fall in love dengan Danial itu..so, cepat-cepat lah couple. Nanti terlepas kau jugak yang menangis air mata darah nanti..haha..” Hanis ketawa sengaja mengenakan kawannya itu.

“Hanis, memang lah aku ini ada hati kat dia. Tapi aku takde lah sampai nak bercouple bagai ini. It is haram you know…” balas Syira sambil membulatkan matanya. Memang serius gayanya bercakap. Syira memang gadis yang baik. Walaupun tidak lah seorang yang alim tetapi dia tetap menjaga batas pergaulannya.

“Ops..hehe..sorry. astaghfirullah..sampai ke situ pulak aku fikir kan” ujar Hanis sambil mengetuk sedikit kepalanya kerana berkata begitu. Walaupun Hanis tidak bertudung seperti Syira tetapi sedikit sebanyak dia turut mengikut cara Syira. Yelah, berkawan dengan orang yang baik pasti kita akan terikut dengan kebaikannya kan. Jauh di sudut hati Syira, dia juga berharap yang Hanis akan bertudung suatu hari nanti.

“Syira..look at there..buah hati dah sampai itu..” ujar Hanis menunjukkan ke arah Danial yang duduk di luar café itu. Ada sedikit senyuman di bibir Syira.

“Aku ingat dia tak datang” ujarnya. Dari jauh kelihatan Danial memanggil Syira. “Eh, dia panggil kau lah Syira..” Hanis sudah tersenyum. Syira juga tersenyum dan mengangguk kepala kepada Danial.

“Er..aku pergi sana kejap eh. Hehe..” ujar Syira ingin beredar dari situ. “Yelah..take care!” balas Hanis siap menyuruh Syira untuk jaga diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience