BAB 10

Romance Completed 22105

Mereka berborak tentang itu dan ini. bergelak ketawa dengan gembira sekali. “Hey, you makan macam budak-budak lah Syira..” kata Danial lalu mengambil tisu pantas mengelap mulut Syira yang sedikit comot. Syira kaku sebentar.

Terkejut dengan reaksi Danial. “It’s okay saya boleh buat sendiri” kata Syira lalu mengambil tisu itu dari Danial. “Syira, close your eyes for a while please” ujar Danial tersengih. Hairan Syira dibuatnya. “Why?” “Just close your eyes please..” pinta Danial dengan suara sengaja dibuat manja.

Syira menutup juga matanya. Kalau tidak tutup kan silap-silap menangis pulak Danial itu. “Danial..bila boleh buka ini?” Danial tidak menyahut. “Danial..” sepi. Tiada sahutan pun dari Danial. Takut pula Syira memikirkan yang bukan-bukan. Tak kan Danial lari tinggalkan dia seorang di situ. Sudah lah hari semakin gelap. Dia terus membuka mata. Dilihat sekeliling kosong tiada sesiapa.

“Danial..where are you? Jangan main-main macam ini boleh tak?” Syira sudah takut.

“Danial..jangan tinggal saya sorang-sorang. Saya takut..” suara Syira seperti sudah mahu menangis. Tiba-tiba dirasakan sesuatu mencuitnya. Dia berpaling ke belakang dan melihat sejambak bunga yang cukup besar berada di depannya. “Are you scared girl? I’m sorry for make you wait for a long time. I pergi ambil this flower for you” Saat itu Syira air mata Syira sudah menitis.

Menitis kerana takut ditinggalkan seorang dan menangis kerana terharu dengan apa yang dilakukan Danial untuknya. “Hey..why are you crying? I’m sorry okay..” Danial risau melihat Syira menangis. “No, saya cuma terharu sangat awak buat semua ini untuk saya” ujar Syira. Danial ketawa perlahan. “I ingat sebab apa. Dah stop crying okay? Tak best lah birthday girl nangis macam ini..” ujar Danial cuba menggembirakan Syira. Syira ketawa juga. “Okay okay, tak nangis dah”

“Good girl. This is for you..” Danial menghulurkan sejambak bunga itu dan satu kotak kecil berwarna merah.

“Apa ini?” soal Syira. “Your birthday present” balas Danial bersama senyuman. “Open it” Danial menyuruh Syira membuka kotak itu. Terkejut Syira saat matanya melihat seutas rantai berbentuk hati dan terukir namanya di situ. “Do you like it?” soal Danial pula. “Yaa, I do like it. but..I can’t accept this. Cukup lah surprise yang awak buat ini untuk saya” Syira menolak pemberian Danial itu dengan lembut.

“Syira..accept this please. This is your birthday present. Not more than that okay?” kata Danial. Syira tersedar apabila Danial berkata begitu. Itu cuma hadiah hari lahirnya dan tidak lebih dari itu. “okay..” balas Syira perlahan.

Danial senyum kerana Syira mahu menerima hadiah pemberiannya. “That’s my girl..” kata Danial. “Thank you Danial. I just don’t know what to say” Syira sungguh berterima kasih kepada Danial untuk semuanya.

“Most welcome. Your happinest is enough for me” balas Danial pula. Dia senang melihat Syira gembira. Syira tersenyum manis kepadanya. Danial benar-benar membuatnya jadi tidak keruan. Mereka meluangkan masa mereka bersama di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience