BAB 12

Romance Completed 22105

Syira menunggu kedatangan Danial di meja yang selalu mereka duduki di hujung café itu. Dihirup cappuccino yang masih panas berasap itu untuk melegakan sedikit hati yang berdebar. Lain macam kali ini debaran yang dirasakannya. Kerana kali ini dia ada misi! Misi untuk mengetahu isi hati Danial terhadapnya. Ini semua idea si Hanis itu lah.

Tiba-tiba dirasakan ada tangan yang datang dari belakangnya. Dan betul ke apa yang dilihatnya ketika itu? sebuah kotak kecil yang seakan kotak cincin yang dipegang oleh sesorang di belakangnya berada betul-betul di depannya. Dia yakin itu pasti Danial.

“Danial..” suaranya sedikit bergetar. “Shhh… just listen to me. I know it still early to start it, but I can’t deny my feeling to you dear. Every day I’m thinking about you. I just can’t help it! so today, here I stand and I want you to know that I truly, deeply…in love with you. I love you…” belum sempat Danial menghabiskan kata-katanya Syira pantas berpaling kepadanya. Dengan mata yang sudah merah. Bila-bila masa sahaja dirasakan air matanya akan jatuh mengalir. “Danial..are you serious with your feeling?” soal Syira inginkan kepastian.

Danial tersenyum. “Of course Syira. I really serious!” katanya begitu bersungguh. Dan sungguh tidak tahu bagaimana harus diperkatakan perasaan Syira ketika itu. Gembira, terharu, bangga semua bergabung menjadi satu perasaan yang amat indah. “Thank you Danial…I love you too..” kali ini air mata Syira sudah jatuh menitis. Tidak dapat ditahan lagi perasaannya ketika itu.

“Wow, it’s really a great acting Syira!” ujar Danial sambil menepuk tangannya. “I tak tahu you pandai berlakon. Siap nangis-nangis lagi…good job girl” Danial berkata sambil ketawa kagum melihat Syira yang disangkakan pandai berlakon dan menjiwai watak sampai menangis-nangis. Berlakon? Apakah semua ini? Adakah dia bermimpi atau ini benar-benar berlaku?

“Erk, what do you mean Danial?” soal Syira serius. “Yaa, I puji you berlakon tadi. Thank you sebab berjaya menjiwai watak you. You know what? I tengah practice untuk propose my fiancé. Tu I jadikan you sebagai latihan tadi. but, It quite nervous to tell my feeling Syira. Macam mana ni” laju sahaja ayat-ayat yang membuatkan Syira tersedar dari lamunannya keluar dari mulut Danial. Ya, dia bukan bermimpi. Benarlah Danial menyangkakan dia hanya berlakon tentang perasaannya. Tuhan, apakah ini semua?

Seluruh rasa bahagia, gembira dan segala macam rasa yang indah tadi hancur begitu sahaja saat ayat-ayat itu dikatakan Danial.

“Berlakon? Yaa..saya berlakon aje tu tadi. pandai kan? Siap nangis-nangis lagi haha..” kedengaran tawa keluar dari mulut Syira. Nyata tawa yang hambar sekali. Yang penuh dengan kepalsuan dan kepedihan.

“Yes, pandai sangat! Kan best kalau reaksi tunang I sama macam yang you buat tadi. Ah, it so wonderful to imagine it…” ujar Danial begitu bahagia jika reaksi itu yang diberikan tunangnya nanti. Dan sungguh, sedaya upaya dikuatkan hati Syira ketika itu. Tidak mahu Danial mengesan betapa remuknya hatinya ketika itu. Tidak mahu Danial tahu pun bahawa apa yang diperkatakannya tadi adalah benar-benar luahan hatinya selama ini.

“Saya pasti..tunang awak akan lagi suka kalau awak lamar dia macam itu” Senyuman palsu dan perit diberikan lagi kepada Danial. Danial juga tersenyum.

Senyum bahagia sekali sambil membelek-belek kotak kecil bewarna merah itu. “Sayang!” terdengar satu suara dari belakang Syira. Mungkin itu lah suara tunangan Danial yang diberitahunya tadi. Danial pantas berdiri mendapatkan gadis tinggi lampai itu. “you are late sayang!” ujar Danial dibuat-buat marah kepada tunangnya itu.

“Alah..I’m sorry sayang. I janji tak buat you tertunggu-tunggu macam ini lagi okay?” kata tunang Danial begitu manja. “Oh ya, lupa nak kenalkan. So this is Syira, my cute little friend. Syira, this is my fiancé, Amanda” ujar Danial memperkenalkan Syira dan tunangnya Amanda. Syira sekadar senyum. Senyum yang boleh dikatakan tawar sekali. “Nice to meet you Syira..” ujar Amanda yang asyik melekat di tepi Danial. “Me too. Okay, I have to go, you guys have fun lah” ujar Syira. Dia ingin segera pergi dari situ. Tidak mahu lagi hatinya terus sakit melihat kemesraan Danial dan Amanda yang benar-benar membuatnya sakit mata dan apatah lagi hati terutamanya.

Hanis terkejut melihat keadaan Syira yang menangis semahu-mahunya sebaik dia sampai ke belakang kaunter café itu. “Syira, what’s wrong? Kenapa ni?” Hanis segera mendapatkan Syira. “Hanis..aku..aku malu” luah Syira pada rakannya itu. “Malu kenapa?” Hanis masih samar-samar. “Danial..aku ingat dia suka kat aku, tapi…” Syira tidak dapat menahan sebaknya.

Jadi kerana Danial lah Syira menangis seperti itu. “Danial? apa dia buat kat kawan baik aku ni?!” Hanis sudah panas hatinya apabila rakan baiknya disakiti seperti itu. Dia juga seolah dapat merasa kesedihan yang dirasakan Syira. Hanis pergi ke luar untuk melihat perkara yang sebenar. Ditanya Syira, rakannya itu tidak berhenti menangis.

Bulat matanya melihat kemesraan dua pasangan di luar café itu. Kakinya terasa laju sahaja ingin melangkah ke arah dua pasangan itu. Tetapi untuk apa dia menyerang Danial? Bukan dia tahu pun tentang apa yang terjadi sekarang kerana ini melibatkan hati.

Hanis melangkah semula ke belakang kaunter. “Syira..aku dah nampak pun. Sabar ya? Ini semua salah aku lah sebab suruh kau buat plan tu tadi. Aku tak tahu benda ini akan jadi macam ini…” Hanis terasa bersalah.

“No, bukan salah kau Hanis. Salah aku. Aku yang bodoh sangat suka kat dia..salah aku Hanis!” Syira menyalahkan kebodohan dirinya. “Shh! Don’t say like that Syira. Tak baik cakap macam itu. kau sendiri yang ajar aku tak baik sebut benda-benda macam itu” Hanis memujuk Syira perlahan.

Syira tersedar dari kesedihannya. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Mudah sungguh dia lemah hanya kerana cinta seorang lelaki yang tidak dapat dia miliki. Padahal ini bukan lah pengakhiran hidup untuknya. Tetapi hati yang terluka bukan mudah untuk sembuh begitu sahaja. Dia perlukan masa untuk berfikir tentang semua ini.

“Hanis, aku balik dulu. Aku dah tak tahan duduk café ini kalau aku kena menghadap benda yang menyakitkan hati aku lagi” ujar Syira mengambil begnya di rak yang disediakan. Hanis faham jika Syira inginkan masa untuk menenangkan dirinya. “Okay, nanti aku bagitahu boss kau tak sihat. Take care okay. Jangan buat benda bodoh!” kata Hanis cuba mengingatkan Syira. Walaupun dia tahu Syira tidak akan buat benda yang bukan-bukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience